kulapuk kembali lagi siri II

yo~

abam ingin membawa kepala hotak korang sekalian ke sini. kepada avid fan enche abikal, korang op kos ingat kan? (poyo sendiri ada avid fan konon…ahaha).

well, nampak gayanya musim sejuk + hujan + lembab² hujung tahun ni memang memberikan iklim dan persekitaran yang sesuai untuk kulapuk bercambah, tak kira la kat mana pun. cepat ke lambat, berkulapuk jugak nanti…chill dear bros/sis. kulapuk aje, takde implikasi kewangan yang signifikan. lainlah kalau surat selepas kulapuk ni, tu kalau nak risau…sila risau sepenuh jiwa raga. abam punya kekulapukan pun lambat sampai, yang asli lum sampai² lagi, dapat yang keluar dari perut mesin je.

keadaan di the tower ni memang lebih chill dari majestic building dulu. kadang² ada laa sikit² keterujaan macam kat majestic building. rasanya abam ni more towards ‘P sector’ rather than ‘O sector’ kut..kat memanapun abam berkulapuk, abam ok je. dah sampai tahap untuk kurangkan main² (haha!).

hujung tahun, kena pulak musim hujan + sejuk + lembab memang sesuai untuk mengawan. orang lain nak mengawan abam memang suka sangat. leh jalan²….weekend ni layan jerantut, pak tam bella si charlie four nak mengawan..finally! nanti abam buat full coverage special dedicated entry untuk acara ini! sudah semestinya CP mendapat exclusive rights untuk acara ini, ehehe…CP berazam untuk venture ke alam dotcom tahun depan. slot 2010 masih kosong…sapa rasa macam nak mengawan tahun depan, jangan segan contact abam² CP yang peramah, lovable dan adorable ini (^_^)