selamat hari raya

my dearest readers,

selamat hari raya!

Advertisements

periuk tuah

my dearest blog,

pada hari sabtu yang lepas, abam bersama beberapa rakan abam yang lain telah bersama-sama berbuka puasa dengan menggunakan kaedah periuk tuah. kalau sesapa tak tau periuk tuah tu mende…potluck arrr!

giler sungguh malam itu…ada ayam percik, canadian 2for1 pizza, japanese tofu, spaghetti & meatballs, macaroni,¬† lamb chops, ais krim berbondong-bondong, puding karamel, air setangki, roti john, lauk-pauk dengan nasik 17 pot~!

begitulah tuahnya jika 30 orang hadir dan bawak portion untuk 30 orang jugak…memang marvelles~

gambar….credit to enche munzir. abam tak bawak sani alif sebab lupa…ahahah!


group photos…

hari ni, umur zafeera genap sebulan.

ahah! semalam pukul 3 pagi baru dia nak tido, nak celebrate sebulan la tuh kononnya~

jalan-jalan hujung minggu

my dearest blog,

hari minggu yang lepas, zafeera bersama papa dan mamanya telah ke rumah tok mummy dan tok daddy.


“waaaa, tolong tolong…cayer kene dera!”

pada mulanya, cam biasa laa…dia cuak-cuak ayam nak duk dalam car-seatnya. mulalah zafeera melakonkan aksi mangsa dera yang sangat kronik…uuuuu…


“ciot je cemua malas nak layan cayer”

setelah zafeera tidak dilayan oleh mama dan papanya, zafeera membawa hati yang kecewa itu dengan membuat keputusan untuk tidur sahaja.

eh, sedap jugak tido dalam menatang alah ni…

pada petang ahad semasa mama dan papa bersiap-siap untuk pulang ke sentul…hujan telah turun dengan lebatnya. ok takpe, mama dengan papa lepak dulu. jam dah nak tiba waktu berbuka…kena balik cecepat ni nanti maghrib tak elok nak bawak zafeera keluar rumah. hujan renyai-renyai sikit, takpe dia nyer car-seat ada cabrio…kewl!

hari isnin….zafeera demam…dia mengadu dia demam dengan membuat bunyi sayu masa menyusu…

huuuu…..huuuu…huu….

cian dia…


“papa….cayer demam…nampak tak kool-fever tepek atas dahi ni..huuu…huuu….”


“pandai tak cayer berlakon muka cedih papa?”

pagi tadi, dah ok sikit tapi masih monyok lagik…

ketua cawangan

my dearest blog,

semua tunduk dan panggil abam ‘taikor’…

yeah, hari ini secara tak rasminya abam menjalankan tugas sebagai ketua cawangan kongsi gelap hung hing di causeway bay baru. agak tak best sebab masih belum cukup panas lagi di kerusi pembangunan modal insan ittew tapi takpelah, abam kan seorang yang bunsymp jadi abang akur sahaja dengan perintah yang abam dan seorang ‘ketua cawangan’ lain rasa macam tak masuk akal.

sekarang bukan dah fleksi ke? apa ke hilang akal buat camni?

dia tau la apa dia buat….ehehehe

tunggu lama sikit mesti abam dapat pusing satu bahagian dan rasa semua kerusi yang wujud…uhuhuh~

pagi tadi kena taichi hustle untuk hadir taklimat di jabkhidam. ada laa sembang-sembang sikit pasal butiran dan cara-cara nak membangunkan organisasi. ok lah, sebbaik junior di bawah relek je. junior yang satu lagi yang ganti kerusi abang lak terkinja lebih-lebih. rasa macam perkara-perkara yang encik kiki cuba tanamkan semasa tunggul terbaru kurang sakses…menyampah mak~

biarkanlah, yang penting abam dapat bubur lambuk kampung baru hari ni…

esok zafeera akan balik seri gombak….abam akan pastikan abam snap pics zafeera. owh, bercakap pasal zafeera, dia dah besar sedikit (malam ni genap 3 minggu usianya) dan dah pandai nyamuk-nyamuk (mengamuk dalam bahasa zafeera). dah pandai nak ajak orang lain main-main (pukul 2-3 pagi) dan dah pandai nak tendang-tendang kalau dia tension diperkotak-katikkan…uhuhu!

dilekatkan ke brussels

my dearest blog,

pada suatu tengahari yang hening dan sangap di bulan ramadhan al-murtabak mubarak ini. sekonyong-konyong 2 makhluk sedang ber’YM’.

abam: pak tam bella, aku takleh nak continue amik gambar dengan ko lagi la…

pak tam bella: apsal pulak? abis tu dengan sapa aku nak cover job?

abam: erk, aku kena gi brussels 1st november…jadik atase minow buat project management kat sana. ada projek baru nak naik, koman-koman 3 tahun!

