tahniah

my dearest blog,

abang nak ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat OZF yang telah selamat menerima surat kulapuk mereka. kepada yang belum terima, sabarlah…anda akan berkulapuk juga suatu masa nanti.

lek lek laa, baru kulapuk je bukan pangku pun. kalau pangku lain citer la duit mahsyuk…kehkehkeh~

tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang bertukar. syukur, dapat jugak korang keluar.

selamat datang diucapkan kepada en. sani alif!

Advertisements

hari yang selenga

my dearest blog,

“make time to attend to the details or errands that this day demands. get stuff done!”

in detail

“if you think you don’t have enough time to attend to the details or errands that this day demands, then you have to reorganize your day to make time. things have been left alone for too long, and they require your attention — you cannot put them off any longer. procrastination not only robs you of being productive, it robs you of a sense of accomplishment. you do yourself well when you do something that needs to be done, so roll up your sleeves and get going…”

pergh, macam pandai lak frenster ni teka apa yang sedang abikal hadapi di ketika ini. berkobar-kobar (kononnyer) membawak balik assignment ke rumah sewaktu cuti thaipusam tapi akhirnya las vegas jugak yang dilayan sepanjang hari.

kadang-kadang tu bukan sebab kita malas giler sampai taknak buat kerja yang melambak tapi sebab mood takde. camnelaa nak menghadap excel sepanjang hari kalau mood kureng aritu? satu lagi kalau macam-macam dugaan datang menimpa. peh, payah nak fokus dowh!

so, sekarang ni…keproduktivitian telah dicuri, pencapaian pun tak dapat dirasai. owh well, deng!

kobar, kabo-r

my dearest blog,

keterujaan yang melampau, itu saja yang dapat menyimpulkan keadaan diri che din sekarang. walaupun belum tentu apa keputusan yang bakal diterima, che din positif. at least he did make a presence out of himself. kerja-kerja di majestic building makin melambak, semua dilayan dengan tenang. tu laa yang dinamakan morale boost. walaupun ‘orang atas’ semacam kalut dengan kerja yang macam-macam ni (walaupun takde mana sangat urgentnye) hingga tempias kena kat che din, dia tetap senyum. sengih je sepanjang hari membuat kerja.

gila komited che din sekarang, segala info yang diperlukan untuk kertas kerja tu dah ada dalam tangan. bolehlaa nak proses lepas ni, harap-harap semua line clear! kena bijak merancang perjalanan sebab dalam bulan februari atau mac kena ada kursus penting perlu dihadiri. adeh, nak carik baju putih lengan pendek lagi, tapi idea dan akal yang tak terjangkau akalmu itu memang bernas. memandangkan che din kena pegi yang siri empat punya kursus, pinjam aje la bebudak yang kena pergi siri sebelumnya. bernas bukan? hoyeah!

semua kawan-kawan che din pun dah berkobar-kobar. confirm semua menyanyi girang di dalam hati dan apakah lagu yang dinyanyikan? mestilah lagu vince ini!

bila mana di dalam jiwaku berkobar
perasaanku mula menjadi gementar
kan kuharungi tanpa rasa gentar
kerna perasaanku ini hanyalah sebentar

bila mana…berkobar-kobar
di dada…berkobar-kobar

ku atur langkah semangat penuh sabar
walau di dalam nadi darah hangat membakar
daku buka langkah dgn jiwa yang besar
kuhayati semangat yang berkobar

taalaa…mari..mari..
taalaa…tuju kejayaan

kita mendaki dan menjejak mimpi
apa yg menanti tak siapa ketahui
namun yg pasti mampu kita takluki
bila di hati semangat berkobar-kobar

taala… mari…

dalam tengah berkobar-kobar tu, che din layan feylong pulak. laman frenster yang dah lama tak dibukak tu tetiba dapat dilayari. testimonial dolu-dolu menambahkan lagi feylong di dada (cewah!). ramai kawan-kawan dah lost contact. che din berkira-kira ke mana laa peginyer semua kawan-kawan itu.


kabo-r: suatu ketika dahulu

jalan yang lurus

my dearest blog,

today will be a very good day for you! you are on the right track, and you know it…

begitulah lebih kurang horoskop kat friendster abang berbunyi…

abang harap abang di trek yang betul, trek yang lurus tak bengkok-bengkok dan menghala ke satu arah yang rocks dan kewl…dua tiga menjak ni asyik guna rocks & kewl ajer ek?

panggilan kursus untuk kulapuk dah bermula, semua dah excited…hoyeah! tapi, mana nak carik kemeja putih lengan pendek? hadoi la!

abang kena pegi jabkhidam pagi tadi, lama siot tak jejak kaki kat the elitist circle tuh. paling last masa nak interviu keje ni dulu, tahun 2005…eh, jap…penah gak masuk tempat tu lepas-lepas tu tapi takat gi cucuk perut rimau nak kuarkan duit jer…pagi tadi pegi jabkhidam dengan perut dipenuhi rama-rama, cuak seh! biasalah budak ada masalah disiplin macam abang ni mesti laa cuak kalau gi jabkhidam. nanti disumbat dalam kolam sampai lemas, abislah abang.

