entri tipikal yang cliché

my dearest blog,

yo wassup!

kurang 12 jam lagi nak masuk tahun baru maka secara officialnya boleh dikira tutup akaun melainkan kalau ada lagi benda nak kena AKB (akaun kena bayar), maka kena laa bawak ke tahun depan. amcam, sejuk tak blog abang? dengan salji-salji berguguran berlatarbelakangkan kanvas hitam menusuk kalbu, pastinya korang semua kena pakai sweater…eheheh!

retrospektif ambang 2008? secara jujurnya perlu ke nak retrospek benda dah lepas? apa hasil dan kesan yang boleh diperolehi dengan penilaian kaedah retrospeksi jurus ke belakang ini? kira oklah, kalau ada beberapa pencampaian hebat 2007 yang boleh dikongsi bersama.

  • dulu solo sekarang dah berdua…insyaAllah tahun depan bertiga pulak.
  • ………

hmm, tu je la kut yang best tahun 2007 ni…

tahun 2008, apa la pulak yang harap-harapnye best nak jadi…

  • semoga wishlist menjadi kenyataan..insyaAllah (walaupun rasanye few things need to downgrade/amend)
  • semoga karier ini bertambah maju dengan penempatan baru yang sangat diharap-harapkan!
  • semoga ruang seluas 667 kaki persegi itu dapat ditukar kepada ruang yang melebihi 1000 kaki persegi
  • semoga Little Z (chech, pinjam term kamu ya!) comel dan kewl seperti ayahnya!
  • semoga Pak Tam a.k.a. Charlie Four bakal menemui ‘Mama Charlie‘ yang sekian lama diimpikan…amin!

cakap pasal pak tam, geng operative lembah klang ada get-together jumaat lepas sambil abang ‘deliver package’ (jangan pikir bukan-bukan, package ni bukan substance for abusal) kat tempat rendesvusss biasa – mana lagi kalau bukan kat authentic a.k.a. rock sisters. pak tam pun bawak package baik punya…dasar saraan lagi, boleh counter-intel ni! tapi kisah pak tam takleh nak lawan kisah teknik membela ikan yang sungguh teknikal lagi memberansangkan itu! bukan senang nak bela ikan walaupun ikan gapi. kena ada rock salt, penyahklorin, filtration system (baik internal mahupun under-gravel). itulah hobi baru abang, bela ikan!

kisah mengidam? nasib baik isteri seorang sahabat tu nak nasi lemak authentic jer. kalau kena nak lamb-chops biri-biri kelabu bulu terbalik menghadap matahari terbit tak ke payah? mujo kakak mintak benda yang senang nak carik, cuma nak carik parking kat tempat tu je kena tawaf dekat 7-8 pusingan. tak semena-mena boneless beef ribs (tulang rusuk tak bertulang?) kat tony roma’s menjadi idaman kalbu. kira ok lah tu, abang pun boleh layan sekali…eheheh!


appetizer pun dah macam main course…dia punya rasa, seluruh lidah terkesima!


bbq half chicken dengan tulang rusuk tak bertulang (haha!) di background…(nampak tak tangan dengan garfu yang tidak sabar-sabar menerjah ke arah pinggan ribs itu?)


mahsyuk la tu dapat tulang rusuk tak bertulang!


close-up separuh ekor ayam yang menjadi korban nafsu serakah yang hilang akal.

*gambar-gambar ni abang snap pakai cybershot t-9 jer, pasal tu suram je..


penang sungguh mahsyuk!

Advertisements

buzz…zapp!

my dearest blog,

abang masih lagi dalam kejutan (shock)…

tak tahu nak cakap apa tapi yang pasti syukur alhamdulillah…

semua benda best yang terjadi dua-tiga menjak ni…rezeki anak la kut…

nampak gayanya abang kena laa start simpan duit untuk quinny…*wink!

patutnya 2003 bukan 2001

my dearest blog,

konon abang taknak menulis lagi sampai tiba tahun baru tapi nafsu yang hilang akal ni tak dapat nak ditahan-tahan lagi dah…ho ho ho!

lama giler abang cuti macam cuti 6 enam hari tanpa rekod kerana isteri bersalin pulak rasanya sampaikan nak masuk opis hari rabu lepas rasa lemau ala-ala ‘wednesday blues’ gituh.

