shorty terbakar atas lantai dansa

yooo…(nada perlahan keletihan ramadhan)

bagaimana puasa tuan-tuan dan puan-puan setakat ini? sedar tak sedar dah 13 ramadhan. minggu depan nak masuk gaji (bukan baru je gaji ke?)..peringatan pasal gaji, bulan september masuk awal…bulan oktober pun masuk awal. so, berhati-hatilah ketika berbelanja. jangan terlalu sukaria membeli-belah semasa cuti hari merdeka seolah-olah baru memenangi pertandingan teka kacang dalam balang. nanti kita reviu aksi-aksi membeli-belah hari merdeka..terbaek~

pasar ramadhan dah nak halfway towards its closing for the season. bagaimana pengalaman anda? berapa banyak karipap dan samosa basi dan air tebu masam yang anda perolehi? adakah kegagalan telah melanda atau ada bibit-bibit kejayaan? abam rasa bertuah kali ini diketemukan dengan seketul kuih yang hebat! bukannya abam tak penah makan sebelum ini tapi kali ini, memang hebatlah kuih ini. disulami pula dengan kehadiran awek-awek kari yang hadir untuk menipiskan pahala puasa di bulan ramadhan. ya, awek-awek kari di kawasan ini tidak bertopeng apatah lagi bertudung. ada segelintir ibarat tidak berbaju pun ada…adoyai~

“wahai awek-awek kari, tahukah anda semua sekarang ni bulan ramadhan, takleh kari sangat…”

“owh, saya tak puasa maa…”

sungguh 1malay*sia pasar ramadhan ini. rupanya abam tersilap, ini bukan awek-awek kari tetapi mereka adalah terdiri dari golongan karimoi. tak kisahlah, yang penting berbaloi-baloi (makanan dia laa, bukan karimoi tu yang berbaloi-baloi..ahaha~). mujur mereka masih menghormati kemuliaan bulan ramadhan dengan tidak memakan terus kuih-muih yang dibeli. sememangnya rasa macam tengah terbakar di lantai dansa bila ada shorty-shorty sebegini berkeliaran di pasar ramadhan.

ppbbttdi (putu piring berbaloi-baloi taman tun dr. ismail) memang terbaek! inilah nama gelaran yang abam berikan kepada kuih ajaib ini. hari pertama beli satu pek 4 keping, lepas makan rasa cam tak cukup. hari kedua dan seterusnya beli 2 pek 8 keping…tiba-tiba semalam rasa 8 keping macam tak cukup jugak…adakah perlu beli 3 pek hari ini? pastikan anda beli yang original. sepanjang pemerhatian, ada 2 gerai yang menjual putu piring ini. make sure anda di gerai yang betul..kalau kena beratur tu memang di tempat yang betul la. sebelah dia ada gerai jual mee/bihun/kuetiau goreng yang makciknya sentiasa berbulu kalau orang buat queue sampai tutup kedai dia. pastikan ada bunting tertulis nama cik zakiah.

ini memang terbaek lah sepanjang ramadhan kali ini. (kecuali semalam, nasi kerabu adalah gagal..liat sungguh daging bakar makcik wei~)

optimus di mana-mana

sehening petang ramadhan,

kebanyakkan umat di pejabat semakin monyok mengadap kerja masing-masing dalam separa sedar. ada yang konon macam pegang tetikus tapi sebenarnya tido. ada beberapa yang tengah pandang powerpoint tapi dalam benak tengah pikir apa nak masak untuk buka karang. tak kurang ada yang tengah sibuk berkira-kira nak beli berapa pasang baju raya tahun ni. jualan murah di jakel memang murah dan berbaloi-baloi…warna-warni pelangi lagi. ada pula yang masih kepenatan berjalan kaki ke kompleks sogo melihat sale bonia di ruang ground floornya itu. yang paling parah, puasa belum genap seminggu dah berkumandang lagu raya di komputer…bawak-bawak laa insap wey!

sekonyong-konyong kelihatan 2 anak muda sedang mundar-mandir di dalam pejabat. buntu agaknya kepala hotak diorang tak dapat rokok. lantas mereka mengambil keputusan untuk chill di ruang hadapan pejabat sambil baca paper. kita namakan mereka jack dan john. sambil membaca paper, mereka berborak bercerita pengalaman beberapa hari berpuasa untuk tahun ini.

jack: amcam puasa tahun ni?

john: ok jer, macam laa aku tak penah puasa sebelum-sebelum ni…apsal ko tanya?

jack: ahaha, aku tanya amcam tu bukan laa tanya ko pose ke idak…apa ko buat wiken lepas?

john: oooo…ahahaha. tahun ni pengalaman ke param sungguh tak best!

