oh mak kau…

my dearest blog,

wah…kena tag dengan cacah lah! ok lah, demi untuk tidak mengecewakan cacah, abang akan laksanakan tag ini pada malam ini (eh dah lebih kul 12…dah pagi dah) abang kat opis lagi dengan rajinnya membuat kerja persiapan mesyuarat esok.

kalau gambar je bosan gak kan? baiklah!

1. Nama timang-timangan oleh orang tersayang?

  • papa – orang tersayang kan? sapa lagi yang tersayang selain dari mama? :p

2.  Anda seorang yang…

  • sociable, fun-loving, versatile, intellectual, communicative, liberal and friendly character. also prone to moodiness, inconsistency, superficiality, restlessness and laziness. rule the shoulders, upper arms, nerve fibers, lungs, thymus gland, trachea and bronchi, structural features of the clavicle, scapula, and humerus.tend to have a straight and narrow nose, long and thin limbs, a well-proportioned chin, a pointed jawline, fine bone structure, large ears, high cheekbones, a wide mouth, a roundish head, finely-textured hair, small hands, and long and slender fingers. usually be slender in build and of average height.a fortunate, possess intense devotion, genius, largeness of mind, goodness, and liberality….har har har!

3. Insan teristimewa:

  • semua orang adalah istimewa namun yang teristimewa tentulah yang paling istimewa dalam golongan istimewa ittew!

4. Makanan dan minuman kegemaran:

  • Makanan – “two all beef patties, special sauce, lettuce, cheese, pickles, onion on a sesame seed bun
  • Minuman – singer beng (ini air yang bagus untuk menghilangkan lemak)

5. Favourite colour:

  • perpel

6. Favourite song:

  • terus-terang abang takde fav song, kalau ada dulu-dulu pun lagu yang takde lirik…musik ajer!

7. Siapa yang selalu buat saya gelak?

  • diri sendiri~

8. Sikap yang buat anda stress:

  • sikap orang lain ke? hmmm, susah sangat nak buat decision atau suka tunggu last minuteorang lain dah tido la sekarang ni tau tak?

9. 3 benda yang selalu ada dalam bag.

  • err…saya takde bag yang bawak ke hulu hilir…kalau bag kamera ada laaa. kalau dalam beg camera mesti ada 3 benda iaitu:
  1. sani alif laa sapa lagi
  2. lens
  3. flash…ahahaha, best kena lawak bodo camni?

10. Kali terakhir anda beriya-iya menangis…

  • no komen!

11. Perkara paling lucu atau memalukan dalam hidup anda…

  • diri sendiri….dia ni lah yang paling lucu dengan paling memalukan sekali!

12.  Tag 6 orang rakan2 ku…

  • mama
  • khairudeng (gua tau lu dah ada laptop so takde alasan, malaysia sekarang zaman wifi, chennai gua tatau camne)
  • ahkon (takde alasan!)
  • tah…sesapa pun boleh la kalau nak buat, bersedia atau tidak layan saja tag ittew!

wahhhh, sakit otak!

seharian di pusat bandar

my dearest blog,

hari sabtu lepas, abang bersama pak tam bella menghabiskan masa di klcc (owh, banyak sungguh masa yang abang habiskan bersama pak tam bella yer? jangan salah paham, kami bukan pasangan gay occay!). tujuan kami ke klcc adalah untuk menimba ilmu dengan syarikat pembuat kamera dslr kami, baguskan? ada kelas tambahan lagi, tak sia-sia kami habiskan wang rengget kami membeli dslr keluaran mereka.

apa yang dipelajari? macam biasa, perkara-perkara asas mengambil gambar sambil membuat sedikit pemasaran – biasalah tu…bukan negara ini sahaja ada GSPS, syarikat pembuat barangan elektronik pun ada teknik GSPS juga…

“anda boleh gunakan settings sebegini untuk menghasilkan gambar begini..tapi mungkin anda akan dapati gambarnya kurang umpphh…di sinilah anda memerlukan lens ini….”

baik punya racun! uhuhuhu….

macam biasa, lepas cakap-cakap mesti ada tembak-tembak…hasilnya seperti di bawah.


#1 – pakcik penat nak, tumpang tido kejap yer…


#2 – alpha chicks


#3 – abang cuci kolam


#4 – di tepi kolam


#5 – bakal pengantin?