raya korban tahun ni kewl kerana balik ke kampung mama di jelebu yang hujan hampir setiap hari tapi takkan banjir bak kata cik cacah. kitorang lepak dari rabu sampai sabtu. pada hari rabu yang nyaman itu, abang dapat berita yang mengejutkan dan tak disangka-sangka (serius ni!). tapi apapun, abang syukur sangat dengan berita tu tapi tak puas hati sebab tak dapat tengok sendiri lantas abang paksa henset abang yang lipat-lipat tu untuk menumpukan sepenuh tenaganya menyedut elemen 3G yang berada di kampung agar abang dapat surf website yang abang nak tengok tu. ok, dah tengok dengan mata kepala sendiri…puas hati den! orang cakap, rezeki anak…ye ke? ye kut? entah…biarlah rahsia…eheheh.

eh, pakcik-pakcik nak bakar lemang. hajat di hati nak turut serta dalam sesi membakar lemang tapi oleh kerana nak menjemput adik ipar yang stadi kat pilah, abang jadi penonton jer bila tiba dari pilah. lemang pun tinggal berapa batang je yang belum siap.

alkisah kat gombak, cik yun kena rampok dengan mat indon masa dia tengah lepak-lepak dengan boipren dia kat kedai mamak. tak semena-mena purse yang bangah baru belikan kat cik yun dirampok mamat indon tu, habis dengan mykad, lesen bagai. kata cik yun, dia kena pukau sampaikan nak jerit mintak tolong pun tak keluar suara. hish, tahyul sungguh sampai nak gi repot polis pun digelakkan sebab dipukau tapi yang patut kena gelak ialah abang polis tu. korang semua yang pernah buat repot polis mesti kelakar kan bila tengok gaya bahasa repot tu? gelak guling-guling sampai tak cukup tanah…agaknye semua penulis repot ni nak kena hantar kursus bahasa 3 bulan dulu kut…kahkahkahkah!

dalam kena rampok tu, semangat lagi nak bercuti-cuta ke pulau mutiara. abang tak semena-mena menjadi mangsa keadaan dan abang sulung yang baik. abang reimburse balik purse yang kena rampok tu dengan purse baru…dah dapat purse, dapat selipar roxy sekali lak tu…in the end, abang yang kena pukau dengan cik yun…deng! abang pulak terpukau dengan tokei kedai dvd kat batu feringghi tu, sampai 50 keping abang sebat kat kedai tu! takpelah, bagi can…

cik yun dah buat mykad baru tapi tak selama si koya takuya buat mykad, abang kena tolong amikkan kat ibupejabat sebab nak siapkan cepat. kena pulak hantarkan (macam R41 lak rasa jadi despatch ni) ke rumah sebab cik yun nak balik kampus dah tapi ini bukan cerita jadi despatch. semua dah tahu kan lebuhraya kl-putrajaya (klpe) dah siap? abang pun nak try la tengok best sangat ke highway tu. siap recce kat wiki lagi hapal exit mana nak keluar. korang jangan tak caya lak wiki ada maklumat tu. segala maklumat lebuhraya di malaysia pun ada tau!

klpe memang layan…jalan baru, tar hitam lagi pastu jalan lurus saujana mata memandang. memang best layan drag kat situ. bak kata encik 77, sedar-sedar dah 150-160km/j…wana pun macam tu jugak, kami bersama-sama hilang akal di atas klpe.

sekali terlepas simpang yang diingini! deng…

nak taknak layan sampai hujung, keluar jalan tun razak…argh, hilang akal sungguh layan jem! sampai depan tabung haji, abang dalam persimpangan dilema…nak terus ikut jalan tun razak pastu masuk jalan pahang atau nak masuk jalan ampang pastu jelatek…dua-dua sama je jem…dah tu, abang sampai gombak jam 7.15 malam padahal keluar opis sharp 5.30. dapat laa tengok Spa-Q dan tengok dafi buat gaya gangster kat helmi…

patutnye, abang keluar klpe tu kat exit 2003 (kuchai lama) pastu masuk mahameru then lalu sentul. semua silap klpe laa, apsal jalan best sangat sampai hilang akal menekan pedal minyak?

nafsu yang hilang akal

dearest blog,

esok abang cuti seminggu…raya haji merangkap krismas. boxing day nanti abang masuk opis balik!

pejam celik pejam celik dah nak tahun baru (ayat cliche dan sungguh tipikal!) tapi rasa macam tak puas dengan percampaian tahun 2007. dari segi kerja kira ok lah, makin hebat beban dia. bertalu-talu dia datang macam taknak berhenti, bila dah takde senyap sepi layan jiwo! kerja bagai nak rak tapi soul takde, demotivated and morale low…kalau main CM ni, match rating sokmo dapat 4!

