ramblings of a lost mind

5 Mei 2008

magazine

Difailkan di bawah: Emo?, It's all about life... — abang hilang akal @ 2:23 pm

my dearest blog,

lama kan takde entry baru? mesti sakit jiwa kan bila bukak je blog ni, gambar abang bomba padam api tak abis-abis…stress? leks…leks…

sekarang ni abikal sakit jiwa sikit, magazine macam kata puan a-i-n. ‘orang atas’ tak cakap apaper lagi, abikal pun malas nak layan…dah jumpa jabkhidam masa kursus random socializing, dinasihatkan untuk melalui bikaypi kalau payah sangat nak berbual-biacara dengan ‘orang atas’. ok, abikal jumpa kawan kat bikaypi. diskusi lebih kurang, jumpa penyelesaian…dengar citer, sekarang dah on the way. harap-harap semua selamat, nak kena follow-up dalam minggu ni.

sakit otak pulak pagi-pagi ni, penat driving ulang-alik melaka berkali-kali punya pasal kut. ‘orang atas’ taknak ctc surat random socializing…nampak gaya dah mula perang dingin ni…

hentahler, malas nak cakap banyak. lagi cepat get out lagi bagus!

11 April 2008

hapdet!

Difailkan di bawah: Emo? — abang hilang akal @ 6:42 pm

my dearest blog,

alamak, jumaat habis suda! (ikut stacy sket!)

baru turun dari langit, dirgen nak tengok paper…ok, takyah datang weekend (selamat!)

orang atas tak bagi kata putus lagi…deng!

abang kena lebih rajin usaha kerja keras (motto mengarut zaman sekolah menengah)

mari kita ikut kata nadia….redah jer!


meredah api mampu ku buat….

10 April 2008

kemaskini

Difailkan di bawah: Emo? — abang hilang akal @ 5:16 pm

my dearest blog,

rasa macam dah lama sungguh tak hapdet blog ni…malas nak menulis dah? banyak kerja? (alasan tipikal).

tekanan jugak bila orang cuba melengah-lengahkan urusan kita…(baru tau)

minggu lepas secgenminow melalui asssec dia offer masuk minow (hati berbunga…)

tapi ada kerja urgent nak kena siapkan slide kaypikayti untuk dipersembahkan kepada chisecogov…(ulang-ulang itu jugak)

come friday, jumpa orang atas, pillow slow talk. nampak macam 50-50, katanya nak fikirkan dulu over the weekend… (selawat banyak-banyak)

isnin, orang atas cakap nak bagitau orang lagi atas….tak sempat bagitau orang lagi atas. (discussion banyak kali sehari, takkan tu pun takleh nak bisik?)

selasa, orang atas cuti pulak…(hemph!)

rabu, pagi meeting kat kaypikayti…susulan persembahan kepada chisecogov minggu lepas. lepak dengan medsyam kat ali maju, dia kedek taknak bawak turun officer baru. sebbaik abang dapat intel info baek punya! balik petang tu, orang atas sibuk discussion…(kan abang dah cakap, hari-hari discussion/meeting)

owh, petang tu jumpa jap…belum cakap lagi (mana sense of urgency yang diagung-agungkan ni?)

hari ni…semua assdir takde…abang sorang-sorang…kena taichi buat persembahan nak sembah kat nimptafor minggu depan (kelepek -  tepuk dahi)…orang atas pagi-petang discussion/meeting (kan abang dah cakap, hari-hari discussion/meeting)

petang ni…masa nak tengok persembahan ni…abang cucuk lagi (biar sampai saiko! hahah…)

weekend ni, abang malas duk KL…nanti kena datang opis!

28 Mac 2008

baja tak jadi

Difailkan di bawah: It's all about life... — abang hilang akal @ 5:22 pm

my dearest blog,

petang tadi dapat berita pasal keputusan pembajaan bersilang. abang tak berjaya untuk disilangkan pada kali ini…takpe, maybe next time (positif)

tarik napas….hmmmmpppphhh

lepas….arghhhh!

tahniah kepada sahabat-sahabat cik masmera dengan cik tiub pemikir. moga hasrat untuk mencari calon suami pengalaman baru di bumi asing tercapai!

maka, sekarang kena buat surat lah!

