tahun baru

yo yo~

dah seminggu kita masuk tahun baru, apa cerita beb?

tahun ni, abam memulakan kisah kehidupan baru di bilik baru yang ada karpet. bilik sebelum ni tak layak karpet, tah pesal tah…bagi je la karpet kan? takde masalah pun. bilik baru kira ok la, permandangan masih lagi ala-ala CEO drama melayu. kaki persegi besar sikit, sesuai dengan timbunan kerja yang datang sekali. memang pakej la…siapa cakap kerja senang? meh sini abam seligi. tau la abam takde embiyeay, mana nak layak keje camni…tahpaper.

ibarat sirih pulang ke gagang (jangan salah paham, abam tak kembali ke majestic building), abam kembali ke pangkuan tempat pertama abam duduk masa lapor diri dulu tapi bukanlah post yang dulu tu. akan tetapi, ada jugak tabesh bila meningkat setempat cam jogging setempat ni sebab, yang dikendong belum dapat dilepaskan, yang dijunjung makin banyak bertambah. apa leh buat, redah takpun layankan aje.

sekarang ni, terasa masa makin suntuk nak bersosial secara dalam talian.

Advertisements