jack: apsal pulak? bukan ke param kat kawasan umah ko tu param yang terbaek berbaloi-baloinye kat mesia ni?

john: memang la dol…murtabak dengan kuih tepung pelita toksah cakap laa..aku rasa mau ada 50 gerai jual tepung pelita..apa masa tak puasa takleh jual ke? ahaha…aku cakap pasal benda lain ni dol…aku bosan gi param tahun ni sebab takde awek-awek kari dah..susah aku nak determine kari ke tidak awek tu…sumer cam autobots!

jack: apsal pulak macam autobots? haaa, aku tau ni mesti kes sumer pakai topeng sebab h1n1 tu kan? ahaha, nasib-nasib…selamat aa pahala puasa ko john! aku pun kadang jadi autobots gak john…aku ni dah la gi keje naik public transport…bermacam ragam manusia dalam tu..kalau dikelilingi awek-awek kari takpe laa..sekarang, aku pun cam ko gak…takleh nak determine mana awek kari sebab dalam tu pun banyak autobots…ahahahah!

john: tu ah jack, bahyer betul virus ni…apa kejadahnya laa…sukar kehidupan aku. baideway, ko tak jadi autobots gak ke dalam tu?

jack: ahahaha, aku laa optimus prime! tapi aku menyampah gak kadang-kadang yang pakai topeng tapi serupa cam tak pakai…apa diorang pikir cool sangat pakai topeng ni? pakai topeng pastu sikit-sikit bukak pastu keluarkan hidung, mulut apa sumer sebbaik yang lelain tak keluar. lu nak pakai,pakai bebetul…jangan sebab trendy la konon. tunggu aa japgi ada jual topeng khas untuk raya warna-warni pelangi keluaran jakel..ahahah. baideway, petang ni nak buka katner john? gaji dah masuk ni…mesti nak makan yang berbaloi-baloi!

john: mak ai, banyak tul ko bebel pasal topeng…ahaha, ko jangan risau…aku dah book tempat spesel nye untuk buka hari ni…memang berbaloi-baloi ahh…jane dengan jill pun join sekali karang!

jack: cayalah…katner tu?

john: kgpa aa….azampandan nye buffet, berbaloi-baloi aaa 42 hingget! nak gi le meridien kejadah nak ajak ko…ahahahah!

jack: siyut!

maka rancaklah 2 anak teruna sunti ini berborak di atas sofa…sekonyong-konyong kelihatan bos mereka baru balik dari meshuarat. berkekeh-kekeh jalan macam kartun budak 2 ekor ni masuk bilik…

jam dah kul 5.30 petang….kelihatan ruang pejabat sudah lama kosong. kebanyakkan telah pulang awal bersedia untuk berbuka puasa. kedua-dua ekor teruna ni masih di pejabat main mousehunt. setiap 15 minit adalah sangat berharga…mereka perlu menangkap acolyte mouse itu. namun mereka memerlukan loot items dari tikus-tikus ganas di jungle of dread. john sedang kecewa kerana keju spicy harvati nya masih belum berjaya menangkap magma carrier mouse walaupun dah lebih 15 bijik keju tu dimakan…trap tak cukup hebat agaknya.

john: jack, jom….jane dengan jill dah tunggu kat bawah.

jack: baiklah abam!

john: ni apa pulak ko nak buat ni? dengan aku pun nak bertopeng-topeng ke?

jack: kehkehkeh, untuk mempertahankan diri (gaya aziz satar – ali baba bujang lapok). cikokokekot…bunyik transform!

john: ahaha, cam lahanat!

sampai di kereta, jane dan jill telah menunggu agak lama namun kerana kedua-duanya tidak berpuasa maka tidaklah mereka kelihatan letih. namun, john dan jack tidak mengetahui akan perkara ini. yang penting pada mereka, makan free itu berbaloi-baloi! dengan suka hati mereka masuk ke dalam kenderaan, meredah hujan lebat yang sudah berjaya membanjirkan kawasan bawah flyover jalan mahameru nak masuk jalan duta. yang pasti, trafik pasti perlahan sekali petang ini. mereka berjaya tiba tepat jam 6.30 petang…masih ada masa. selesai membayar dan duduk di meja…mereka mulakan acara food hunting. ada kambing golek!

john: alamak, kambing macam dah nak abis je…kena kiasu ni..pantas dan tuntas ayuh mara!

jack: leks john…biar aku amikkan..banyak asap ni..lagipun aku kan optimus prime! (ya, jack masih belum menanggalkan topengnya)

john: ok…aku gi amik air dgn kurma sikit…bebudak pompuan tu nak ringan-ringan dulu. eh, diorang nak makan yang ringan-ringan dulu…ahahah!