tahun 2008 dah intai-intai, kat meja dah siap letak kalendar 2008 yang lengkap dengan tarikh cuti umum dan tarikh gaji lagi, hahah! bukan apa, sekadar menyiapkan diri dengan agenda-agenda tahun depan. senang nak rancang cuti, lagipun tahun depan cadang nak melawat sini….


cuti-cuti bali…

nak bercuti-cuta ke kuta (bak kata cik tiub pemikir) kena rancang awal-awal. strategi kena baik, kerja kena taichi kaw-kaw supaya percutian berjalan lancar…tapi, kalau dah sampai ke sana mesti nak mengabadikan kenangan terindah bersama kakak disamping untuk digunakan sebagai hobi baru yang mungkin bakal menjana kewangan di kala ekonomi yang semakin menekan. demi untuk mencampai hasrat itu, kena la pulak ada ni…


Nikon D80 idaman kalbu (tak termasuk battery pack tu la, bukan profesional pun!) – tah ada lagi ke tak stok kat Malaysia ni?

hilang akal bukan? kalau dah nama abang hilang akal a.k.a. abikal, mesti menanam hasrat yang gila sebegini. apatah lagi di kala elaun rumah naik dan kedengaran desas-desus bahawa OZF akan due tidak berapa lama lagi serta tempoh perkhidmatan yang bakal cukup 3 tahun (baca: EPF)…eheheheh! mungkin semua ini masuk akal barangkali?

kalau semuanya lancar, ada rezeki dari tuhan dan ada kaf ba ro kaf alif ta nun….keberkatan, mungkin perlukan benda ni pulak. bapak dah kewl, anak pun kena kewl jugak! ahahaha!


kakak yang minat quinny ni…

disclaimer: meletakkan gambar stroller yang kewl bukan bermakna akan ada baby yang kewl dalam tempoh masa terdekat ini. jangan misled melihat entry ini…ahaha!

kalau budak kecil itu mendapat ride yang sungguh kewl lagi nyaman, bapaknye lagilah taknak kalah mesti nak yang kewl lagi nyaman jugak! maka, bapak (diingatkan: bakal yang takde due date lagi!) ini memasang angan-angan super hilang akal untuk memandu monster ini di sepanjang LDP!


Evo9 macam giler sangat…GT2.0 kira boleh belah la…

*perasan tak yang semua benda ni angle sama je…taktik marketing ni…

fuh, nafsu dunia…ini semua syaiton!

gedebek!

abang jatuh kerusi, rupanya abang tertidur sejak dari jam 2.45 sampai 4.10 petang….mentang-mentang orang atas ada meshuarat, abang layan perasaan pulak…sampai termimpi benda-benda indah belaka!

hehehe…

semoga tahun 2008 lebih membawa kaf ba ro kaf alif ta nun, InsyaAllah….

kebun teh wana

my dearest blog,

cukuplah wordpress dibahankan sebegitu rupa, kita beralih arah ke kisah yang lain pulak. lagipun, wordpress sedang cuba untuk mengatasi kemandulan bahasa seperti yang dibahaskan tetuan Y.B.-Y.B. kita kat dewan rakyat (ke negara? entah!) tempoh hari…

abang tak kisah la wordpress nak berbahasa melayu ke indonesia ke sunda ke janji rock!

pada hari minggu yang lepas, abang sekeluarga berjalan-jalan malaysia. tak kira cuti-cuti malaysia sebab pergi pagi balik petang je. boring duk tanah landai kitorang pakat naik tanah tinggi pulak. sejuk betul atas cameron highland tu, kena pulak sekarang ni musim winter (hahah!). sejuk sampai sumsum tulang…

punyalah ramai umat sampai buah strawberry pun abis, kena tunggu diorang petik seround lagi…pergi 4 ladang baru dapat strawberry yang dihajati. makcik dengan kakak pulak sibuk beli sayur, konon kat atas tu fresh dengan murah tapi kakak tak beli banyak, bukan ada ramai orang pun kat rumah. makan pun berdua jer.

naik cameron kalau tak jejak kaki kat ladang teh memang tak sah dan tak sah jugak kalau dah jejak ladang teh tak amik gambar. adik-adik abang ni memang agak hilang akal macam abang dia jugak maka jadilah gambar serupa kat bawah ni.


