hujan

my dearest blog,

lebat giler hujan semalam. seram-sejuk je abang jalan-jalan dengan wana awek 1st abang sebelum kahwin  petang semalam lepas balik dari mesyuarat. lama sungguh kitorang tak dating dalam hujan lebat macam ni. sejuk-sejuk ni sedap kalau dapat jalan dengan wana. dia pandai nak panaskan abang time sejuk dalam hujan.

abang pun tak bajet nak dating dengan wana waktu hujan. abang gi mesyuarat tu pun dah nak saat-saat akhir dah sebab orang atas abang tak habis lagi mesyuarat dia. abang pun apa lagi, suka sangatlah sebab dapat pergi mesyuarat pastu dapat balik rumah terus tapi yang gagalnya adalah, abang tak pakai suit penuh. ye la mana bajet nak ada mesyuarat hari ni. lantas abang telefon akak peminat quinny supaya dia uruskan suit abang yang tersidai kat kedai dobi tu lepas dah dicuci kering. dah dapat suit tu, abang lunch la kejap dengan kakak supaya tak kantoi dating dengan wana petang nanti.

pung pang pung pang dalam mesyuarat, hati abang macam tak sedap bila tengok luar tingkap langit dah gelap. rosak program nak dating dengan wana kalau macam ni. takpe, bak kata team hoki masa abang sekolah menengah kat jalan stesen dulu, “rain or shine, the spirit will never die, the show must go on!” abang kuatkan semangat.

dah abis mesyuarat, makin lebat lak hujan ni. belasah je la, hujan-hujan camni la sedap dating, betul tak? abang pun gi la jalan-jalan dengan  wana. sejuk boleh tahan gak ni tapi wana pandai panaskan abang. tu yang buat abang suka kat wana ni. abang pun dah layan baik punya, tangan abang merata-rata berjalan seluruh pelusuk tubuh wana. abang usap sana, abang usap sini tapi wana ok je, sekali sekala merengek bila abang gesel kaki abang lebih sikit dari biasa. tengah sedap abang gesel kaki abang kat wana, ada satu mangkuk ni buat aksi terkelendat dengan abang. ada ke patut dia potong sayur depan abang pastu tak pasal-pasal tunjuk bontot merah menyala-nyala dia kat abang. nasib baik kaki abang yang tengah menggesel tu sempat tahan wana dari tergelincir. abang tarik nafas dalam-dalam…lagu romantik kat radio pun dah tak romantik dah.

kesimpulan dia, bila hujan je semua orang jadi bodoh atas jalan. sebbaik wana tak apa-apa.

Advertisements

bulan mana muat nak jatuh ke riba?

my dearest blog,

giler lama abang hilang akal tak jumpa korang!

yer la, mana abang pergi ni? lama melampau tak nampak.

memula abang pergi ber’sosial secara rawak‘ kat pantai timur tapi sampai hari sabtu, mata abang ketumbit cakap kau. sepet je mata, abang siap nak claim mix melayu campur cina pasal mata sebelah sepet sebelah buntang tapi nanti orang cakap hilang akal pulak so abang tak jadi claim. abang lepak kat bilik je layan astro free malam sabtu dengan pagi ahad tu tapi before that, abang gi klinik dulu la kan. nak jumpa dokter mintak ubat. humang ai ramai pulak orang sakit malam tu, abang sampai kul 8.30 malam pastu abang punya giliran nombor 31 tapi yang baru masuk orang ke-19…giler lama abang tunggu, siap boleh jenjalan kedai henpon dengan keter aksesori kereta lagi!

lama la pulak tunggu yer, mata amcam? bengkak lagi ke?

malam tu bengkak like hell yeah cakap kau. bangun pagi dunia gelap kejap. tahi mata penuh sampai kering tapi lepas malam kedua, abang dah bijak sikit. abang tuam dengan tuala panas kat mata tu, nikmatnya mak kau sedap betul! ni nak citer lagi ni, abang balik dari pantai timur lalu LPT hari ahad tu sebelah mata je abang drive

pergh, schumacher pun kalah camtu bang.

