pengakuan

yo,

yer saya mengaku…saya memang penagih kafein…setakat grande tu kejap jer..lagi-lagi kalau caramel macchiato. dengan adanya j-card, saya dapat diskaun 10%…memang terbaek~

The Caffeine Click Test - How Caffeinated Are You?

kalau nak buat mende ni kena jujur…klik je laju-laju tanpa menghiraukan alam persekitaran..kalau boleh jangan tengok skrin, letak je cursor kat kotak yang dia bagi dan klik je like it’s nobody’s business~

Advertisements

kereta besar dan lorong tunai

tenenet tenenet…tenenet tenenet….cikokokekot (eh, bunyik transformers pulak!)

“alamak, jam dah kul 7.30…mampus aku camni!” jerit pak tam di dalam hatinya tatkala melihat jam loceng merah jambu kesayangannya.

pak tam bingkas bangun, dicapai tuala bermotifkan spongebob squarepants yang disangkut di balik pintu. kakinya pantas menuju ke bilik air. singgah sebentar di meja komputer, dicapai sebatang rokok danhill

“lambat camne pun, kena gi jamban dulu ni…”

pak tam selesaikan urusan dengan pantas dan tuntas, namun masih rasional untuk tidak mandi ala filem seniman bujang lapok. mujur pakaian pejabatnya telah siap tersedia. ni belum kahwin pandai laa siapkan sendiri keperluan pejabat. dah kahwin nanti mesti malas sebab dah ada bini…ahah~

“eh tam, ko taknak minum dulu ke?” sapa bonda pak tam tatkala melihat pak tam kelam-kabut umpama jurugambar perkahwinan yang sibuk mengejar pengantin untuk diambil gambar mereka.

“takpe ah mak, lewat dah ni…satgi kul 10 tam leh turun minum kat kafe opis tu”, pak tam menjawab dengan yakin dan bangga kerana ada kafe di tingkat bawah pejabatnya.

enjin kereta dihidupkan, diberi waktu seminit untuk memanaskan apa yang perlu, jam dah pukul 7.55. nasib baik ada DUKE, jadi tak lah pak tam berduka untuk ke pejabat kalau ikut jalan sentul…

dalam perjalanan, sambil menghembus asap rokok keluar tingkap, pak tam membebel tanda protes seraya melihat seorang ‘makcik memakai spek oldschool dengan rambut mengerbang dek tak mandi pagi bersama muka kalau boleh nak lekat terus ke windshield memandu kereta besar tak padan gaya pemanduan’ memandu keretanya. adoyai, terhegeh-terhegeh.

“dah tau bawak keter cam ayam, beli viva laa!”

sampai di plaza tol, makcik dari yang road-hogging di lorong kanan, terus masuk ke lorong paling kiri tanpa memberikan signal ibarat ‘orang kudung bawak kereta tangan tak sampai nak bagi signal nak tukar lorong’…aduss~

“kereta je besar kalau bayar cash kat tol serupa takyah~”

pak tam dengan selesa meneruskan perjalanan ke pejabat menggunakan lorong smartag. jam sudah menunjukkan pukul 8.15, ada lagi 15 minit…bangunan pejabat kesayangan sudah boleh dilihat dari dalam keretanya namun lampu-lampu merah yang kejap menyala kejap tidak itu membuatkan perjalanannya tidak lagi pantas dan tuntas. pak tam masih positif kerana berdasarkan pengalaman selama hampir 4 tahun yang tak pernah tukar-tukar di tempat yang sama itu, pak tam yakin akan sampai tepat pada waktunya. ditambah lagi dengan pemilikan kotak khas letak kereta yang tertera nombor plet kereta kesayangannya, pak tam tidak perlu berpusing-pusing mencari parking tidak seperti che din yang harus sampai awal ke pejabat demi untuk mendapatkan kotak letak kereta, kalau lambat…kereta terpaksa diletakkan bersepah-sepah. macam kat flet murah pulak, takyah tarik hand-brake.

jam menunjukkan pukul 8.21 pagi, ada lagi 9 minit sebelum dakwat mesin perakam waktu bertukar merah. memang ajaib mesin tersebut. dalam sekelip mata, dakwat hitam mampu bertukar merah. pak tam sudah memasuki perkarangan pejabatnya…terus menuju ke kotak letak keretanya..

“haram betolll, sapa la pulak parking kat tempat aku ni!!?” jerit paktam.

pak tam mengambil tindakan drastik, terus diletakkan kereta di belakang kereta yang merampok kotak letak keretanya, hand-brake ditarik kemas dan diambil sticker amaran yang dipow dari pak guard. ditampalnya sticker ‘Anda tidak meletakkan kenderaan anda di tempat yang sepatutnya’ dengan kemas ke windshield kereta tersebut. segala aksi tersebut memakan masa 2 minit sahaja.

pak tam terus ke pejabat, berjaya tiba tepat jam 8.29…sebaik sahaja hendak membuka pintu biliknya, pak tam ditegur oleh ketua kerani.

“eh, enche tam bukan ke cuti hari ni?”

“haaa, saya cuti ekk hari ni?” pak tam terkejut…

dem~

gila laju

yo,

wow…dah setengah tahun dah. cepat bebeno laa masa berjalan. dah dekat dah tu…nauzubillah~

abam kepenatan, hari minggu lepas buat road trip bersama pak tam dan enche pikis ke utara semenanjung…kerja sambil jalan-jalan. menginap di tempat yang kewl gila dowh….di sebuah tempat yang dinamakan rumah kayu homestay & chalet. tempat ni memang kewl la tapi sayangnya takde kawasan-kawasan menarik di sekitar yang membuatkan tempat ini sentiasa dikunjungi. bila masa ada kenduri kahwin je la baru tempat ni penuh sesak. kalau korang ada peluang melawat, jangan lupa lepak kedai minum dia dan order bananas….smoothies pisang campur nanas…terbaek!!!

balik dari utara, abam terus ke kelatam…tak lama satu malam je. tak sampai 24 jam pun. ke kelatam menunaikan tanggungjawab sebagai suami tenaga pengajar kepada adik-adik yang baru berkhidmat. sian diorang, kalau tak diajar, sukarlah kehidupan mereka nak disahkan kelak. letih memang letih tapi naik katerbang tido aje la…

korang, bila dah setengah tahun kena buat review gak ke? buat je la kan, nanti tak berisi pulak blog hampagas ni. jadi, kita lihat sini

kita go one by one

1. cuti-cuta ke kuta…akan dimaterialisasikan pada awal bulan ogos. tapi tu la slack sungguh sekarang ada pandemik pulak melanda dunia. benda dah arrange dari awal tahun. harap-harap dilindungi dan tiada apa-apa musibah menimpa. insyaAllah~

2. keter baru…wahaha, ini kita KIV. boleh?

3. rumah baru…alhamdulillah, terbaek punya achievement sepanjang tahun! walaupun abam sangat sukakan damansara yang rawks, tapi ini dah kira bagus dah…

4. savings!…hmm, ni pun kira ok la…ada start simpan dengan initial sum yang bagus..berkat surat sukhidam yang ditunggu-tunggu…ahaha!

5. lens baru – SAL16105…ni pun dah selesai….leh fokus untuk 70-200G pulak 😀

6. 2nd body back-up (preferably an A700 – ahahaha)…A700 ittew tidak menjadi back-up body…jadi main lagi ada! terbaek!!!

k ah tu…syukur~