anak-anak serta menantu dan bakal menantu…

yang tengah tu adik abang, hidung sama siot! cacah pun hidung lebih kurang kitorang, so adek-beradek la jugak!


benci aku dengan ketumbit ni, mula-mula mata kiri kelopak atas pastu lompat ke kelopak atas mata kanan masa sosial secara rawak dulu (abis abang tak dapat one-off), gi hospital dapat MC 2 hari dia lompat ke bawah mata kiri pulak dan sekarang menghabiskan pusingan lengkap dengan berada di bahagian bawah mata kanan…cukup syarat! kalau ada lagi jugak lepas ni tak tahu la den nak cakap apo…

hari isnin masuk opis dengan tenang sebab orang atas abang takde kat opis kerana gi meshuarat kat newcastle. nyaman lagi apabila opismate abang belanja lunch kat pizza hut sebab baru dapat elaun menanggung 5 bulan back-dated (bapak kaya kao sekarang ya!). jalan-jalan tengok ada demonstrasi secara aman kat depan secret recipe. isy, manusia-manusia ni nak kena tangkap ke apa buat demonstrasi. rupa-rupanya ulangtahun ke-10 secret recipe, dan ada promosi buy one free one. deng! apsal laa abang tak tahu? kalau tidak mau abang pun join sekali demonstrasi secara aman itu.

wana macam tau-tau je abang dapat peruntukan lebih hasil dari sesi sosial secara rawak abang tempoh hari. dia pun mula merengek-rengek suruh abang belanja dengan nak tali pinggang baru. harga tali pinggang dia kalau kat butik high-fashion couture memang tercekik abang dibuatnya tapi mujur kat bangi ada cawangan butik yang tak berapa couture sangat tapi barang memang asli dan diiktiraf dari mak-ayah wana kat korea nun. abang pergi la situ berbekalkan rm1,000 yang dikeluarkan dari perut rimau (baru je masuk dan keluar..sob sob). wana bukan setakat nak tali pinggang je, siap nak minum jus harga rm198.00…adeh! sayang punya pasal, abang layankan aje si wana ni minta dikhidmatkan. nanti buatnya dia meraung tengah jalan pastu merajuk mau terbang lagi ribu-riban nak buat pembedahan kosmetik!

nasib baik wana tak mintak kasut baru, cukuplah sekadar buat pedicure secara berkala. facial pun dah lama tak pergi, setahun lebih dah tak pergi facial buang segala, kalau ada pun setakat cuci-cuci biasa je. dulu abang bawak wana pergi facial pun sebab abang dapat kupon diskaun!

akhirnya, wana dah makin manja dengan abang sejak pakai tali pinggang baru ni. pagi-pagi pun tak merengek sangat bila abang panaskan dia. suka hati abang!


tali pinggang baru wana…kopak abang tau wana!

wordpress hilang akal?

my dearest blog,

wordpress dah hilang akal?

terkejut abang bila login ke dalam wordpress pagi ni. semua tab-tab dah berbahasa melayu. ewah, sungguh ceria dan mesra sekali wordpress ini terhadap rakyat malaysia. tapi kelakar pulak bila tengok istilah-istilah dia…

top post = tulisan terbaik (memang terbaik kau!)
referrer = perujuk (ingat nikah, cerai dan rujuk ke?)
incoming links = pautan-pautan yang masuk (ingatkan paultan tadi)

antara yang terbaik bagi abang:

1. Akismet telah melindungi laman anda dari 7,413 komentar spam.

2. Blog WordPress.com terhebat untuk hari ini!

3. Asingkan pelbagai kategori dengan koma-koma.

4. Di sini anda boleh memuat naik imej pengatas tempahan untuk ditunjukkan di atas blog anda. Dalam paparan berikutnya anda boleh memotong imej tersebut.

5. Anda boleh mengheret dan meletakkan widget-widget ke dalam sidebar anda di bawah.

6. Pembangunan portal yang baik akan menjaminkan keabsahan sesuatu produk.

7. Ini adalah komen terbaru yang dikenali sebagai spam oleh Akismet. Jika anda lihat ada sebarang kesilapan, letakkan sahaja tanda “bukan spam” dan Akismet akan mengenalinya selepas anda tandakannya. Jika anda ingin ambil semula komen yang sudah disenaraikan dalam senarai spam, pilih sahaja komen tersebut dan klik Bukan Spam. Selepas 15 hari, kami akan bersihkan segala spam yang tidak berguna untuk anda. <– rajin betul ko translate!

ahahahaha, abang gelak guling-guling pagi ni!