hari ini

my dearest blog,

tahniah!

begitulah encik yang diterima oleh abam wise dari bosnya sewaktu menerima surat random socializing. pada kali ini, abang menerima tahniah dari abam wise.

tahniah!

cinta u-turn akan kembali ke pawagam….kalau takde aral melintang pada awal julai ini..yak au au~

sesungguhnya surat keramat itu telah tiba di tangan abang (walaupun salinan faks ajer). giler hati berbunga weh…

nug nug! (bak kata pingu)

gambar hari ini…

zoo again

my dearest blog,

hari sabtu yang lepas, abang bersama pak tam bella telah ke zoo negara untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh pembuat kamera dlsr kami. abang memulakan perjalanan dari stesen lrt kelana jaya hinggalah ke terminal putra, gombak. from one end to the other bak kata orang australia…sesungguhnya pengalaman di dalam lrt tersebut memang sukar hendak dilupakan. hampir 3 tahun agaknya abang tak naik lrt putra ataupun kelana jaya line, selalu naik star atau ampang line sahaja.

hampir sejam abang berada di dalam lrt tersebut, pelbagai ragam manusia dapat dilihat namun akibat dari kesendatan yang dialami, sani alif hanya duduk diam di tempatnya. sungguh magis sekali, selesai melepasi stesen klcc, manusia yang memenuhi perut lrt tersebut berkurangan. sungguh kuat daya tarikan klcc ittew sehingga mampu mengosongkan lrt yang penuh.

pak tam bella sudah menunggu sedari awal lagi – 3 batang rokok katanya, entahlah…yang penting abang sudah sampai. jalan ke zoo negara padat, sangat padat. mujur naluri untuk berpatah balik setelah masuk ke simpang menuju ke tempat letak kereta B membuahkan hasil. tatkala pak tam bella membuat pusingan U, seraya kelihatan sebuah kereta keluar dari petak parkirnya. memang bernasib baik!

taknak cerita panjang, nanti korang muak pulak…antara hasil-hasil semasa acara tersebut…

abang submit gambar yang 1st kononnya dengan tujuan nak bermain dengan depth of field dalam imej tersebut tapi kalah pulak…sebab takde human-animal interactions…ces, mana laa tau. lenkali bagitau laa tema camne! selain daripada tu, cabaran yang sukar ditangani pada mulanya adalah bermain dengan aspect ratio 16:9…biasanya abang guna 3:2 aje. 16:9 agak sukar kerana sesudah jenuh membuat komposisi pada subjek, imej yang terhasil ada kalanya memotong anggota subjek bukan pada sendinya lantas mencacatkan komposisi yang dirangka pada awalnya. justeru itu, komposisi pada viewfinder perlu mengambilkira hasil yang diingini…pergh! memang cacat awal-awal tuh.

pada hari ahad….

heheh…kali ni, abang bersama pak tam bella tak hijack majlis orang. terima kasih kepada enche ayemo kerana menjemput kami memeriahkan majlis tersebut!

tambahan: gambar ehsan enche perampok (guru kami pada hari itu)

pak tam bella dan abang sedang beraksi…kehkehkeh

seharian bersama pak tam bella

my dearest blog,

hari sabtu lepas abang ke kenduri kawen kawan baik saya sewaktu di bukit perdana dulu. beliau adalah fiza dato’ yang telah berkahwin dengan seorang lagi sahabat lagi kawan satu sidang (sidang D lemau tapi rawks occay!) iaitu amri yang sungguh stone sekali.

pak tam bella sesat dari puchong sampai ke cyberjaya membuatkan pak tam bella tak berjaya menembak di kenduri fizastone dari seawal minit pertama. sesungguhnya, team sonica meng’hijack‘ majlis tersebut dengan jayanya. kasihan photog rasmi….maaf ye bang, jangan repot pulak. kami janji tak buat lagi kat kenduri fiza fato.

ok, ini bukan entry mereka….ini entry pengembaraan bersama pak tam bella ke alam DIY.


