obses yang obese

gua tahu gua obses…sangat obses dengan enche sani alif walaupun sekarang berhasrat nak menghapgred enche sani kepada sani yang lebih besar sikit tapi bukan sani yang ni…owh ya, sani yang ittew mahu menikah esok…selamat pengantin baru. dulu beliau adalah bestman gua semasa gua kawen…sekarang gua takleh nak jadi bestman dia sebab gua best sangat…ahaha

keobsesian gua dipersoalkan dan fakta diputarbelitkan…demit! abang buih sahaja membuat onar akan kisah obsesi gua dengan lampu denyar gua (opps, belum bayar lagi kat paktam)…tapi takpe, gua suka sebab abang buih promot gua dan ular tedung gua, giler kewl gua sampai leh ada satu entri khas. sila baca di sini!

ke mana menghilang?

puh…puh…puh….

hembusan asap rokok keluar dari mulut dan hidung abam…tengah hisap rokok dalam toilet, malas nak busukkan bilik hotel ni. abam santai-santai sambil bercadang nak menjahanamkan perkhidmatan beberapa orang….kasi diorang repeat balik! takde mende pun, 14 hari je kursus ni…apa salah mengulang, betul idak?

takdelah, melawak ajer…mana mungkin nak gagalkan gadis-gadis genit seperti mereka ini kan?

minggu ni santai di perak, dalam kawasan pembangunan tanah persekutuan. minggu depan gi terengganu pulak. bagus betul asyik takde je kat opis…

lama betul tak update yer bam? mana pegi? apa bikin?

satu….


(pangpang papa)

owh, budak ini sudah makin besar dan tembam…telinga masih capang lagi…adeh. sudah pandai berdiri dan berlagak macam reti berjalan. pantang ditinggalkan, mesti melalak macam kena dera…owh, dia baru nak masuk 8 bulan. cepat betul masa berlalu…nak kena tambah koleksi kut? (adeh!)

dua…


(nah, amik kau bunga-bunga cintaku ini!)

abang pit (terbaek!!! – mesti ada 3 tanda seru) baru selesai kawin dengan ayumi….owh, abangpit tak kawin dengan orang jepun. jangan salah paham…

ok, tunggu pulak lagi 2-3 bulan untuk entry seterusnya!

zafeeraya

my dearest readers, uncles and aunts!

minggu ni dah ramai masuk opis, so ada laa nampak macam rupa pejabat sikit. kalau tak sebelum ni rupa cam gudang tinggal pun ada jugak. sememangnya rakyat malaysia suka bercuti – bagus!

kiranya entry ni macam entry back-dated seminggu.

syawal ini merupakan syawal kedua abam dan kakak sebagai suami isteri dan syawal kali ini juga merupakan syawal pertama bersama budak tembam kali…zafeera zafeera~ (sila ikut rentak lagu zakiah zakiah nyanyian jinbara feat ahli fiqr).

syawal kali ini kami sambut di jelebu. dokek ajo….dikala orang lain bertungkus-lumus memotong barisan, cilok kiri cilok kanan, kami dengan santainya pulang ke jelebu melalui genting peras.


zafeera digomol mamanya


clan jelebu


cawangan sentul


sub-cawangan petaling jaya

selesai sudah berhari-raya di jelebu…abam berangkat ke kelate pullowk! pulang dari jelebu pada hari raya kedua. tiba di kuala lumpur, wow! lengang sungguh…nyaman je memandu. memanglah raya malaysia suka bercuti.

kami naik kapalterbang! zafeera naik kapalterbang buat pertama kalinya pada usia 42 hari. puh, risau gak kitorang berdua. macam-macam benda dalam kepala otak ni ~ camne nak handle zafeera dalam flight nanti, kalau dia nangis legat camne nak buat bla bla bla…tapi, sesungguhnya jika seorang bayi itu dilahirkan dalam keluarga yang sangat suka travel maka dia pun akan menjadi traveller juga!


