magazine

my dearest blog,

lama kan takde entry baru? mesti sakit jiwa kan bila bukak je blog ni, gambar abang bomba padam api tak abis-abis…stress? leks…leks…

sekarang ni abikal sakit jiwa sikit, magazine macam kata puan a-i-n. ‘orang atas’ tak cakap apaper lagi, abikal pun malas nak layan…dah jumpa jabkhidam masa kursus random socializing, dinasihatkan untuk melalui bikaypi kalau payah sangat nak berbual-biacara dengan ‘orang atas’. ok, abikal jumpa kawan kat bikaypi. diskusi lebih kurang, jumpa penyelesaian…dengar citer, sekarang dah on the way. harap-harap semua selamat, nak kena follow-up dalam minggu ni.

sakit otak pulak pagi-pagi ni, penat driving ulang-alik melaka berkali-kali punya pasal kut. ‘orang atas’ taknak ctc surat random socializing…nampak gaya dah mula perang dingin ni…

hentahler, malas nak cakap banyak. lagi cepat get out lagi bagus!

hapdet!

my dearest blog,

alamak, jumaat habis suda! (ikut stacy sket!)

baru turun dari langit, dirgen nak tengok paper…ok, takyah datang weekend (selamat!)

orang atas tak bagi kata putus lagi…deng!

abang kena lebih rajin usaha kerja keras (motto mengarut zaman sekolah menengah)

mari kita ikut kata nadia….redah jer!


meredah api mampu ku buat….

kemaskini

my dearest blog,

rasa macam dah lama sungguh tak hapdet blog ni…malas nak menulis dah? banyak kerja? (alasan tipikal).

tekanan jugak bila orang cuba melengah-lengahkan urusan kita…(baru tau)

minggu lepas secgenminow melalui asssec dia offer masuk minow (hati berbunga…)

tapi ada kerja urgent nak kena siapkan slide kaypikayti untuk dipersembahkan kepada chisecogov…(ulang-ulang itu jugak)

come friday, jumpa orang atas, pillow slow talk. nampak macam 50-50, katanya nak fikirkan dulu over the weekend… (selawat banyak-banyak)

isnin, orang atas cakap nak bagitau orang lagi atas….tak sempat bagitau orang lagi atas. (discussion banyak kali sehari, takkan tu pun takleh nak bisik?)

selasa, orang atas cuti pulak…(hemph!)

rabu, pagi meeting kat kaypikayti…susulan persembahan kepada chisecogov minggu lepas. lepak dengan medsyam kat ali maju, dia kedek taknak bawak turun officer baru. sebbaik abang dapat intel info baek punya! balik petang tu, orang atas sibuk discussion…(kan abang dah cakap, hari-hari discussion/meeting)

owh, petang tu jumpa jap…belum cakap lagi (mana sense of urgency yang diagung-agungkan ni?)

hari ni…semua assdir takde…abang sorang-sorang…kena taichi buat persembahan nak sembah kat nimptafor minggu depan (kelepek –  tepuk dahi)…orang atas pagi-petang discussion/meeting (kan abang dah cakap, hari-hari discussion/meeting)

petang ni…masa nak tengok persembahan ni…abang cucuk lagi (biar sampai saiko! hahah…)

weekend ni, abang malas duk KL…nanti kena datang opis!

muak dah

my dearest blog,

Palestinian gunman kills 8 in Jerusalem Jewish school

“This barbarous act has no place among civilised people and shocks the conscience of all peace-loving nations. There is no cause that could ever justify this action…”

sudahlah, bosan….tapi, next week nak gi US…camne?

percambahan

my dearest blog,

hari ni kena tulis blog, bukan selalu dapat tulis blog pada 29 haribulan februari ni. jadi, abang mesti tulis!

hari ni abang nak cerita pasal che din yang ada orang ajak bertemu dan nak menduga untuk sesi membaja secara bersilang. banyak betul benda nak bertemu lepas tu menduga ni, bagi je terus tak boleh ke? kesian che din.