ok, ini bukan pak tam…

ini barulah paktam bella…

DIY adalah satu skil yang sangat bagus untuk dipraktikkan. pada hari ahad…abang dgn pak tam bella kononnya nak layan sony dance competition tapi sungguh mengecewakan…takde apa pun yang best. jadi kami pun jalan-jalan mencari racun dan penawar hidup yang berduka-lara…

cari unity band (dari hari sabtu abang duk carik merata)…pusing semua kedai gambar, kedai aksesori gadis-gadis genit yang gedik lagi menggiurkan (bak kata harian metro – rm5 sahaja bang, complete package) untuk cari unity band ni…bukan abang nak pakai…tapi flash yang nak pakai.

merata kami berpusing-pusing di sekitar times square, low yat, bukit bintang dan sungei wang. bila haus, kami lepak minum kat kedai mamak belakang bukit bintang plaza sambil diharass oleh seorang perempuan saiko. in the end, kami mempersembahkan – adjustable velcro-strap for bounce card!

velcro strap male & female dibeli sepanjang suku meter di kedai menjual alat mengait dan jahitan di ground floor sungei wang dan ditemukan secara jahitan keliling di kedai alteration di tingkat 3.


pandangan sisi


bersama bounce card ayam yang turut dihasilkan secara DIY…

student buat assignment

my dearest blog,

owh, kenapa abang tak apply untuk cleo eligible bachelor 2008 seperti kata cacah?….sebab abang dah kawen la op kos!

photog of the year 2010? (yang ni site 2008 punya…tunggu 2010 occay?)

sudah dua malam abang membujang dengan sungguh bahagia sekali. tidur di rumah lama di equine. owh, kami tiada krisis, cuma kakak sedang berstesyen-luar di pulau langkawi. maka, abang pun kembang sayapnya…har har har!

semalam buat sesi night photog for dummies bersama rakan-rakan setaman…owh, abang sorang je orangers…lagi dua orang dark side (ganas betul weh!) dan kami ditemani oleh dua model yang didatangkan secara percuma – satu sen tarak tipu punya!

sesungguhnya kami berlakon macam student sebuah universiti yang menawarkan kursus seni halus dan media walaupun masing-masing dah tua belaka…buat phd ni bang!


jimi j dengan DiBOnya – sistem yang dibeli secara borong dengan sesuka hati sekali


enche pirates sedang skodeng


wireless flash (F42 gua kewl occay!) dari sudut kiri


lamanyer laaa setting weh, bose doh nih!


tripod chapayam dengan tripod cap keep


cacah: lama lagi ke? mekap i dah cair taw! dah la tak bayar…slow lak tu..huh, koser i~
pirates: jap la…aku takleh fokus ni, 1st time pakai contact lens!


pirates: okok…boleh start
jimi j: jap-jap, lens aku sangkut!


jimi j: ada orang cakap tak muka ko macam saleisha stowers pakai tudung?
cacah: tu aku la tu..sajo nyamar!


nanti edit, apply noise reduction…hilang laa semua ni…(apa?)


kekgi pah dapak paymeng….aku beli hok bling-bling kaler ijo pullowk!

wah…memang terbaik! saya mesti pilih~

gambar-gambar lain berada di dalam kamera-kamera kaum dark side ittew…

*tambahan gambar…courtesy of enche pirates


saya malu, nyorok balik pokok….got prawn behind rock~

natang nggoh

my dearest blog,

abang tatau kenapa abang suka menembak subjek haiwan…mungkin lebih senang bekerjasama dengan haiwan dari manusia yang kononnya lebih bijak dari haiwan tapi pada dasarnya tiada apa yang berbeza…(ahaha, puitis macam lembu!)

lembu adalah haiwan, janganlah berperangai seperti lembu walaupun daging lembu sangat enak dimakan terutamanya apabila dibuat daging goreng kunyit atau rib-eye steak.

