camne ni?

yo~

camne la tetiba sengal pulak fesbuk petang ni?

Account Unavailable

Your account is temporarily unavailable due to site maintenance. It should be available again within a few hours. We apologize for the inconvenience.

habislah tikus-tikus bermaharajalela di pekan gnawnia! argh, melepas untuk seketika.

hari ni 10 syawal, tetiba abam sangat craving lemang dan rendang daging…mana nak carik ni? harap-harap pasar malam seksyen 17 petaling jaya ada insan menjualnya. aiyoh, abam akan merindukan aksi-aksi gadis genit di param.

loceng dah bunyi, masa untuk pulang!

post raya post

yo~~! (sedikit segar sebab dah bekfes dan sedikit lemau sebab masih mood cuti)

takde apa sangat la abam nak citer raya ni. cam biasa-biasa je, balik kampung (gombak), kemas-kemas sikit, tolong tengok orang masak, gi tido, bangun semayang raya, salam-salam mintak maaf, bagi duit raya, jalan-jalan, makan lagi…

raya kedua, jalan-jalan di rembau pastu lepak jelebu. raya ketiga lepak seremban…

kena balik kolumpo awal sikit sebab keter eksiden (jadi statistik ops sikap ko!). nak setelkan claim dengan insurans. sebbaik insurans company giler rawks walaupun tak sehebat panglobal rocks! yang dah takde lagi tu. keter eksiden sebelum raya lagi tapi boleh jalan sebab takde kecederaan dalaman. yang sengal nak uruskan dokumentasi dengan perkhidmatan kaunter jabatan berkenaan yang abam bagi 1.5 bintang (tu pun cam tak berapa nak layak sangat). apa kejadah pukul 9.30 pagi baru nak lap cermin kaunter dengan komputer? apa kejadah kerani yang jaga kaunter tu buat kat stor sampai lebih 30 minit? nak lempang kang kena tangkap kerana mengganggu tugas pulak. aiseh~ nak gaji banyak tapi kerja kunyah karipap mini kat kaunter (ni bukan abam yang bebel).

pastu gi bank nak bukak akaun sebab dah nak mula bayar installment rumah yo~ ni satu lagi sengal, apa kejadah ada online banking kalau takleh link akaun sebab lain-lain branch? apa kejadahnya o*ne malaysia kalau one bank system pun takleh nak buat. apa kejadah nama bank ko ‘bank awam’ kalau perkhidmatan tak mesra orang awam langsung?giler banyak kejadah, sebbaik dah abis puasa…(lum start puasa 6 lagik)

semalam gi melawat meevee kat workshop, giler kentang la meevee dapat bonnet dengan bumper baru..

sebbaik seremban dua rocks yo~

kad raya

yo! (masih awal, maka masih bertenaga)

korang semua nak raya ni dah hantar kad raya belum? kalau belum hantar alamat memang lepas raya la sampai. pos malaysia dah sound awal-awal, sapa nak hantar kad raya sila hantar awal sebelum 15 september. sekarang dah lewat, macam mana? jangan risau…banyak opsyen lain korang boleh buat.

pertama…

ni paling asas dan paling cheapskate punya opsyen. korang sms aje ucapan raya korang. it can be as simple as ‘selamat hari raya aidilfitri dari john’ pastu masukkan semua nama dalam address book korang dan tekan butang send. senang bukan?  implikasi kewangan pulak bergantung kepada kadar korang dengan telco korang. ada yang 1 sen dan ada yang 10 sen…kalau ke nombor luar negara, contohnya kawan-kawan di seberang laut yang nak sweep warga kita tu. mungkin mahal sedikit. teknik ni memang kegemaran ramai sebab murah dan mudah, ye lah..nak beli setem dah 30 sen..kad raya berapa pulak? kalau yang bagi kad pakwe-makwe besar pintu rumah tu nak kira macam mana pulak kan? ehehe, teknik ni jugak merupakan alternatif yang pantas dan tuntas.

kedua…

yang kedua ni macam kaedah pos malaysia jugak tapi secara maya. yer, korang boleh guna email korang pastu bagi laa ucapan raya korang. nak kacak lagi, attach laa imej kad raya gambar ketupat ke masjid ke lemang ke dan sebagainya. ni mudah dan murah jugak. buat kat opis memang percuma sebab internet bukan korang yang bayar. pastikan contact dalam address book tu lengkap. kalau tidak serupa takyah.