jack tenang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kambing. memang hot stuff, segar dari panggang kambing ini. selesai mendapat kambing, dicapai beberapa ketul ayam panggang dan ketulan daging bakar. makanan laut seperti ketam dan udang yang dipanggang itu turut menarik perhatian jack. jack tewas dengan nafsu makannya…semua diangkut balik ke meja.

jane: banyaknye u amik food ni jack…tak habis nanti.

john: entahnyer..ada bela hantu agaknya budak sekor ni…ahahah!

jack: i amik ni untuk makan ramai-ramai laa jane…u ni. sumer puasa kan, mesti boleh abis punya..ke u tak puasa, pasal tu risau terlebih tu? eheheh

jane: ihihihi…(muka merah)

john: dah-dah..duduk…5 minit lagi nak buka dah..haa, ko taknak bukak topeng tu ke? dah ler jadi autobots!

jack: nanti laa..nak makan kang aku bukak…

azan telah mula berkumandang, jack dengan pantas dan tuntas memimpin bacaan doa. selesai membaca doa…dicapainya air sirap bandung selasih dengan pantas. john, jane dan jill sudah mula terkekeh-kekeh melihat gelagat jack itu…

jack: adoyai…abis baju dengan topeng aku!

john: ahahahahahahahahahahhaha, aku dah suruh ko bukak dulu topeng tu..degil..padan muka amik kau…ahahahahahahahh!

maka, ternodalah topeng itu dek penangan air sirap bandung selasih…

* amcam, boleh imagine drama ni?

cuti-cuta ke kuta..

haip!

abam ada bitau salah satu must do tawun 2009 adalah bercuti-cuta ke kuta kan?

korang baca aaa kat sini, sini dan sini….abam malas nak citer bleh?

kesimpulan dia…memang terbaek wok~ berbaloi-baloi!

cadang nak repeat lagi tahun-tahun mendatang…erk, bandung nak repeat, bali nak repeat…bila nak eurotrip? 😉 harus pantas dan tuntas sebelum kawan-kawan balik dari posting…sep bajet accomodation.

ehehehehehehehe……

kereta besar dan lorong tunai

tenenet tenenet…tenenet tenenet….cikokokekot (eh, bunyik transformers pulak!)

“alamak, jam dah kul 7.30…mampus aku camni!” jerit pak tam di dalam hatinya tatkala melihat jam loceng merah jambu kesayangannya.

pak tam bingkas bangun, dicapai tuala bermotifkan spongebob squarepants yang disangkut di balik pintu. kakinya pantas menuju ke bilik air. singgah sebentar di meja komputer, dicapai sebatang rokok danhill

“lambat camne pun, kena gi jamban dulu ni…”

pak tam selesaikan urusan dengan pantas dan tuntas, namun masih rasional untuk tidak mandi ala filem seniman bujang lapok. mujur pakaian pejabatnya telah siap tersedia. ni belum kahwin pandai laa siapkan sendiri keperluan pejabat. dah kahwin nanti mesti malas sebab dah ada bini…ahah~

“eh tam, ko taknak minum dulu ke?” sapa bonda pak tam tatkala melihat pak tam kelam-kabut umpama jurugambar perkahwinan yang sibuk mengejar pengantin untuk diambil gambar mereka.

“takpe ah mak, lewat dah ni…satgi kul 10 tam leh turun minum kat kafe opis tu”, pak tam menjawab dengan yakin dan bangga kerana ada kafe di tingkat bawah pejabatnya.

enjin kereta dihidupkan, diberi waktu seminit untuk memanaskan apa yang perlu, jam dah pukul 7.55. nasib baik ada DUKE, jadi tak lah pak tam berduka untuk ke pejabat kalau ikut jalan sentul…

dalam perjalanan, sambil menghembus asap rokok keluar tingkap, pak tam membebel tanda protes seraya melihat seorang ‘makcik memakai spek oldschool dengan rambut mengerbang dek tak mandi pagi bersama muka kalau boleh nak lekat terus ke windshield memandu kereta besar tak padan gaya pemanduan’ memandu keretanya. adoyai, terhegeh-terhegeh.

