back to work – again~

yo~

syawal dah nak sampai ke penghujung, amcam seronok beraya? minggu terakhir syawal ni penuh dengan jamuan raya kat opis. dari satu bahagian ke satu bahagian buat jamuan. macam-macam makanan ada…meriah uolss raya ni~ bahagian abam baru selesai buat jamuan tengahari tadi.

minggu ni bermula sesi persekolahan pekerjaan secara serius. cam lama gila gak cuti ada dekat sebulan…ahahah. cuti raya dapat lebih kurang 2 minggu, 1st week lepas cuti raya cam takde mood sangat keje so kira cam cuti gak pastu minggu lepas cuti free 7 hari sebab dapat baby baru…wow!

cam tak percaya abam daddy cool anak dua dah…satu blessing yang tak terhingga dari tuhan, dikurniakan pemberian indah ini walaupun pelbagai dugaan untuk baby yang 2nd ni. anak gadis kedua ni dilahirkan pada jam 2.33 pagi hari ahad. penantian di waktu orang lain sedang enak dibuai mimpi memang satu perasaan yang priceless. memang tuhan nak permudahkan, labor tak berapa lama sangat tapi ada pulak komplikasi lain. as suspected, post due date babies terdedah kepada risiko lain, so baby kena congenital pneumonia dan terpaksa ditahan kat wad neo-natal sampai abis antibiotik.

memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila tengok baby kena cucuk nak masukkan IV kat tangan & kaki (2nd last day boleh lak tercabut IV kat tangan, kena re-insert kat kaki pulak). bayang laa kita yang dah besar pun kekadang takleh handle, ni kan pulak budak kecik yang tatau mende. sedih sangat woo time ni.

syukur kepada Allah, hari jumaat lepas baby discharged, happy sangat hati ni takleh nak cakap ah~

sekarang, baby yang dinamakan zuhayra nurdania nampak makin sihat dan gebok sekali. mata pun dah pandai nak tengok orang, muka cam cina mata sepet-sepet sikit (apakah?)

abam memang daddy cool lah!

Advertisements

4 thoughts on “back to work – again~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s