percambahan

my dearest blog,

hari ni kena tulis blog, bukan selalu dapat tulis blog pada 29 haribulan februari ni. jadi, abang mesti tulis!

hari ni abang nak cerita pasal che din yang ada orang ajak bertemu dan nak menduga untuk sesi membaja secara bersilang. banyak betul benda nak bertemu lepas tu menduga ni, bagi je terus tak boleh ke? kesian che din.

che din datang awal pagi tadi, dia parking kat luar elitist circle (kalau masuk takut takde parking). che din nampak ada ramai orang (ada can ke tak ni?). che din tengok senarai nama….

demit!

dalam banyak-banyak orang kat situ, che din satu kumpulan dengan sahabat-sahabat. payah camni, kalau dengan orang yang tak kenal takpe la, ni dengan member baik lak tu…double dem! che din risau takut menjawab soalan dengan begitu bodoh ketoknyer sekali.

memang pun, soalan akhir tu sungguhlah ketok jawapan che din…

soalan hubungan bilateral yang sungguh spesifik sekali, mana laa che din pernah experience benda tu…

lain la kalau polisi tiada pintu yang salah ataupun penurunan kuasa….deng!

kulapuk datang lagi!

my dearest blog,

lama pulak tak membebel kat sini. sejak balik dari kursus untuk mengurus dan merancang projek agar negara dapat berkembang maju dan aman makmur minggu lepas, abang terlibat pulak dalam sesi menambah dan mencantas duit-duit untuk buat projek-projek ni. 2 hari suntuk abang berkampung di uniperaneko bersama-sama bermeshuarat untuk nak meluluskan duit. takde duit takleh nak jalan semua ni dik oi~ letih mak taw!

kursus minggu lepas sangat chill sekali. kelas dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang sahaja. sesi santai-santai tepi pantai atau tepi kolam renang memang lama dinanti. seronok jugak sekali-sekala dapat release tension sebegini. takde laa berkematu atas kerusi kat majestic building. penginapan di hotelnya nyaman, kata 4 bintang. makanan lazat walaupun agak berulang-ulang menunya. hari kedua dah tak larat makan nasik, makan dessert saja. terima kasih jabkhidam, saya mesti pilih!

surat kulapuk dah sampai~ hoyeah!

begitulah, sungguh payah sekali untuk menerima surat kulapuk ini memandangkan jabatan ni banyak peringkat perhubungannya. demi untuk menyampaikan perkara yang jelas menerangkan maksudnya itu, 3 surat berlainan abang terima. satu dari jabkhidam, satu dari bipipiesem dan satu lagi dari aras G. isi semua sama sahaja…di jabatan/bahagian yang sama… memang berkulapuk abang di sini…

kisah che din pun jangan dilupakan…masih ingat lagi dengan the job? keputusan tak berapa rasmi dah diketahui namun dari sumber jabkhidam sendiri. che din tak bernasib baik kali ini…mungkin tidak ada jodoh dengan dublin mahupun prague. tahniah kepada mereka-mereka yang berjaya…khabarnya OZF ada 2 wakil yang berjaya…seorang dari yudipiyeay dan seorang lagi dari jaypijay. selamat menjejakkan kaki ke bumi chennai dan washington masing-masing.

che din tetap kewl (walaupun cam tabesh gak arr sikit-sikit). che din nak mencuba nasib untuk dibajakan secara bersilang esok. kalau kena penyilangan bajanya, maka bercambahlah benih tu…

bokeh yang paling best pernah abang hasilkan…

boo bar

my dearest blog,

the august house telah bubar semalam. bahangnya makin terasa…

tarikhnya dah ditetapkan…woh, abang tak daftar lagi!

tunggu next time punya la pulak…

dalam perancangan untuk diarahkan ‘menonggeng’ kalau takde kemasukan baru oleh budak-budak yang baru balik buat post-grad diploma ittew~ kalau boleh malas nak ‘menonggeng’, tak larat nak buat kerja banyak-banyak tapi kalau terpaksa jugak…”i have no choice, i have to do it“….

 boohoo~

surat untuk sesi pembasuhan dan pemutihan minda di tengah hutan belantara dan sampai ke tangan. tak sabar nak gather-gather sesama OZF! surat kulapuk je belum nampak bayang…


“tangan yang mengapai”

jalan-jalan bersama encik sani

my dearest blog,

sesi berjalan-jalan bersama encik sani alif kembali lagi! kali ini encik sani mengembara ke pulau lagenda mahsuri. perjalanan sungguh sux sekali dengan ejen pelancongan yang sungguh noob dan tidak efisien…deng~

tapi, yang dipertontonkan di sini hanyalah beberapa tembakan rambang semasa di port dickson dan sedikit di langkawi.

Free Image Hosting

Free Image Hosting

Free Image Hosting

Free Image Hosting

Free Image Hosting
“spesis ni tak makan budak-budak cu…”

musim cuti-cuti begini banyak majlis-majlis menarik berlaku. tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang melangsungkan perkahwinan, mereka yang bertunang dan mereka yang menimang cahayamata.

abang masih segar belum berkulapuk lagi!

hoyeah~

dinding kembali panas

my dearest blog,

letih betul 2-3 hari ni. kerja-kerja yang lagging banyak kena selesaikan dengan segera. nak kena kejar pilihanraya (tapi bilanye pilihanraya ni?) supaya cepat dapat keputusan orang-orang tertinggi. fuh fuh fuh….amik napas, hepp~

dapat bos kecik baru, dapat tawaran kursus ‘jalan peta’ kat port dickson hujung bulan ni tapi tak bagi lagi bos kecik tengok. tatau nak bajet bos kecik ni style dia camne. dengar kata anak-anak buah lama beliau, amat sukar untuk bercuti apabila bersamanya. taktik kerja tatau lagi. kalau mencucuk, alamat abis ler…

kisah kulapuk kecoh sana-sini. abang kat sini masih belum berkupaluk lagi, walaupun dah semakin lemau melayan ‘lambakan’. ‘the job‘ masih belum ada jawapan lagi, bila laa agaknya? tolong selamatkan saya, tolong tolong! kalau tak dapat the job, cadang nak balik wilayah dengan cobaan mencucuk orang atas punya orang atas. dinding ni dah semakin sukar nak dirempuh, capaian pun dah tersekat-sekat kembali…abis abang nampak ‘user posted image‘ belaka…deng~

encik sani alif ajak bercuti kat langkawi sempena cuti panjang ni. lepas balik dari PD tempoh hari, seronok betul encik sani alif ni jalan-jalan. encik sani alif memang suka skodeng dan jalan-jalan bersama encik sani alif adalah suatu hobi baru yang kewl~ silalah layari laman ‘alamat sama cuma tukar perkataan tekan jadi mukasurat-mukasurat foto‘ untuk berkongsi pandangan bersama encik sani alif ini.

bilalah abang nak tumbuh kulapuk ni?