#6 – rockstar main gelungsur


#7 – gambar dalam gambar


#8 – khusyuk~

ok…begitulah serba-sedikit gambar yang diambil…ada pertandingan macam biasa. abang pertaruhkan gambar #7 dan gagal lagi…pak tam bella pertaruhkan gambar yang hampir sama macam #1 abang tapi dari perspektif yang berbeza dan beliau menang! tahniah! dapatlah mengubat hati yang luka takmenang cakera keras mudah alih minggu lepas, dapatlah sebuah pembesar suara mudah alih yang comel serta selai t-shirt yang dikeringkan sebegitu rupa sehingga muat ke dalam tin minuman 325ml..wah, hebat teknologi mereka.

“macam mana nak pakai t-shirt ni? padat semacam je…”

“ko kena rendam dulu pastu basuh, lepas tu lah baru pakai!”

try nak main silhouette tapi tak tahulah jadi ke tidak…apa korang rasa?

yang mana satu pilihan kalbu?

owh ya, abang akan berpindah tidak lama lagi.

hari ini

my dearest blog,

tahniah!

begitulah encik yang diterima oleh abam wise dari bosnya sewaktu menerima surat random socializing. pada kali ini, abang menerima tahniah dari abam wise.

tahniah!

cinta u-turn akan kembali ke pawagam….kalau takde aral melintang pada awal julai ini..yak au au~

sesungguhnya surat keramat itu telah tiba di tangan abang (walaupun salinan faks ajer). giler hati berbunga weh…

nug nug! (bak kata pingu)

gambar hari ini…

zoo again

my dearest blog,

hari sabtu yang lepas, abang bersama pak tam bella telah ke zoo negara untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh pembuat kamera dlsr kami. abang memulakan perjalanan dari stesen lrt kelana jaya hinggalah ke terminal putra, gombak. from one end to the other bak kata orang australia…sesungguhnya pengalaman di dalam lrt tersebut memang sukar hendak dilupakan. hampir 3 tahun agaknya abang tak naik lrt putra ataupun kelana jaya line, selalu naik star atau ampang line sahaja.

hampir sejam abang berada di dalam lrt tersebut, pelbagai ragam manusia dapat dilihat namun akibat dari kesendatan yang dialami, sani alif hanya duduk diam di tempatnya. sungguh magis sekali, selesai melepasi stesen klcc, manusia yang memenuhi perut lrt tersebut berkurangan. sungguh kuat daya tarikan klcc ittew sehingga mampu mengosongkan lrt yang penuh.

pak tam bella sudah menunggu sedari awal lagi – 3 batang rokok katanya, entahlah…yang penting abang sudah sampai. jalan ke zoo negara padat, sangat padat. mujur naluri untuk berpatah balik setelah masuk ke simpang menuju ke tempat letak kereta B membuahkan hasil. tatkala pak tam bella membuat pusingan U, seraya kelihatan sebuah kereta keluar dari petak parkirnya. memang bernasib baik!

taknak cerita panjang, nanti korang muak pulak…antara hasil-hasil semasa acara tersebut…

abang submit gambar yang 1st kononnya dengan tujuan nak bermain dengan depth of field dalam imej tersebut tapi kalah pulak…sebab takde human-animal interactions…ces, mana laa tau. lenkali bagitau laa tema camne! selain daripada tu, cabaran yang sukar ditangani pada mulanya adalah bermain dengan aspect ratio 16:9…biasanya abang guna 3:2 aje. 16:9 agak sukar kerana sesudah jenuh membuat komposisi pada subjek, imej yang terhasil ada kalanya memotong anggota subjek bukan pada sendinya lantas mencacatkan komposisi yang dirangka pada awalnya. justeru itu, komposisi pada viewfinder perlu mengambilkira hasil yang diingini…pergh! memang cacat awal-awal tuh.

pada hari ahad….

heheh…kali ni, abang bersama pak tam bella tak hijack majlis orang. terima kasih kepada enche ayemo kerana menjemput kami memeriahkan majlis tersebut!

tambahan: gambar ehsan enche perampok (guru kami pada hari itu)

pak tam bella dan abang sedang beraksi…kehkehkeh

persoalan

my dearest blog,

semalam, puas abang bertelagah dengan che din. bertelagah pasal isu semasa yang meruncing sekarang ni. kisah kenaikan harga minyak yang bakal membuatkan harga benda-benda asas seperti makanan, minuman, pengangkutan, lens dan peralatan dslr naik.