abang konvoi dua kereta tapi bukan dengan schumacher tapi dengan syam-macher yang memang seorang driving partner yang leng chai dan kepingin untuk berdasar ‘one off‘ bersama leng loi yang ‘memakai rantai bernombor‘. dasar ‘one-off‘ ni istilah baru untuk sesi kali ni selepas istilah rendessssssvussss (berapa banyak ‘S’ daaa…) yang menjadi buah mulut pada sesi lepas. kalau sesi akan datang abang tak tahu la apa pulak akan keluar memandangkan masa depan untuk ber’sosial secara rawak‘ akan dicantas dengan hebatnya oleh orang-orang atas abang, kecuali abang berjaya meloloskan diri seperti entry hang jebat adalah dirujuk. ok, berbalik kepada dasar-dasar yang diperkenalkan ni, abang tak berupaya nak ber’one-off‘ sampai ahad sebab mata bengkak tu la. ni semua mesti sumpahan kakak yang minat giler kat quinny zapp beroda tigaouch!

hahahaha, padan la muko! tahun depan la nampaknyo rayo! eh, sori bang. teriklan jap!

giler dungu lawak ko ni, aku hempuk gak kang!

ok ok, lepas tu…dah sampai kl apa cerita?

sampai kl, mata macam tu jugak jadi abang pergi la pusat perubatan untuk jumpa dokter lagi.punya lawak dokter ni bila dia tanya abang kerja apa, abang jawap la kerja abang apa kan pastu dia boleh tak tahu pulak. hish, penjawat awam amende la ni? abang dengan kawan-kawan abang pun tahu skim-skim lain yang wujud dalam perkhidmatan ni, siap buat perbincangan intelek kat kedai simple lagi untuk carik maksud tersembunyi kat tiap-tiap huruf tu tapi sebab dokter tu bagi abang cuti sakit dua hari, abang maafkan. mungkin belum pergi induksi kut dokter tu. makanya, hari tu abang santai-santai kat rumah sambil melayan mata yang bengkak ini. malam tu balik umah parents jap, celebrate birthday ayahanda. lepas tu layan curut bersama ayahanda…pergh, best cakap kau!

ni dah abis cuti masuk kerja apa lak cerita?

hmmm, lemau gak nak masuk opis balik tapi gagahkan ajer la. apa-apa orang nak bising, pekakkan telinga dan butakan mata. ada mesyuarat tapi abang takleh nak masuk sebab ada sesi latihan nak kena pantau. kena pulak ada masalah pasal makanan, melilau abang carik katerer untuk sediakan makan. nasib baik laa ada makan tapi, kalau tak mahu mengamuk semua orang. walaupun tak masuk mesyuarat tu, abang ambil tahu jugak la sikit-sikit perihal apa yang berlaku. hmm, sedih bila abang pikir benda-benda yang melibatkan perkhidmatan ni. ada ke patut kursus ‘peta-jalan‘ dengan penitakecek disuruhnya tunda kalau ada kerja-kerja nak kena selesai kat pejabat? hadoi la, kalau macam ni…diorang ajer la yang terus-menerus naik. sedih abang….isk isk isk. isu ‘sosial secara rawak’ naik lagi, lepas ni seorang je akan lepas untuk bersosial. apa diorang ni tak paham konsep ke? jabkhidam (suka hati abang je letak akronim) ada rasional dia sendiri untuk pilih atau tidak seseorang itu. entahlah, kecewa abang…udahlah, abang nak lari dari dunia ini. abang nak ke dunia cyber kat aras 2! wak lu!

mari berkenalan

my dearest blog,

hari ni abang hilang akal nak berkenalan dengan korang semua. silalah kenal yer? jangan malu-malu.