tengah menunggu boardingmaintain lagi


alamak, zafeera dah bangun…

tujuan pulang ke kelate pun hanya sekadar untuk turut serta dalam majlis perkahwinan ayah ngah zafeera pada hari sabtu 4 syawal. abam jadik OP pada majlis tersebut. owh, letih dowh shoot weeding sedara-mara, apatah lagi adik sendiri. semua kena terbaik, 150% bak kata orang.


kelihatan jari ucu sedang cuba mensabotaj hidung zafeera.


akli keluarga..abam? belakang kamera laa (kes lupa bawak tripod) ~ dem

perjalanan pulang dari kelate ke kolumpo memakan masa lebih 15 jam – umah ai! itulah yang terjadi apabila semua orang taknak sabar. tak menyempat-nyempat nak balik kolumpo. abis semua celah dia nak celah. mangkuk ayun betul!


berhenti rehat seketika – anda mampu mengubahnya!

jalan-jalan hujung minggu

my dearest blog,

hari minggu yang lepas, zafeera bersama papa dan mamanya telah ke rumah tok mummy dan tok daddy.


“waaaa, tolong tolong…cayer kene dera!”

pada mulanya, cam biasa laa…dia cuak-cuak ayam nak duk dalam car-seatnya. mulalah zafeera melakonkan aksi mangsa dera yang sangat kronik…uuuuu…


“ciot je cemua malas nak layan cayer”

setelah zafeera tidak dilayan oleh mama dan papanya, zafeera membawa hati yang kecewa itu dengan membuat keputusan untuk tidur sahaja.

eh, sedap jugak tido dalam menatang alah ni…

pada petang ahad semasa mama dan papa bersiap-siap untuk pulang ke sentul…hujan telah turun dengan lebatnya. ok takpe, mama dengan papa lepak dulu. jam dah nak tiba waktu berbuka…kena balik cecepat ni nanti maghrib tak elok nak bawak zafeera keluar rumah. hujan renyai-renyai sikit, takpe dia nyer car-seat ada cabrio…kewl!

hari isnin….zafeera demam…dia mengadu dia demam dengan membuat bunyi sayu masa menyusu…

huuuu…..huuuu…huu….

cian dia…


“papa….cayer demam…nampak tak kool-fever tepek atas dahi ni..huuu…huuu….”


“pandai tak cayer berlakon muka cedih papa?”

pagi tadi, dah ok sikit tapi masih monyok lagik…

dah balik!

my dearest blog,

abang dah balik dari alor setar!

“andai kata encik X menyelia keadaan di tapak bina yang terdapat beberapa masalah seperti kelewatan dan mutu kerja, kemudian pada suatu hari kontraktor yang laksanakan projek tersebut datang berjumpa dengan encik ‘X’ dan tak semena-mena dia hadiahkan seutas jam tangan….rasa-rasa encik, boleh terima tak jam itu?”

“eh tuan, kalau orang dah nak bagi….kita ambil je la! tak baik tolak rezeki……”

oh lala…..

abang jalan kaki dari hotel seri malaysia gi sini taw! tak koser uolls!

antara cakap kosong dan muka tiada sinar

my dearest blog,

sudah setengah bulan berada di tempat baru, abang makin serasi dan diterima di kalangan rakan pejabat dan kakitangan. kursus yang sedang dijalankan semua ok, budak-budak tak bagi masalah sangat. bagus kakitangan kat sini, mungkin sebab dah biasa buat kerja…laju je semua. paling best tak lokek ilmu, kita pun tak segan nak tanya banyak-banyak.

