kulapuk kembali lagi siri II

yo~

abam ingin membawa kepala hotak korang sekalian ke sini. kepada avid fan enche abikal, korang op kos ingat kan? (poyo sendiri ada avid fan konon…ahaha).

well, nampak gayanya musim sejuk + hujan + lembab² hujung tahun ni memang memberikan iklim dan persekitaran yang sesuai untuk kulapuk bercambah, tak kira la kat mana pun. cepat ke lambat, berkulapuk jugak nanti…chill dear bros/sis. kulapuk aje, takde implikasi kewangan yang signifikan. lainlah kalau surat selepas kulapuk ni, tu kalau nak risau…sila risau sepenuh jiwa raga. abam punya kekulapukan pun lambat sampai, yang asli lum sampai² lagi, dapat yang keluar dari perut mesin je.

keadaan di the tower ni memang lebih chill dari majestic building dulu. kadang² ada laa sikit² keterujaan macam kat majestic building. rasanya abam ni more towards ‘P sector’ rather than ‘O sector’ kut..kat memanapun abam berkulapuk, abam ok je. dah sampai tahap untuk kurangkan main² (haha!).

hujung tahun, kena pulak musim hujan + sejuk + lembab memang sesuai untuk mengawan. orang lain nak mengawan abam memang suka sangat. leh jalan²….weekend ni layan jerantut, pak tam bella si charlie four nak mengawan..finally! nanti abam buat full coverage special dedicated entry untuk acara ini! sudah semestinya CP mendapat exclusive rights untuk acara ini, ehehe…CP berazam untuk venture ke alam dotcom tahun depan. slot 2010 masih kosong…sapa rasa macam nak mengawan tahun depan, jangan segan contact abam² CP yang peramah, lovable dan adorable ini (^_^)

bingkai penuh

yo~

ada masanya rasa nak berpandangan lebih luas la pulak tapi rasanya tak berapa nak lepas. sasaran tahunan untuk 2010 mungkin tidak, 2011 atau 2012? tapi kalau filem cakap 2012 sudah tiada gunanya lagi…har har har.

sungguh luas permandangan bingkai penuh…uhuhu (pics credit to paktam)

sekor dekat seploh ribu (gulp~) pastu kalau dah pakai menatang ni, lensa-lensa sumer kena tukar sebab abam punya lensa stok aps-c punya…selai lensa pulak lima nam ribu (gulp gulp~). kalau rega jalanan pun dalam tujuh lapan ribu…ces~

sedar diri, abam hadkan permandangan abam…tak perlu luas-luas, cukup sekadar ada…eheheh

kesedaran sivik

yo~

dah lama abam tak memandu jarak jauh. setelah sekian lama, sabtu lepas abam sekeluarga ke kempas, johor sebab ada mama tango’s best friend’s wedding. bangun lambat, kul 10 pagi baru start gerak lepas isi minyak kat damansara jaya, sempat sampai dalam kul 1.30 kat dewan kenduri kuarters tnb kempas sebelum pengantin sampai. itu bukan gist cerita ini ya~

abam yakin, ramai yang pandai memandu tapi adakah korang benar-benar pandai? sepanjang pemanduan abam, abam peratikan…especially on the way back dari kempas to kayel. abam buat kesimpulan simple je lah. orang johor tak pandai koordinasikan lampu isyarat dengan cermin pandang sisi. kenapa abam cakap camtu? sebab, abam kat lane paling kanan, pastu ada makhluk nak potong lori…dia bagi lampu isyarat…ok bagus, abam bagi seratus markah. kemudian, terus masuk lane abam…abam kena tekan brek bagi dia masuk? sekolah memandu mana la korang belajar ni? kejadahnya la korang ni bawak keter oi…

side mirror tu engineer penat memikio nak membuatnye ada sebab dik yer?