sampai jabkhidam, ramai rupanya kawan-kawan yang dah sampai situ, ada nescafe tarik dengan popia basah ada beberapa muka yang dikenali. pergh, payah ni nak mencuba nasib…

kalau ada rezeki, dapat laa post PPL tu…amin~

tag from cacah

my dearest blog,

abang kena tag dengan adek cacah, jadi sebelum balik dan ber’wiken’, abang selesaikan tag ittew…

azam tahun baru 2008 (walaupun dah 18 hari masuk 2008)…

  1. nak ‘merempuh’ dinding majestic building ini!
  2. layan hobi-hobi baru dengan cekap dan efisien
  3. simpan lebih banyak duit untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat

kenangan pahit 2007…

  1. kerjaku kerjaku, kerjamu kerjaku jua

pengajaran tahun 2007…

  1. “kat majestic building ni, orang yang paling baik tu la orang yang selalu rugi” – from arep jiran cube sebelah yang intel
  2. kalau rajin sangat nanti jadi mangsa keadaan
  3. semua benda yang tak berkaitan, tak mustahil ko yang kena siapkan

pencapaian paling bermakna 2007…

  1. kahwin la op kos!
  2. dapat keputusan PT*K yang sangat cemer….opps (kompeten gak rupanya abang)

pose menarik (?)

  1. ni boleh?
  2. abang pinjam bandwidth yer encik wise. jangan marah ^_^

Tag 8 lucky friends?

  1. saya bercadang untuk hentikan acara tag ini setakat ini sahaja…trimas!

wowee, dah wiken dah! loceng pun dah berbunyi menandakan waktu pulang kakitangan majestic building ini ke rumah masing-masing ataupun ke acara mabuk nescafe (yang mana berkaitan)..abang tengah siapkan beberapa perkara untuk dihadam dan dihazam di rumah sebagai persiapan 21 januari nanti…trimas cik era atas tips anda!

 caiyok caiyok!

berkulapuk

my dearest blog,

truut truut….

“hello, bahagian -tut- aisiyujeypiyem…”

“hello, enche abikal?”

“yer saya…abikal cakap.”

“saya ….(tah apa ke tah nama, lupa dah) dari jabkhidam, nak mintak nombor faks enche…”

“erm, no faks? boleh saya tau sebab apa?”

“berkaitan dengan perkara —-tut- -tut- -tut- -tut—-. surat asal dah hantar semalam (semalam =  16 januari?) takut tak sempat sampai kat tangan enche .”

“owh ye ke? *mata berkaca* ok, no faks opis saya 03-8*90 10**”

“baik, trimas enche…”

selai surat yang kewl lagi rocks telah masuk ke dalam tray abang.

surat apa? tunggu 21 januari….saja je bagi previu pastu anti klimaks!

segalanya aku

my dearest blog,

hari ini 16 januari. patutnyer (aku ulang patutnyer) ada surat best akan datang menjenguk ke dalam tray aku walaupun takde la best sangat actually sebab surat ‘kupab’ jer. kupab pun kupab la janji ada something tapi takde hapekejadah surat pun yang masuk. cess, harapan palsu! menurut sumber intel perkara tu dah dibawak naik tapi orang-orang atas angin hold dulu la pulak. berapa lama laa korang nak simpan?

perhimpunan bulanan tadi ada mihun, popia basah dengan kuih tako sesi amanat dari big boss. amanat yang berbahagia tu amatlah makan dalam sekali…

if you feel that you are not fit to be in the orgy organization, you are a misfit…

it’s either you do or die…

abang rasa abang dah menjurus ke arah misfit bila jiwa dan minda dah tak sebati dengan persekitaran…

deng!

kisah nak mengurus secara setia meshuarat besar ni makin menekan lagi. tambah lagi satu kertas? apakejadah urusetia buat sampai 2 kertas? sebagai seorang yang bunsymp, abang akan layan sambil mintak che din tolong…hoyeah! (tepuk-tepuk!).

dalam tengah melayan jiwa yang tah kemana ni, ada beberapa perkara gembira (actually dua jer) yang buat abang senyum. mana taknyer, dua-dua ni adalah sangat kewl dan rocks! dua-dua best, dua-dua abang nak, dua-dua abang impikan dan intel mengatakan dua-dua ni feasible untuk abang!

tapi, apa kebendenye dua-dua tuh? abang simpan dulu macam cik tiub pemikir…abang tau, jangan harap sangat! dinding api majestic building ni kebal giler dowh! meloloskan diri macam pijat celah-celah tilam pun belum tentu lepas kalau ada daun durian belanda kat tilam tu. pijat cannot stand daun durian belanda – petua ni. tak caya korang cuba. abang dengan hausmet kat vista angkasa tempat budak UM beromen celah-celah tangga pernah try dulu.

sekarang ni nak buat selai surat sat. surat abang hari ni rega dia RM94.67 ikut rate hari bekerja januari. bak kata big boss, kalau sehari datang kerja buat selai surat je serupa takyah…woo, pedih!

α…apakebende tu?