pak tam bella: ye ke abam? ye ke? wah tahniah, rezeki anak tu!

abam: heh, aku melawak je aaa…ko penah dengar ke post atase minow? apa ko hilang akal?

ada ke atase minow? mana ada…..

hari ini, pak tam bella buat lawak dengan mengepost kisah abam akan ke brussels dalam portal. abis semua orang tepon abam, cakap tahniah kat abam dan betapa sesungguhnya mereka akan merindui abam. ok, tak kisah. kita layan aje episod punk’d pada hari ini. sungguh hebat episod yang dihoskan oleh pak tam bella ini sehinggakan kawan abam di minow pun turut sama terpunk’d!

sebentar tadi, mama call…..

seorang pegawai kanan di unit di mana enche wisenoir berada yang berlainan jantina dengan enche wisenoir telah menelefon mama dah mengucapkan tahniah…owh, punk’d berlebihan pulak!

abam tak pergi brussels, pergi cold storage beli brussels sprout mungkin lah…


ni peta brussels


ini brussels sprout…ngehngeh

kesimpulan, siot ah pak tam bella!

sembilan hari berpuasa

my dearest blog,

fuhhhhh…..selamat berpuasa y’all (walaupun dah seminggu lebih berpuasa).

rasa cam lama abam tak mengarut dalam blog terchenta ini. lama sangat sampai tak tahu apa nak mengarut tapi tak elok bulan-bulan puasa ni menghaban teben banyak sangat. kurus pahala puasa nanti, sekurus pahala puasa di pagi hari semasa memanaskan enjin wana kerana terpandang gadis-gadis genit yang sedang dalam perjalanan ke stesen lrt…owh, pandangan pertama itu rezeki jadi jangan kelip-kelip mata nanti jadi dua-tiga kali pandang…ahaha!

bulan puasa ni kewl kerana abam ada gadget baru yang sememangnya rawks tapi takde manual. zafeera namanya….(apa kejadah anak dipanggil gadget). jangan salah paham, sesungguh budak comel bernama zafeera ni sangat sukar untuk dibaca tabiatnya (kecuali suka tido – guruh berdentum pun takde efek – macam mama dia…ahah). abam tetiba menjadi obses kepada zafeera, beliau bernasib baik kerana baru berumur 16 hari (pada hari ini) kalau tidak sudah pasti akan diperkotak-katikkan dengan jayanya oleh abam.

kalau nak bercerita pasal zafeera mungkin sampai ramadhan tahun depan takkan habis dan mungkin sesiapa yang tak sempat ganti puasa kena bayar fidyah!

ok, abang tipu je. takdelah sampai ramadhan tahun depan…agak-agak bila dia dah hyper dan lasak sikit kita cerita kisah zafeera diperkotak-katik pulak…heheh, tak sabarnya!

owh, lupa lak nak cakap…zafeera sudah naik kereta buat pertama kalinya pada hari minggu yang lalu untuk ke seri gombak dari sentul. sangat comel apabila dia pegang safety strap car seat dia dengan sepenuh hati sambil membuat muka yang cuak dan confuse…uhuhu. takde gambar sebab abam pandai sangat gi tinggal sani alif kat sentul. takpe, weekend ni zafeera akan ke seri gombak lagi. abam akan snap satu gambar!

kerja macam biasa tak putus-putus. bulan puasa ni ingat nak lepak sikit sebab takde kursus nak diadakan tapi jangkaanku meleset. ada lagi baki makhluk-makhluk yang belum cukup tujuh hari jadi kena laaa arrange sesuatu kursus untuk mereka-mereka ini. kendian, ada pulak keluar carta organisasi yang baru, abam kena tukar cawangan lain dan lead cawangan tersebut…owh my gawdlike duh~

bulan puasa ni abam mungkin tak banyak jalan-jalan cari jeans, t-shirt, kasut, stokin dan sebagainya. ye lah, partner in crime sedang confinement mana mungkin abam dapat berpoya-poya (melainkan berpoya dengan insan lain…ahahahah ~ouch!). nampak gayanya, kasut aldo tu kena tunggu lagi la…uhuhuhu T_T

dah 3 kali raya tak dapat-dapat lagi aldo ni…time sale je la boleh dapek, time full price? huuu….baik gi makan kat pizza uno! hurm, bulan-bulan pose ni memang layan…abam’s recommendations would be: Patatas de tia Karen dengan Gambas Con Ajo sebagai appertizers kendian Aglio Olio with Grilled Prawns yang memang tak memuakkan sebagai main course. walaupun nama ada pizza tapi piza dia tak berapa kewl…tunggu ah zafeera besar sikit.


ini enche patatas….pinjam flickr orang lain punya bandwidth (keji tak?)

nampak gayanya, raya kali ini abam berjimat-cermat…kalau camtu, duit bonus boleh beli lens…yak au au!

toink…kapish~