che din datang awal pagi tadi, dia parking kat luar elitist circle (kalau masuk takut takde parking). che din nampak ada ramai orang (ada can ke tak ni?). che din tengok senarai nama….

demit!

dalam banyak-banyak orang kat situ, che din satu kumpulan dengan sahabat-sahabat. payah camni, kalau dengan orang yang tak kenal takpe la, ni dengan member baik lak tu…double dem! che din risau takut menjawab soalan dengan begitu bodoh ketoknyer sekali.

memang pun, soalan akhir tu sungguhlah ketok jawapan che din…

soalan hubungan bilateral yang sungguh spesifik sekali, mana laa che din pernah experience benda tu…

lain la kalau polisi tiada pintu yang salah ataupun penurunan kuasa….deng!

segalanya aku

my dearest blog,

hari ini 16 januari. patutnyer (aku ulang patutnyer) ada surat best akan datang menjenguk ke dalam tray aku walaupun takde la best sangat actually sebab surat ‘kupab’ jer. kupab pun kupab la janji ada something tapi takde hapekejadah surat pun yang masuk. cess, harapan palsu! menurut sumber intel perkara tu dah dibawak naik tapi orang-orang atas angin hold dulu la pulak. berapa lama laa korang nak simpan?

perhimpunan bulanan tadi ada mihun, popia basah dengan kuih tako sesi amanat dari big boss. amanat yang berbahagia tu amatlah makan dalam sekali…

if you feel that you are not fit to be in the orgy organization, you are a misfit…

it’s either you do or die…

abang rasa abang dah menjurus ke arah misfit bila jiwa dan minda dah tak sebati dengan persekitaran…

deng!

kisah nak mengurus secara setia meshuarat besar ni makin menekan lagi. tambah lagi satu kertas? apakejadah urusetia buat sampai 2 kertas? sebagai seorang yang bunsymp, abang akan layan sambil mintak che din tolong…hoyeah! (tepuk-tepuk!).

dalam tengah melayan jiwa yang tah kemana ni, ada beberapa perkara gembira (actually dua jer) yang buat abang senyum. mana taknyer, dua-dua ni adalah sangat kewl dan rocks! dua-dua best, dua-dua abang nak, dua-dua abang impikan dan intel mengatakan dua-dua ni feasible untuk abang!

tapi, apa kebendenye dua-dua tuh? abang simpan dulu macam cik tiub pemikir…abang tau, jangan harap sangat! dinding api majestic building ni kebal giler dowh! meloloskan diri macam pijat celah-celah tilam pun belum tentu lepas kalau ada daun durian belanda kat tilam tu. pijat cannot stand daun durian belanda – petua ni. tak caya korang cuba. abang dengan hausmet kat vista angkasa tempat budak UM beromen celah-celah tangga pernah try dulu.

sekarang ni nak buat selai surat sat. surat abang hari ni rega dia RM94.67 ikut rate hari bekerja januari. bak kata big boss, kalau sehari datang kerja buat selai surat je serupa takyah…woo, pedih!

α…apakebende tu?

terancang terlaksana terkantoi

my dearest blog,

sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun tuhan jua yang menentukan…

tagline yang sangat sinonim sekiranya perancangan yang dirancang bagai nak rak sehingga tak tido malam gagal menjadi kenyataan.

abang bukan pesimis cuma sekadar ingin menjadi realist agar tidak terkontang-kanting mengejar arus.

biarlah, kita layan je arus mendatang itu minggu demi minggu…apa yang diorang nak minggu ni, siapkan minggu ni. yang minggu depan buat tak tahu dulu…dah sampai masa, baru pikir. jangan sampai terkantoi sudah la…

phewit! dah dekat kul 7 malam abang ada lagi kat majestic building ni! giler pawah!

bulan mana muat nak jatuh ke riba?

my dearest blog,

giler lama abang hilang akal tak jumpa korang!

yer la, mana abang pergi ni? lama melampau tak nampak.