24 Mac 2008

tahun ke-10 = 126,690

Difailkan di bawah: Anything under the sky, Shooter! — abang hilang akal @ 4:00 pm

my dearest blog,

abang telah berjaya menjadi sebahagian dari 126,690 orang yang membanjiri daerah sepang untuk berkongregasi bagi menyaksikan perlumbaan ke-10 formula satu malaysia…pergh, ramai giler manusia!

abang dapat tiket kat garnet (belakang sikit dari garisan permulaan)…kira oklah, tiket hasil ehsan kawan abang di bahagian “mangsa keadaan diperbadankan” kat bangunan panjang depan majestic building ni. tahun depan kalau boleh nak lagi..ehehe.

qualifying day abang layan dengan encik pirates. perjalanan sangat lancar, letak kereta mudah sekali dengan adanya stiker oren ittew….masuk gate 1, jalan terus tak nampak-nampak pintu masuk seat garnet ni….umang ai jauh betul! seat banyak kosong, merata-rata kami berdua duduk chill sambil menembak…

race day abang pergi dengan kakak…ya tuhan sesak betul…dari simpang banting nak sampai simpang sepang/enstek tu ada laa dekat sejam setengah, semalam 10 minit jer…takpe, F1 punya pasal layankan ajer…sempat sampai sebelum race mula. hari ni seat penuh, kena duduk seat sendiri dan takleh jalan-jalan merata.

owh yer, jangan lupa pakai earplug (beli singgit je kat kedai ace hardware). kereta F1 dengan kenderaan-kenderaan lain tak sama tahap bunyinya. jangan jadi cam kawan abang encik karimpeng, nasib baik tak pecah gegendang telinga dan jangan lupa untuk makan kenyang-kenyang kecuali mampu membeli 8 cucuk satay dengan harga rm25!

takyah nak buat commentary F1 la yek? keputusan semua korang boleh baca sokkaba.

bila nak balik rumah, kita tawaf KLIA dulu!

ooo….kat sini rupanya maskargo.


ni gadis litar masa hari sabtu nyer GP2 race


track chick

*sila selak utusan malaysia mukasurat sembilan, gambar nombor sembilan…ada payung besar kaler silver…

19 Mac 2008

merosot

Difailkan di bawah: It's all about life... — abang hilang akal @ 4:37 pm

my dearest blog,

hmm, entahlah tak tahu apa nak cakap…

semua benda merosot sekarang ni…
prestasi kerja kat majestic building ni makin merosot sekali…
masih lagi blur dengan apa yang kena buat…
banyak sangat sampah-sarap…
susah nak fokus, soft-focusing la jadinyer…
background ber’bokeh‘…
seriyes makin lemau…tulang belakang rasa banyak angin…
balik rumah, baring atas lantai…pijak..
dipijak oleh satu setengah orang…baru feel kena pijak…
krapp krapp…
lagi sekali, ada tempat belum meletup tu!

nyaman…

kalau tak fit, boleh withdraw dari sini…
tapi, bila buat withdrawal letter takde lak nak bagi…
berani cabar tapi tak berani buat…
the job dah gagal, bila pembajaan bersilang nak tau keputusan ni?
heh~

tahler…

berapa lama lagi boleh tahan…
tak nampak ke dah malas-malas buat tak layan je sekarang ni…

dengar cerita, tempat idaman baru diluluskan re-org
ada chance tak?
masmera, amcam boleh blah ke tak bleh ni?

7 Mac 2008

muak dah

Difailkan di bawah: Emo? — abang hilang akal @ 8:52 am

my dearest blog,

Palestinian gunman kills 8 in Jerusalem Jewish school

“This barbarous act has no place among civilised people and shocks the conscience of all peace-loving nations. There is no cause that could ever justify this action…”

sudahlah, bosan….tapi, next week nak gi US…camne?