ketiga…

ni khusus untuk anak-anak yang tak dapat pulang beraya di kampung kerana belajar di luar negara takpun kena keje syif di pagi raya (sadis)  dan tak lupa juga kepada yang kena beraya rumah mentua. yer, kaedah penggiliran sememangnya terbaik untuk keamanan sejagat. korang boleh menggunakan media massa. yang student oversea tu boleh masuk ruangan salam aidilfitri sokkaba tempatan. amik gambar pakai baju melayu dengan snowcap pastu posing sebelah snowman biarpun satu dunia tahu time nak raya, tempat korang tu tengah summer. yang penting ada stail lah! bagi yang kene keje, raya umah mentua. korang boleh tepon deejay-deejay radio yang sama-sama kene keje dengan korang, bagilah ucapan salam aidilfitri kepada semua, kalau makan lemang tu ingatlah anakanda di sini…

keempat…

yang ni memang inovasi terkini dalam teknik memberi ucapan kad raya. facebook rocks yo~ sambil-sambil main mousehunt korang upload gambar sekeluarga (kalau yang ada keluarga laa) ataupun gambar solo (tapi takyah la pakai snowcap posing tepi snowman). selesai upload korang tag la semua kawan-kawan korang yang ada dalam friend list. tapi harus diingatkan, kena manage molek sikit sebab facebook ni dia limitkan satu gambar leh tag 50 orang jer. kawan-kawan yang kena tag mesti teruja sebab ingat ada gambar dia, sekali korang bagi ucapan raya..hampa sungguh mereka. antara contoh adalah seperti di sini, sini dan sini.

kelima…

sesapa yang ada twitter lagi kacak la. nak tau kenapa kacak? ini adalah kerana masa korang bakar lemang, anyam ketupat, sembelih ayam, mandi sunat aidilfitri, bayar zakat fitrah, semayang raya, dengar khutbah raya, salam raya, bagi duit raya, minum air oren, makan bahulu korang leh update status…pendek kata apa saje la yang korang tengah buat korang leh update.

john tengah bakar lemang yo~

john tengok kari-kari berkeliaran di hari terakhir param!

john bangun lambat, tak sempat semayang raya…

keenam…

yang paling last, wish je melalui blog korang cam abam nak buat ni…terbaek!

salam aidilfitri dari abam sekeluarga. ampunkan segala silap dan salah abam dan blog abam. mana tau nukilan-nukilan abam pedas berbisa mengalahkan spicy harvati sampai jiwa korang rasa mendidih. biasalah, kalau tak pedih bukan blog, baik baca buku rumpelstiltskin. itu semua donia…donia belaka! akhir kata selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. salam satu malaysia, formula satu malaysia!

shorty terbakar atas lantai dansa

yooo…(nada perlahan keletihan ramadhan)

bagaimana puasa tuan-tuan dan puan-puan setakat ini? sedar tak sedar dah 13 ramadhan. minggu depan nak masuk gaji (bukan baru je gaji ke?)..peringatan pasal gaji, bulan september masuk awal…bulan oktober pun masuk awal. so, berhati-hatilah ketika berbelanja. jangan terlalu sukaria membeli-belah semasa cuti hari merdeka seolah-olah baru memenangi pertandingan teka kacang dalam balang. nanti kita reviu aksi-aksi membeli-belah hari merdeka..terbaek~

pasar ramadhan dah nak halfway towards its closing for the season. bagaimana pengalaman anda? berapa banyak karipap dan samosa basi dan air tebu masam yang anda perolehi? adakah kegagalan telah melanda atau ada bibit-bibit kejayaan? abam rasa bertuah kali ini diketemukan dengan seketul kuih yang hebat! bukannya abam tak penah makan sebelum ini tapi kali ini, memang hebatlah kuih ini. disulami pula dengan kehadiran awek-awek kari yang hadir untuk menipiskan pahala puasa di bulan ramadhan. ya, awek-awek kari di kawasan ini tidak bertopeng apatah lagi bertudung. ada segelintir ibarat tidak berbaju pun ada…adoyai~

“wahai awek-awek kari, tahukah anda semua sekarang ni bulan ramadhan, takleh kari sangat…”

“owh, saya tak puasa maa…”

sungguh 1malay*sia pasar ramadhan ini. rupanya abam tersilap, ini bukan awek-awek kari tetapi mereka adalah terdiri dari golongan karimoi. tak kisahlah, yang penting berbaloi-baloi (makanan dia laa, bukan karimoi tu yang berbaloi-baloi..ahaha~). mujur mereka masih menghormati kemuliaan bulan ramadhan dengan tidak memakan terus kuih-muih yang dibeli. sememangnya rasa macam tengah terbakar di lantai dansa bila ada shorty-shorty sebegini berkeliaran di pasar ramadhan.

ppbbttdi (putu piring berbaloi-baloi taman tun dr. ismail) memang terbaek! inilah nama gelaran yang abam berikan kepada kuih ajaib ini. hari pertama beli satu pek 4 keping, lepas makan rasa cam tak cukup. hari kedua dan seterusnya beli 2 pek 8 keping…tiba-tiba semalam rasa 8 keping macam tak cukup jugak…adakah perlu beli 3 pek hari ini? pastikan anda beli yang original. sepanjang pemerhatian, ada 2 gerai yang menjual putu piring ini. make sure anda di gerai yang betul..kalau kena beratur tu memang di tempat yang betul la. sebelah dia ada gerai jual mee/bihun/kuetiau goreng yang makciknya sentiasa berbulu kalau orang buat queue sampai tutup kedai dia. pastikan ada bunting tertulis nama cik zakiah.

ini memang terbaek lah sepanjang ramadhan kali ini. (kecuali semalam, nasi kerabu adalah gagal..liat sungguh daging bakar makcik wei~)