memula abang pergi ber’sosial secara rawak‘ kat pantai timur tapi sampai hari sabtu, mata abang ketumbit cakap kau. sepet je mata, abang siap nak claim mix melayu campur cina pasal mata sebelah sepet sebelah buntang tapi nanti orang cakap hilang akal pulak so abang tak jadi claim. abang lepak kat bilik je layan astro free malam sabtu dengan pagi ahad tu tapi before that, abang gi klinik dulu la kan. nak jumpa dokter mintak ubat. humang ai ramai pulak orang sakit malam tu, abang sampai kul 8.30 malam pastu abang punya giliran nombor 31 tapi yang baru masuk orang ke-19…giler lama abang tunggu, siap boleh jenjalan kedai henpon dengan keter aksesori kereta lagi!

lama la pulak tunggu yer, mata amcam? bengkak lagi ke?

malam tu bengkak like hell yeah cakap kau. bangun pagi dunia gelap kejap. tahi mata penuh sampai kering tapi lepas malam kedua, abang dah bijak sikit. abang tuam dengan tuala panas kat mata tu, nikmatnya mak kau sedap betul! ni nak citer lagi ni, abang balik dari pantai timur lalu LPT hari ahad tu sebelah mata je abang drive

pergh, schumacher pun kalah camtu bang.

abang konvoi dua kereta tapi bukan dengan schumacher tapi dengan syam-macher yang memang seorang driving partner yang leng chai dan kepingin untuk berdasar ‘one off‘ bersama leng loi yang ‘memakai rantai bernombor‘. dasar ‘one-off‘ ni istilah baru untuk sesi kali ni selepas istilah rendessssssvussss (berapa banyak ‘S’ daaa…) yang menjadi buah mulut pada sesi lepas. kalau sesi akan datang abang tak tahu la apa pulak akan keluar memandangkan masa depan untuk ber’sosial secara rawak‘ akan dicantas dengan hebatnya oleh orang-orang atas abang, kecuali abang berjaya meloloskan diri seperti entry hang jebat adalah dirujuk. ok, berbalik kepada dasar-dasar yang diperkenalkan ni, abang tak berupaya nak ber’one-off‘ sampai ahad sebab mata bengkak tu la. ni semua mesti sumpahan kakak yang minat giler kat quinny zapp beroda tigaouch!

hahahaha, padan la muko! tahun depan la nampaknyo rayo! eh, sori bang. teriklan jap!

giler dungu lawak ko ni, aku hempuk gak kang!

ok ok, lepas tu…dah sampai kl apa cerita?

sampai kl, mata macam tu jugak jadi abang pergi la pusat perubatan untuk jumpa dokter lagi.punya lawak dokter ni bila dia tanya abang kerja apa, abang jawap la kerja abang apa kan pastu dia boleh tak tahu pulak. hish, penjawat awam amende la ni? abang dengan kawan-kawan abang pun tahu skim-skim lain yang wujud dalam perkhidmatan ni, siap buat perbincangan intelek kat kedai simple lagi untuk carik maksud tersembunyi kat tiap-tiap huruf tu tapi sebab dokter tu bagi abang cuti sakit dua hari, abang maafkan. mungkin belum pergi induksi kut dokter tu. makanya, hari tu abang santai-santai kat rumah sambil melayan mata yang bengkak ini. malam tu balik umah parents jap, celebrate birthday ayahanda. lepas tu layan curut bersama ayahanda…pergh, best cakap kau!

ni dah abis cuti masuk kerja apa lak cerita?

hmmm, lemau gak nak masuk opis balik tapi gagahkan ajer la. apa-apa orang nak bising, pekakkan telinga dan butakan mata. ada mesyuarat tapi abang takleh nak masuk sebab ada sesi latihan nak kena pantau. kena pulak ada masalah pasal makanan, melilau abang carik katerer untuk sediakan makan. nasib baik laa ada makan tapi, kalau tak mahu mengamuk semua orang. walaupun tak masuk mesyuarat tu, abang ambil tahu jugak la sikit-sikit perihal apa yang berlaku. hmm, sedih bila abang pikir benda-benda yang melibatkan perkhidmatan ni. ada ke patut kursus ‘peta-jalan‘ dengan penitakecek disuruhnya tunda kalau ada kerja-kerja nak kena selesai kat pejabat? hadoi la, kalau macam ni…diorang ajer la yang terus-menerus naik. sedih abang….isk isk isk. isu ‘sosial secara rawak’ naik lagi, lepas ni seorang je akan lepas untuk bersosial. apa diorang ni tak paham konsep ke? jabkhidam (suka hati abang je letak akronim) ada rasional dia sendiri untuk pilih atau tidak seseorang itu. entahlah, kecewa abang…udahlah, abang nak lari dari dunia ini. abang nak ke dunia cyber kat aras 2! wak lu!