Click to view my Personality Profile page

mengikut ujian yang disarankan oleh cik pemikir tiub mikroserat yang dipakai di kepala dalam laman jaring beliau, abang hilang akal ni merupakan seorang pemimpin yang sangat intelek dan sungguh mencintai alam sekitar lagi logis. kiranya abang hilang akal ni memang dilahirkan untuk memimpinlah sebab dia bijak dan dan fikir benda-benda yang masuk akal sahaja (walaupun dia kadang-kadang hilang akal).

abang hilang akal ni sungguh extrovert, memang tepat sekali kerana dia tak akan pernah melepaskan peluang untuk lepak-lepak samada di kedai mamak P9 untuk segelas nescafe tarik bersama roti kosong ataupun bersama kelompok operative lembah klang sambil menikmati charkueyteow atau nasi lemak yang dijaja oleh gadis-gadis hangat yang asli (authentic) sekiranya masa dan mama mengizinkan. sifat extrovert beliau juga membuatkan beliau sungguh selesa untuk ber’sosial secara rawak’ di hujung minggu sekiranya diperlukan tanpa sebarang bantahan dari pihak beliau walaupun pihak yang di atas beliau ada sedikit membantah.

abang hilang akal ni lebih menjurus kepada penggunaan intuisi memandangkan beliau gemar membuat analisa pengiraan secara empirikal yang menjurus kepada pengalaman dan pemerhatian dan bukanlah suka main agak-agak sahaja. beliau tidak suka kepada golongan yang sentiasa berkata bahawa mereka betul tapi takde apa yang betul pun, ibarat kata rakan sepejabat ‘self-denial‘ atau penafian terhadap keupayaan sendiri. perkara-perkara yang menghina kebijaksanaan atau ‘insulting intelligence‘ turut tidak digemari oleh abang hilang akal.

abang hilang akal juga lebih suka berfikir dari berasa namun itu tidak bermaksud yang beliau tidak mudah terasa. cubalah guris hatinya, pasti kamu akan terima padah yang amat dahsyat. oleh kerana beliau lebih suka berfikir dari berasa membuatkan abang hilang akal ini tidak gemar kepada mereka-mereka yang selalu berkata “saya rasa”. beliau berpandangan rasa lebih sesuai digunakan bersama lidah tapi sebagai rakyat negara ini yang penuh dengan adab ketimuran, abang hilang akal akur bahawa rakyat negara ini lebih gemar menggunakan perasaaan daripada pemikiran. abang hilang akal hanya membiarkan mereka nak berfikir dengan lidah.

dalam membuat penilaian, abang hilang akal lebih mudah menggunakan akal dari perasaan walaupun dia sudah hilang akal. sesungguhnya abang hilang akal ini tidak mudah untuk terpengaruh kerana beliau yang sepatutnya mempengaruhi pihak lain.

kasihan abang hilang akal, oleh kerana akalnya sudah hilang beliau tidak berapa bijak dalam ujian kebijaksanaan pelbagai laman tersebut dengan hanya memperolehi 70% markah maksima dalam membuktikan kecintaan beliau terhadap alam sekitar. namun yang demikian, abang hilang akal dapat dikira sebagai seorang yang logis dan agak aktif dengan aktiviti-aktiviti kinestetik yang mencabar fizikal. abang hilang akal suka main futsal walaupun sudah lebih kurang 3 bulan tak menendang bola kecil saiz 4 itu. dalam bidang-bidang yang lain, abang hilang akal tidaklah berapa pakar memandangkan suara beliau sememangnya sumbang sekali.

oleh itu,terimalah abang hilang akal seadanya…

orang ketiga

my dearest blog,

hello bang, tak nampak pun kat opis hari ni. cuti ke?

cuti sakit, mata saya ni ha merah-merah la awak.

merah-merah? macam mana boleh merah-merah ni? banyak sangat mengadap komputer kut? dah tengok excel gi layan words pastu dah siap excel dengan words main powerpoint pulak. mana tak sakit mata.