4 Mac 2008

si merah jambu bersabun di tepi sungai

Difailkan di bawah: Anything under the sky, Shooter! — abang hilang akal @ 3:53 pm

my dearest blog,

hari ahad lepas abang dan beberapa rakan OZF pergi berkelah. saja-saja release tension sambil sesi geeking out encik sani alif.

malangnya, encik sani alif gagal skodeng dengan cemerlang sekali si hot pant merah jambu dan ungu ittew…out of range dan pencahayaan yang kurang mantap. mungkin perlu beli G-lens…hahahah!

apapun, sesi riadah ini sangat kewl sekali dengan kehadiran muka-muka yang itu jugak (takde muka lain) dan makanan-makanan yang sungguh abundant! sekali lagi? sudah pasti, kali ini encik sani alif pasti lebih bersedia…hahah! berikut adalah beberapa hasil skodeng encik sani alif untuk dipertontonkan.

29 Februari 2008

percambahan

Difailkan di bawah: Emo? — abang hilang akal @ 5:47 pm

my dearest blog,

hari ni kena tulis blog, bukan selalu dapat tulis blog pada 29 haribulan februari ni. jadi, abang mesti tulis!

hari ni abang nak cerita pasal che din yang ada orang ajak bertemu dan nak menduga untuk sesi membaja secara bersilang. banyak betul benda nak bertemu lepas tu menduga ni, bagi je terus tak boleh ke? kesian che din.

che din datang awal pagi tadi, dia parking kat luar elitist circle (kalau masuk takut takde parking). che din nampak ada ramai orang (ada can ke tak ni?). che din tengok senarai nama….

demit!

dalam banyak-banyak orang kat situ, che din satu kumpulan dengan sahabat-sahabat. payah camni, kalau dengan orang yang tak kenal takpe la, ni dengan member baik lak tu…double dem! che din risau takut menjawab soalan dengan begitu bodoh ketoknyer sekali.

memang pun, soalan akhir tu sungguhlah ketok jawapan che din…

soalan hubungan bilateral yang sungguh spesifik sekali, mana laa che din pernah experience benda tu…

lain la kalau polisi tiada pintu yang salah ataupun penurunan kuasa….deng!

28 Februari 2008

kulapuk datang lagi!

Difailkan di bawah: It's all about life..., Shooter! — abang hilang akal @ 2:56 pm

my dearest blog,

lama pulak tak membebel kat sini. sejak balik dari kursus untuk mengurus dan merancang projek agar negara dapat berkembang maju dan aman makmur minggu lepas, abang terlibat pulak dalam sesi menambah dan mencantas duit-duit untuk buat projek-projek ni. 2 hari suntuk abang berkampung di uniperaneko bersama-sama bermeshuarat untuk nak meluluskan duit. takde duit takleh nak jalan semua ni dik oi~ letih mak taw!

kursus minggu lepas sangat chill sekali. kelas dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang sahaja. sesi santai-santai tepi pantai atau tepi kolam renang memang lama dinanti. seronok jugak sekali-sekala dapat release tension sebegini. takde laa berkematu atas kerusi kat majestic building. penginapan di hotelnya nyaman, kata 4 bintang. makanan lazat walaupun agak berulang-ulang menunya. hari kedua dah tak larat makan nasik, makan dessert saja. terima kasih jabkhidam, saya mesti pilih!

surat kulapuk dah sampai~ hoyeah!

begitulah, sungguh payah sekali untuk menerima surat kulapuk ini memandangkan jabatan ni banyak peringkat perhubungannya. demi untuk menyampaikan perkara yang jelas menerangkan maksudnya itu, 3 surat berlainan abang terima. satu dari jabkhidam, satu dari bipipiesem dan satu lagi dari aras G. isi semua sama sahaja…di jabatan/bahagian yang sama… memang berkulapuk abang di sini…

kisah che din pun jangan dilupakan…masih ingat lagi dengan the job? keputusan tak berapa rasmi dah diketahui namun dari sumber jabkhidam sendiri. che din tak bernasib baik kali ini…mungkin tidak ada jodoh dengan dublin mahupun prague. tahniah kepada mereka-mereka yang berjaya…khabarnya OZF ada 2 wakil yang berjaya…seorang dari yudipiyeay dan seorang lagi dari jaypijay. selamat menjejakkan kaki ke bumi chennai dan washington masing-masing.

che din tetap kewl (walaupun cam tabesh gak arr sikit-sikit). che din nak mencuba nasib untuk dibajakan secara bersilang esok. kalau kena penyilangan bajanya, maka bercambahlah benih tu…

bokeh yang paling best pernah abang hasilkan…

Older Posts »

Blog di WordPress.com.