semalam, dapat peluang makan tengahari dengan pakar motivasi terkenal dato’ fadzilah kamsah sebab beliau memberi ceramah di sini anjuran cawangan abang. memang nampak karisma y.bhg dato’ ni. kenyang melihat beliau sampai makan pun sikit (tapi lepas dah abis teman beliau makan, carik yang bungkus pulak…lapar lagi ler!)…ahaha. dapat peluang berborak-borak sebab abang tak dapat hadir secara total ke ceramah beliau sebab pagi-pagi lagi super big-boss melalui pegawai khasnya mintak abang keluarkan surat hadir ke forum yang akan diadakan isnin depan. kena selesaikan sebelum lunch sebab dalam masa yang sama ada audit bintang-bintang di langit oleh em ay em pi yu. tempat ni dah dapat 4 bintang tahun lepas…tahun ni takkan nak turun atau stay…mestilah kena naik 5 bintang…super big-boss sendiri turun padang.

sambil makan lunch dengan dato’ kami berbincang masalah negara. dato’ semacam kecewa bila anasir luar sedang cuba memporak-perandakan negara tercinta ini. beliau turut bercakap mengenai kisah satu lawan satu yang ditayangkan di televisyen malam sebelumnya.

“muka orang itu sudah tiada sinar, saya tak rasa ada aura datang dari beliau macam dulu….dia banyak berubah”

abang ingat-ingat balik, memang abang setuju…muka orang yang dimaksudkan memang nampak seperti tiada sinar walaupun hujah-hujah yang disampaikan masih bernas disulami fakta-fakta. mungkin ada petunjuk di situ. entahlah, malas nak ambil tahu tapi angin jugak badan ini kalau perjalanan ke pejabat menjadi lambat sebab ada sekatan jalanraya sebab nak berjaga-jaga takut ada kekecohan…aduhai!

tambahan koleksi zurina…kat flickr abang..

esok abang akan terbang ke alor setar. dah lama tak pergi sana…abang akan terbang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengerusi temuduga. owh, streetphotog di alor setar dan pekan rabu (kalau ada masa…)

seharian di pusat bandar

my dearest blog,

hari sabtu lepas, abang bersama pak tam bella menghabiskan masa di klcc (owh, banyak sungguh masa yang abang habiskan bersama pak tam bella yer? jangan salah paham, kami bukan pasangan gay occay!). tujuan kami ke klcc adalah untuk menimba ilmu dengan syarikat pembuat kamera dslr kami, baguskan? ada kelas tambahan lagi, tak sia-sia kami habiskan wang rengget kami membeli dslr keluaran mereka.

apa yang dipelajari? macam biasa, perkara-perkara asas mengambil gambar sambil membuat sedikit pemasaran – biasalah tu…bukan negara ini sahaja ada GSPS, syarikat pembuat barangan elektronik pun ada teknik GSPS juga…

“anda boleh gunakan settings sebegini untuk menghasilkan gambar begini..tapi mungkin anda akan dapati gambarnya kurang umpphh…di sinilah anda memerlukan lens ini….”

baik punya racun! uhuhuhu….

macam biasa, lepas cakap-cakap mesti ada tembak-tembak…hasilnya seperti di bawah.


#1 – pakcik penat nak, tumpang tido kejap yer…


#2 – alpha chicks


#3 – abang cuci kolam


#4 – di tepi kolam


#5 – bakal pengantin?


#6 – rockstar main gelungsur


#7 – gambar dalam gambar


#8 – khusyuk~

ok…begitulah serba-sedikit gambar yang diambil…ada pertandingan macam biasa. abang pertaruhkan gambar #7 dan gagal lagi…pak tam bella pertaruhkan gambar yang hampir sama macam #1 abang tapi dari perspektif yang berbeza dan beliau menang! tahniah! dapatlah mengubat hati yang luka takmenang cakera keras mudah alih minggu lepas, dapatlah sebuah pembesar suara mudah alih yang comel serta selai t-shirt yang dikeringkan sebegitu rupa sehingga muat ke dalam tin minuman 325ml..wah, hebat teknologi mereka.

“macam mana nak pakai t-shirt ni? padat semacam je…”

“ko kena rendam dulu pastu basuh, lepas tu lah baru pakai!”

try nak main silhouette tapi tak tahulah jadi ke tidak…apa korang rasa?

yang mana satu pilihan kalbu?

owh ya, abang akan berpindah tidak lama lagi.