saya rasa camtu la. tadi saya gi hospital nak buat pemeriksaan, cuak kejap bila makcik kat kaunter tu tanya ada darah tinggi ke tak, terkedu saya. ada kaitan ke sakit mata ni dengan darah tinggi? pastu masuk jumpa doktor, kena bebel pulak. dia tanya bila nak berhenti merokok, dia bagitau yang kalau ada tekanan jangan sampai hilang akal pastu hisap rokok berkotak-kotak.

lepas tu apa jadi?

saya jumpa kawan baru, meh saya nak kenalkan kat awak yang hilang akal ni. kenalkan dia ni memang mudah terpengaruh sikit.

owh, apa khabar?

baik-baik sahaja. wah, saya pun dah rasa macam nak hilang akal lepas kenal dengan kamu ni.

tengok tu, mudah je dia nak terpengaruh.

lepas kita jumpa tadi kat bilik doktor tu, kita gi buat pemeriksaan gigi tapi pelajar-pelajar jurusan pergigian semua cuti semester, makanya yang periksa gigi saya tadi tu macam ala-ala bangla sikit, nasib baik jururawat tu comel. eh, apa saya melalut ni? hilang akal sungguh.

sudahlah, jangan dengar cakap dia ni. cepat sangat terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tapi memang saya tak sabar nak tunggu pelajar-pelajar balik dari bercuti, saya nak buat penskaleran kat gigi saya ni dengan menampal dua lubang yang saya rasa dah lebih sepuluh tahun kat situ. bayangkan aje la, akhir sekali saya jumpa doktor gigi masa saya tingkatan empat dulu, sepuluh tahun tu bang!

jomlah balik, bini pun dah bising-bising dah tu. kang merajuk susah, makan mi segera la jawabnya!

ahahahahahaha~

dari ketsetneg ke ketsetkem

my dearest blog,

hai, apa khabar. jumpa lagi kita hari ni yer?

mestilah kita jumpa, kalau tak jumpa nanti orang kata hilang akal sebab awak kan dalam akal saya.

ehehehe, bukan ke memang dah hilang akal kat pejabat ni? semua benda yang kena buat kadang-kadang tak masuk akal. dengar-dengar tadi awak ada buat benda hilang akal dalam mesyuarat.

uhuhuh, ada laa sikit tak masuk akalnyer, tu pun sebab awak hilang kejap tadi. tu yang saya hilang akal dalam mesyuarat tapi saya rasa apa yang saya cakap tadi ada betulnyer. semua macam taknak terima hakikat yang ada sikit cacat dalam sistem pengumpulan maklumat kita ni tapi siapalaa kita kan? layankan ajer…

hmm, berat gak tu. ni apa cerita mesyuarat dengan ketsetneg pagi tadi?

biasa-biasa aje, cakap pasal pembangunan cakap pasal naik gaji pastu kena bentang kat mesyuarat ketsetkem isnin depan.

jadi, balik lambat lagi la hari ni?

isy, hilang akal apa balik lambat. ni pun sebenarnya saya nak balik dah. tengah layan awak je ni.

macam tu pulak, orang datang nak tanya khabar dimarah pulak kita.

maaflah, saya ada sedikit terasa cacat petang ni. janganlah kecik hati yer? nanti hilang akal pulak saya kalau awak kecik hati dengan saya.

oklah, saya bagi can kat awak!

euww, macam pujuk awek laa nak pujuk awak ni…geli saya!

duh~

sosial secara rawak

dearest blog,

malam ni sejuk jadi otak saya beku hendak berbicara dalam bahasa penjajah.

macam mana otak pun boleh sejuk, bukankah manusia ni mamalia yang suhu badannya sentiasa stabil dalam lingkungan 37 derjah celcius?

manalah saya tahu, tangan saya pun sudah kebas-kebas.

kenapa kebas-kebas? kamu kat mana tu?

kat pejabat, hari isnin ada kertas kerja nak kena bentang kat ketsetneg. kena siapkan malam ni kalau taknak datang hari minggu…

ooo, sebab itu laa kamu tak ‘bersosial secara rawak’ minggu ni ya?

