kisah ramadhan 1431H – siri 28 dan terakhir

yo~

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Laa Ilaha Ilallahu Wallahu Akbar
Allahu Akbar… Walillah ilham…

alhamdulillah, tiba masa syawal menjelma lagi, membawa satu sinar baru penuh pengharapan dan penghayatan. terasa sayu nak meninggalkan ramadhan tahun ini, cepat rasanya masa berlalu tanpa sedar sudah sampai ke penghujungnya…

di kesempatan ini, abam ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua andai kata abam ada singgung, guris, kutuk dan sebagainya kepada mana-mana pihak melalui blog ini samada dengan sedar ataupun tidak. sesungguhnya sebagai manusia biasa yang lemah, abam tidak boleh lari dari membuat kesilapan. tanpa kesilapan, kita tidak akan belajar. setelah kesilapan dilakukan, jadikan ia satu sempadan dan pengajaran agar tidak berulang lagi.

esok nak drive balik jelebu, harap jalan ok…kenderaan tak berapa banyak. hari ni pun tengok bandaraya kolumpo dah mula lengang, kawasan mutiara damansara pun mudah diakses. kedai-kedai makan tidak lagi penuh sesak sewaktu iftar, masih ada ruang untuk tempahan walaupun pada jam 4 petang. orang-orang kat pejabat pun banyak dah takde mood nak buat keje apatah lagi kalau tetiba ada meeting. semua menyumpah marahkan pengerusi. abam pun pelik, buat meeting ujung-ujung ramadhan ni camne nak amik tindakan? seminggu depan pasti operasi tergendala walaupun bukannya cuti umum. bagilah peluang nak suka-ria sebelum syawal…lepas tu baru fokus balik pasal kerja!

dalam kegembiraan nak sambut syawal, hati cuak gak menunggu hari tibanya warga baru keluarga ini. mohon semua doakan kesejahteraan abam anak-beranak especially untuk kak bedah yang menunggu hari nak beranak. wowee~

barang dah packing, tunggu nak angkut masuk dalam kereta.

blog ini akan berehat seketika sehingga isnin depan. tengoklah camne kalau lepas ni masih rajin nak hapdet hari-hari…ahahahah~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s