che din sangat emosi, beliau mengambil perkara ini dengan begitu serius sekali. mengalahkan emosi orang gila yang kehilangan loceng. kenapa loceng? sebab loceng ada sikit-sikit rhyme dengan loco yang bermaksud gila dalam bahasa sepanyol. habis segala jentera perancangan dan pelaksanaan dasar negara ini dipersalahkan. he takes this matter so personally. mungkin ini terjadi akibat dari penderaan emosi yang dialami oleh che din pada malam selepas harga minyak yang baru ittew diumumkan. bayangkan che din yang hanya berbekalkan rm40 sahaja dalam dompetnya pada waktu itu (semuanya hasil dari nafsu nak melantak johnny’s dan a&w bersama tazzy dan uncle matusin) terpaksa meredah lautan kenderaan semata-mata nak mengisi minyak. dijadikan cerita, boleh pulak tokei stesen minyak tu offline credit card . sungguh durjana! tau la ramai orang nak isi minyak, ambil kesempatan pulak…macam perogol!

abang, sebagai seorang professional photographer melihat isu ini dari beberapa sudut. abang memakai topi agensi persekutuan yang mengetahui perkara-perkara termaktub di bawah akta tak boleh bagitau orang nanti masuk jel, melihat benda ini perlu tapi agak terkejut ianya berlaku begitu pantas namun selepas mendengar pernyataan bos besar abang, abang dapat menjangkakan bahawa ianya akan berlaku sangat tidak berapa lama selepas dikias-kias oleh beliau. langkah ini memang perlu, ada kalanya kita perlu membuat keputusan yang tidak popular demi untuk menjamin kesejahteraan. mungkin tidak sejahtera hari ini tapi sejahtera untuk anak cucu kita nanti – sila lihat jalan kuching, dulu ada tol…sekarang sudah tiada tol bukan? begitu juga yang akan berlaku kepada LDP, CKE, KESAS dan sebagainya.

jadi, kalau abang tak dapat surat keramat beberapa hari lagi. abang berinisiatif untuk naik bas ke majestic building!

owh, tiba-tiba entry ini terasa sungguh GSPS sekali!

seharian bersama pak tam bella

my dearest blog,

hari sabtu lepas abang ke kenduri kawen kawan baik saya sewaktu di bukit perdana dulu. beliau adalah fiza dato’ yang telah berkahwin dengan seorang lagi sahabat lagi kawan satu sidang (sidang D lemau tapi rawks occay!) iaitu amri yang sungguh stone sekali.

pak tam bella sesat dari puchong sampai ke cyberjaya membuatkan pak tam bella tak berjaya menembak di kenduri fizastone dari seawal minit pertama. sesungguhnya, team sonica meng’hijack‘ majlis tersebut dengan jayanya. kasihan photog rasmi….maaf ye bang, jangan repot pulak. kami janji tak buat lagi kat kenduri fiza fato.

ok, ini bukan entry mereka….ini entry pengembaraan bersama pak tam bella ke alam DIY.


ok, ini bukan pak tam…

ini barulah paktam bella…

DIY adalah satu skil yang sangat bagus untuk dipraktikkan. pada hari ahad…abang dgn pak tam bella kononnya nak layan sony dance competition tapi sungguh mengecewakan…takde apa pun yang best. jadi kami pun jalan-jalan mencari racun dan penawar hidup yang berduka-lara…

cari unity band (dari hari sabtu abang duk carik merata)…pusing semua kedai gambar, kedai aksesori gadis-gadis genit yang gedik lagi menggiurkan (bak kata harian metro – rm5 sahaja bang, complete package) untuk cari unity band ni…bukan abang nak pakai…tapi flash yang nak pakai.

merata kami berpusing-pusing di sekitar times square, low yat, bukit bintang dan sungei wang. bila haus, kami lepak minum kat kedai mamak belakang bukit bintang plaza sambil diharass oleh seorang perempuan saiko. in the end, kami mempersembahkan – adjustable velcro-strap for bounce card!

velcro strap male & female dibeli sepanjang suku meter di kedai menjual alat mengait dan jahitan di ground floor sungei wang dan ditemukan secara jahitan keliling di kedai alteration di tingkat 3.


pandangan sisi


bersama bounce card ayam yang turut dihasilkan secara DIY…