kajian separuh tahun 2008

my dearest blog,

sekarang dah masuk hari kesepuluh bulan julai tahun 2008, maka abang rasa tak salah kalau nak review balik segala apa yang dirancang dan apa yang dicapai. jadi, marilah kita rujuk semula segala angan-angan kosong di sini dan sini.

baiklah, majestic building telah berjaya dirempuh. syukur alhamdulillah….rempuhan keluar dari bangunan itu disulami dengan keputusan peperiksaan yang terbaik dan sekeping sijil yang ditandatangani oleh dirgen yang ditemani dengan sekeping cek yang sungguh bermakna jumlahnya. syukur sekali lagi, mungkin itu namanya rezeki zafeera….

kewujudan encik sani alif dalam hidup abang sesungguhnya telah memenuhkan kebanyakkan masa yang penuh kebosanan. cita-cita untuk lebih maju dalam arena ini nampak cerah dengan kewujudan clairvoyant.pixel, hasil usaha sama abang bersama pasangan gay (menurut kata team alpha) abang iaitu pak tam bella. cuma buat masa ini, kami masih banyak melakukan kerja-kerja sosial sambil tag along bersama rakan-rakan yang telah lama bertapak dalam arena photog ini. takpe, kami mengikut nasihat mr.founder forum kami – sekarang ni mencari-cari, nanti bila kita pula dicari tak terkejar pelaksanaannya. harap-harap begitulah…kalau sesiapa ingin mencari, jangan segan silu menghubungi kami.

lancer 2.0 gt? berdasarkan situasi semasa pasaran minyak global, cadangan tersebut discrap dahulu bagi memberi laluan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

apa-apapun, life is great for the time being. pengalaman baru sangat berharga, dua minggu lagi abang akan melaksanakan satu tugas yang sangat baru bagi abang dan mampu memberikan impak besar terhadap masa depan seseorang. nak menemuduga orang bukanlah sesuatu yang mudah. moga-moga dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab…

langit yang mendung pasti akan cerah suatu hari nanti…

7 thoughts on “kajian separuh tahun 2008

  1. bro…

    sungguh cemerlang ! im so happy for and proud of u ! huhu…

    tapi takkan nilai jumlah cek yang sungguh bermakna itu sekadar untuk minum pagi gue je. hehehe…

Leave a reply to nolee Cancel reply