obses yang obese

gua tahu gua obses…sangat obses dengan enche sani alif walaupun sekarang berhasrat nak menghapgred enche sani kepada sani yang lebih besar sikit tapi bukan sani yang ni…owh ya, sani yang ittew mahu menikah esok…selamat pengantin baru. dulu beliau adalah bestman gua semasa gua kawen…sekarang gua takleh nak jadi bestman dia sebab gua best sangat…ahaha

keobsesian gua dipersoalkan dan fakta diputarbelitkan…demit! abang buih sahaja membuat onar akan kisah obsesi gua dengan lampu denyar gua (opps, belum bayar lagi kat paktam)…tapi takpe, gua suka sebab abang buih promot gua dan ular tedung gua, giler kewl gua sampai leh ada satu entri khas. sila baca di sini!

Advertisements

ke mana menghilang?

puh…puh…puh….

hembusan asap rokok keluar dari mulut dan hidung abam…tengah hisap rokok dalam toilet, malas nak busukkan bilik hotel ni. abam santai-santai sambil bercadang nak menjahanamkan perkhidmatan beberapa orang….kasi diorang repeat balik! takde mende pun, 14 hari je kursus ni…apa salah mengulang, betul idak?

takdelah, melawak ajer…mana mungkin nak gagalkan gadis-gadis genit seperti mereka ini kan?

minggu ni santai di perak, dalam kawasan pembangunan tanah persekutuan. minggu depan gi terengganu pulak. bagus betul asyik takde je kat opis…

lama betul tak update yer bam? mana pegi? apa bikin?

satu….


(pangpang papa)

owh, budak ini sudah makin besar dan tembam…telinga masih capang lagi…adeh. sudah pandai berdiri dan berlagak macam reti berjalan. pantang ditinggalkan, mesti melalak macam kena dera…owh, dia baru nak masuk 8 bulan. cepat betul masa berlalu…nak kena tambah koleksi kut? (adeh!)

dua…


(nah, amik kau bunga-bunga cintaku ini!)

abang pit (terbaek!!! – mesti ada 3 tanda seru) baru selesai kawin dengan ayumi….owh, abangpit tak kawin dengan orang jepun. jangan salah paham…

ok, tunggu pulak lagi 2-3 bulan untuk entry seterusnya!