begitulah, tapi saya memang dah bagitau bos yang saya takkan ‘bersosial secara rawak’ minggu ni sebab nak siapkan kertas ni. bak kata orang inggeris, ‘you give some you take some‘ la kononnya saya dulu…tapi bos tukar keputusan pula, terpaksa men’jebat’ tapi nampak gayanya sekarang dah ok sikit.

biasalah tu, kita berbudi orang lain kena laa berbahasa betul tak? jadi, sekarang kertas dah selesai ke belum?

kertas saya dah selesai, tengah tunggu kawan bahagian sebelah tengah menjilid kertas dia. kami berdua je yang tinggal ni. balik rumah awal pun isteri tengah mengurusetiakan sesi sosial secara rawak kat zon tengah. itu pun saya suruh dia tukar, kalau tidak dia ke selatan.

baguslah kalau macam tu, bila nak balik ni? kamu ni gila ke apa cakap sorang-sorang?

haa tau pun, ingatkan kamu tak perasan saya tengah cakap sorang-sorang tadi. jadi, balik nanti buat apa?

balik nanti mandi dulu, lepas tu layan dvd!

kamik sik pande kelakar seghawak

dearest blog,

it was the first plane trip together for us, been looking forward to it since the day i activated my ‘jebat’ mode. it was an official trip to the land of the hornbills in the search of the new young ones to be extracted into the system. the system that in some places, may break you.

woke up early morning, with bags all packed. we planned to bring only one bag but after some thoughts, we decided that two bags are only sufficient to accomodate all the needs of the four days trip to miao miao land. thanks to our neighbour cum batch-made (napee), we brisked off to kl sentral, hoping to check-in there but dang! we were late by ten minutes.

hafta carry all the bags on board the erl…

arrived in klia with another hour to go before flight time, luckily the check-in counter was not that busy.

kreok kreok…ok, off to the tax-free mcd inside the airport.

“attention, calling for passenger en.z********* ****m and pn.s*** *******h, flight MH 2564. kindly go to gate A7 for immediate boarding”

somehow, gate A7 feels like it was at the end of the world.

day 1: touched down safely at KIA, fetched by an officer there. we checked in at crowne plaza, put the bags into the room and went to the waterfront straight away. half of a day is enough for a nice stroll along main bazaar road, browsing through antiques, layer-cake and gambier.

day 2: woke up early in the morning, 6.30 a.m. in kuching is like 8 a.m. in kl. had a nice sarawak laksa for breakfast at chong choon cafe, abell road (opposite city inn) just a few walking steps from crowne plaza. a marvellous way to start the day. mama and his boss went straight to the ‘centre’ afterwards while i went back to the hotel, basking myself in the sun at the pool side (eheheh..) while killing time before the ‘centre’ starts. the search for the new ‘young ones’ started that very night.

day 3: being in kuching, the search for the new ‘young ones’ is a very tiring and arduous task. since the ‘centre’ has no campus, we have to travel back and forth from the hotel to the ‘centre’. it really challenged us logistically and physically with the distance between those locations being a 30 minutes drive, we spent like an hour for each trip. if it was at the ‘centre’ in peninsular, one hour is good enough for a beauty nap before any activities.

day 4: the ‘centre’ finishes off at noon, giving space for some last minute shopping. since we have bought all the fabrics in the world (literally speaking) it’s time for food hunting. what else if not kek lapis…we eventually ended up with two big boxes of cakes which in the end only left us with two blocks about a brick size (saiz standard kek lapis lah!) of cake (yang lelain orang kirim je banyak).

kuching was great, crowne plaza was superb, the chicks assessed were marvellous (adeh!).

what else? the food were scrumptious and i got the privilege to be acquainted with a new beverage.


teh-c-special-peng (layan wooo menatang alah ni!)

consists of a layers of tea, evaporated milk and gula melaka. sometimes comes with layers of pandan and grass jelly (cincau)…