kalau orang kata tuan-tuan bodoh macam lembu, pasti akan marah bukan? maka janganlah berperangai seperti lembu yang tak tahu apa-apa ittew

kasihan lembu, akibat sikap manusia yang selenga…lembu pula dibodohkan…isk

two all beef patties, special sauce, lettuce, cheese, pickles, onion on a sesame seed bun…”

daging lembu jugak yang disebut-sebut untuk dapat makan percuma. haih~ natang nggoh!

ulang lagi tahun ini

my dearest blog,

semalam abang tua setahun lagi…aiyoh, udah 27 umur abang wehh….tapi takpe, memandangkan kehidupan ini perlulah dilalui dengan penuh kewlness, takde hal semua tu…redah jer!

hari semalam bermula ceria dengan sms dari rakan-rakan seawal jam 12.01 malam yang diterima dari adek cacah…dan dituruti pada jam 12.13 malam oleh kakak ekin chickeng ku yang berada nun jauh di negeri pahang. thanx uolls!

suasana di opis rilek je…xde bencana alam yang berlaku. sekadar sekali-sekala chatting dengan pak tam bellazam (bukan pak tam bling-bling ok?). bersembang pasal hobi baru kami sebagai ahli orange legion. sembang pasal flash…owh, pak tam bellazam dah ada vivitar yang abang sedang kidnap kerana nak shoot majlis pertunangan adik abang tempoh hari…dengan keji abang belum pulangkan lagi, kesian pak tam bellazam. dari perbualan, pak tam macam keracunan nak membeli F42 ataupun F56….(apa kejadahnya dah ada vivitar nak cari flash lain – taulah pak tam bellazam orang kaya).

rupa-rupanya ada udang di sebalik pak tam…

balik rumah seawal loceng berbunyi…tapi ditahan pulak oleh cik tiub pemikir yang keresahan kerana tak dapat melunaskan sesuatu. gossip yang agak panjang juga bersama cik tiub pemikir ittew…sempat 2 batang rokok marlboro lights…seronok pulak bersembang, sambil memberi seketul dua nasihat yang agak non-sensical tapi macam bagus gak la…hahah! sila bajai dengan segera occay!

sesampai di rumah….ada sebuah kotak menanti…eh, 2 kotak…

1 kotak berisi kek…

kek coklat putih bertatah stroberi…nyum!

dalam kotak lagi satu….jeng jeng jeng…whoa…whoaaaa….whoaaaaaaaaaaa! (tiru iklan 019 yer)


HVL-F42AM…owh…thank you mama!

wah, abang terasa sungguh hilang akal sekali semasa itu! rasa macam nak gi berlagak dengan pak tam bellazam pada waktu itu jugak! akan tetapi, pak tam bellazam turut bersekongkol dalam acara ini…no wonder dia sibuk duk tanya itu-ini pasal F42 dan F56…ceh!

selesai acara potong kek yang sangat short and sweet ittew, kami berdua makan malam di ‘pasar ikan manhattan’ kat centrepoint….dekat je centrepoint dengan rumah…x sampai 5 minit. kan abang pernah cakap area rumah abang adalah sangat kewl sekali tapi sungguh malang kerana penuh dengan expats…uhuh…kami makan seafood platter for two

abang lekat KM50F1.7 ajer kat body….terpaksalah semua gambar jadi 50mm sahaja…

maka, beginilah line-up abang setelah ditambah flash tersebut….


dari atas kiri: SAL 75300, HVL-F42AM.
dari bawah kanan: DSLR-A200 dilekat bersama VG-B30AM dan KM50F1.7, SAL 1780.

gambar diambil menggunakan DSC-T9 yang berusia hampir 3 tahun dengan shutter count baru 2678…sani alif abang baru je berusia hampir 4 bulan tapi shutter count dah nak jejak 4000…woo, xbleh shutter happy sangat dah pasni…

untuk menutup acara ini….dipersembahkan aksi AF flash tersebut…

merapik

my dearest blog,

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang enkau sering mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

kepada sapa lagu ini ditujukan?? jeng jeng jeng

musim random socializing (RS) pada kali ini dah sampai ke penghujungnya…musim kali ni, 2 kali je abikal dapat RS bersama rakan-rakan disebabkan komitmen keluarga. minggu ke-2 ada majlis kenduri kahwin sepupu kat melaka dan minggu ke-4, abikal ke kelantan sebab adik nak bertunang.