dari ketsetneg ke ketsetkem

my dearest blog,

hai, apa khabar. jumpa lagi kita hari ni yer?

mestilah kita jumpa, kalau tak jumpa nanti orang kata hilang akal sebab awak kan dalam akal saya.

ehehehe, bukan ke memang dah hilang akal kat pejabat ni? semua benda yang kena buat kadang-kadang tak masuk akal. dengar-dengar tadi awak ada buat benda hilang akal dalam mesyuarat.

uhuhuh, ada laa sikit tak masuk akalnyer, tu pun sebab awak hilang kejap tadi. tu yang saya hilang akal dalam mesyuarat tapi saya rasa apa yang saya cakap tadi ada betulnyer. semua macam taknak terima hakikat yang ada sikit cacat dalam sistem pengumpulan maklumat kita ni tapi siapalaa kita kan? layankan ajer…

hmm, berat gak tu. ni apa cerita mesyuarat dengan ketsetneg pagi tadi?

biasa-biasa aje, cakap pasal pembangunan cakap pasal naik gaji pastu kena bentang kat mesyuarat ketsetkem isnin depan.

jadi, balik lambat lagi la hari ni?

isy, hilang akal apa balik lambat. ni pun sebenarnya saya nak balik dah. tengah layan awak je ni.

macam tu pulak, orang datang nak tanya khabar dimarah pulak kita.

maaflah, saya ada sedikit terasa cacat petang ni. janganlah kecik hati yer? nanti hilang akal pulak saya kalau awak kecik hati dengan saya.

oklah, saya bagi can kat awak!

euww, macam pujuk awek laa nak pujuk awak ni…geli saya!

duh~

sosial secara rawak

dearest blog,

malam ni sejuk jadi otak saya beku hendak berbicara dalam bahasa penjajah.

macam mana otak pun boleh sejuk, bukankah manusia ni mamalia yang suhu badannya sentiasa stabil dalam lingkungan 37 derjah celcius?

manalah saya tahu, tangan saya pun sudah kebas-kebas.

kenapa kebas-kebas? kamu kat mana tu?

kat pejabat, hari isnin ada kertas kerja nak kena bentang kat ketsetneg. kena siapkan malam ni kalau taknak datang hari minggu…

ooo, sebab itu laa kamu tak ‘bersosial secara rawak’ minggu ni ya?

begitulah, tapi saya memang dah bagitau bos yang saya takkan ‘bersosial secara rawak’ minggu ni sebab nak siapkan kertas ni. bak kata orang inggeris, ‘you give some you take some‘ la kononnya saya dulu…tapi bos tukar keputusan pula, terpaksa men’jebat’ tapi nampak gayanya sekarang dah ok sikit.

biasalah tu, kita berbudi orang lain kena laa berbahasa betul tak? jadi, sekarang kertas dah selesai ke belum?

kertas saya dah selesai, tengah tunggu kawan bahagian sebelah tengah menjilid kertas dia. kami berdua je yang tinggal ni. balik rumah awal pun isteri tengah mengurusetiakan sesi sosial secara rawak kat zon tengah. itu pun saya suruh dia tukar, kalau tidak dia ke selatan.

baguslah kalau macam tu, bila nak balik ni? kamu ni gila ke apa cakap sorang-sorang?

haa tau pun, ingatkan kamu tak perasan saya tengah cakap sorang-sorang tadi. jadi, balik nanti buat apa?

balik nanti mandi dulu, lepas tu layan dvd!