bercakap pasal RS ni, memang menyeronokkan dari segi keupayaan RS ini untuk menghilangkan tension di pejabat dengan cara bercuti sambil menunaikan tanggungjawab sosial kepada perkhidmatan dan institusi ini untuk menyaring pewaris bersama rakan-rakan tanpa mengira lantikan. that’s the beauty of it…RS ni musim ke-3 bagi abikal…banyak pengalaman dan penambahbaikan yang abikal perolehi.

RS pertama layan pantai timur…tepi pantai mesti kewl! kena pulak dapat makan roti kaya dengan telur separuh masak…uhhhhh, nyaman! tradisi makan ramai-ramai, bayar kongsi-kongsi masih erat dipraktikkan (ye lah, minggu pertama selepas gaji). semua laju je menghulur…hihi. tatau la camne RS minggu yang lain, laju lagi ke tidak…harap-harap masih laju cuma kena amalkan makan nasik segenggam seorang mulai sekarang.

apa kejadah aku merapik ni?

tahun ke-10 = 126,690

my dearest blog,

abang telah berjaya menjadi sebahagian dari 126,690 orang yang membanjiri daerah sepang untuk berkongregasi bagi menyaksikan perlumbaan ke-10 formula satu malaysia…pergh, ramai giler manusia!

abang dapat tiket kat garnet (belakang sikit dari garisan permulaan)…kira oklah, tiket hasil ehsan kawan abang di bahagian “mangsa keadaan diperbadankan” kat bangunan panjang depan majestic building ni. tahun depan kalau boleh nak lagi..ehehe.

qualifying day abang layan dengan encik pirates. perjalanan sangat lancar, letak kereta mudah sekali dengan adanya stiker oren ittew….masuk gate 1, jalan terus tak nampak-nampak pintu masuk seat garnet ni….umang ai jauh betul! seat banyak kosong, merata-rata kami berdua duduk chill sambil menembak…

race day abang pergi dengan kakak…ya tuhan sesak betul…dari simpang banting nak sampai simpang sepang/enstek tu ada laa dekat sejam setengah, semalam 10 minit jer…takpe, F1 punya pasal layankan ajer…sempat sampai sebelum race mula. hari ni seat penuh, kena duduk seat sendiri dan takleh jalan-jalan merata.

owh yer, jangan lupa pakai earplug (beli singgit je kat kedai ace hardware). kereta F1 dengan kenderaan-kenderaan lain tak sama tahap bunyinya. jangan jadi cam kawan abang encik karimpeng, nasib baik tak pecah gegendang telinga dan jangan lupa untuk makan kenyang-kenyang kecuali mampu membeli 8 cucuk satay dengan harga rm25!

takyah nak buat commentary F1 la yek? keputusan semua korang boleh baca sokkaba.

bila nak balik rumah, kita tawaf KLIA dulu!

ooo….kat sini rupanya maskargo.


ni gadis litar masa hari sabtu nyer GP2 race


track chick

*sila selak utusan malaysia mukasurat sembilan, gambar nombor sembilan…ada payung besar kaler silver…

si merah jambu bersabun di tepi sungai

my dearest blog,

hari ahad lepas abang dan beberapa rakan OZF pergi berkelah. saja-saja release tension sambil sesi geeking out encik sani alif.

malangnya, encik sani alif gagal skodeng dengan cemerlang sekali si hot pant merah jambu dan ungu ittew…out of range dan pencahayaan yang kurang mantap. mungkin perlu beli G-lens…hahahah!

apapun, sesi riadah ini sangat kewl sekali dengan kehadiran muka-muka yang itu jugak (takde muka lain) dan makanan-makanan yang sungguh abundant! sekali lagi? sudah pasti, kali ini encik sani alif pasti lebih bersedia…hahah! berikut adalah beberapa hasil skodeng encik sani alif untuk dipertontonkan.