“dah tau bawak keter cam ayam, beli viva laa!”

sampai di plaza tol, makcik dari yang road-hogging di lorong kanan, terus masuk ke lorong paling kiri tanpa memberikan signal ibarat ‘orang kudung bawak kereta tangan tak sampai nak bagi signal nak tukar lorong’…aduss~

“kereta je besar kalau bayar cash kat tol serupa takyah~”

pak tam dengan selesa meneruskan perjalanan ke pejabat menggunakan lorong smartag. jam sudah menunjukkan pukul 8.15, ada lagi 15 minit…bangunan pejabat kesayangan sudah boleh dilihat dari dalam keretanya namun lampu-lampu merah yang kejap menyala kejap tidak itu membuatkan perjalanannya tidak lagi pantas dan tuntas. pak tam masih positif kerana berdasarkan pengalaman selama hampir 4 tahun yang tak pernah tukar-tukar di tempat yang sama itu, pak tam yakin akan sampai tepat pada waktunya. ditambah lagi dengan pemilikan kotak khas letak kereta yang tertera nombor plet kereta kesayangannya, pak tam tidak perlu berpusing-pusing mencari parking tidak seperti che din yang harus sampai awal ke pejabat demi untuk mendapatkan kotak letak kereta, kalau lambat…kereta terpaksa diletakkan bersepah-sepah. macam kat flet murah pulak, takyah tarik hand-brake.

jam menunjukkan pukul 8.21 pagi, ada lagi 9 minit sebelum dakwat mesin perakam waktu bertukar merah. memang ajaib mesin tersebut. dalam sekelip mata, dakwat hitam mampu bertukar merah. pak tam sudah memasuki perkarangan pejabatnya…terus menuju ke kotak letak keretanya..

“haram betolll, sapa la pulak parking kat tempat aku ni!!?” jerit paktam.

pak tam mengambil tindakan drastik, terus diletakkan kereta di belakang kereta yang merampok kotak letak keretanya, hand-brake ditarik kemas dan diambil sticker amaran yang dipow dari pak guard. ditampalnya sticker ‘Anda tidak meletakkan kenderaan anda di tempat yang sepatutnya’ dengan kemas ke windshield kereta tersebut. segala aksi tersebut memakan masa 2 minit sahaja.

pak tam terus ke pejabat, berjaya tiba tepat jam 8.29…sebaik sahaja hendak membuka pintu biliknya, pak tam ditegur oleh ketua kerani.

“eh, enche tam bukan ke cuti hari ni?”

“haaa, saya cuti ekk hari ni?” pak tam terkejut…

dem~

pusing-pusing

yo,

hari ni abam pulang semula ke kantor setelah berlibur selama 4 hari…(2 hari weekend + 2 hari amik cuti rehat). abam penat occay walaupun cuti empat hari ni. abam penat jalan kaki, naik angkutan kota dengan naik airasia…yeah, abam jalan-jalan ke bandung buat kali kedua! cuma kali ni abisnya 10 juta (apa, 10 juta!)…yang pertama kali abam habis hanya 1.5 juta lengkap sesi karaoke! kali ini abam perginya bersama mama, maka nggak bisa kunjung ke pusat karaoke~

nantilah, kisah bandung dengan full report…abam letih lagi ni. pagi tadi pun abam sampai kantor lewat 8 minit. gokdeng betul!

sampei di kantor ada pulak rapat tergempar. nak susun balik kerja-kerja setiap pegawai agar selaras dengan hala tuju dan perjuangan kantor. masih lagi anda semua ingat kisah ini? well, memandangkan bebudak satu batch di atas abam dah naik principassistsec. abam secara tak langsung menjadi assistsec paling otai di kantor. haa, amik obat! abam kena lead cawangan lain pulak.

memula datang, kerja melatih orang je pastu amik tau sikit-sikit pasal hal body dengan warrant sambil-sambil buat merger dengan nak tambah post. sekarang, abang kendalikan kes-kes tatatertib pulak! wow…cukup 3 cawangan abam duk sini. ada satu je cawangan lum amik port lagi, tu pun kalau betul abam naik principassistsec dalam hujung tahun ni nampak gaya cam akan isi post ittew sebab tuan punya badannya nak sambung master. berpusing abam kat sini…

wow, abam rasa cam jabkhidam dah ni…bunsymp ye kawan-kawan~!

lama

gua tahu gua dah lama giler tak update blog ni. entahlah, semacam malas je tangan ini hendak menaip bait-bait perkataan untuk dititipkan. gua pun jamin semua ardent fans gua dah bosan tengok muka encik sani jer tiap-tiap kali bukak blog ni.

sori semua!

gua rasa cam ada benda nak diblogkan tapi bila bukak wordpress ni jadi bengong pulak. ahaha, gua dah takde skill dowh…mental down camni!

nanti gua buat mid-year review…chow dulu, nak gi bandung jap~


gua obses!

ke mana menghilang?

puh…puh…puh….

hembusan asap rokok keluar dari mulut dan hidung abam…tengah hisap rokok dalam toilet, malas nak busukkan bilik hotel ni. abam santai-santai sambil bercadang nak menjahanamkan perkhidmatan beberapa orang….kasi diorang repeat balik! takde mende pun, 14 hari je kursus ni…apa salah mengulang, betul idak?

takdelah, melawak ajer…mana mungkin nak gagalkan gadis-gadis genit seperti mereka ini kan?

minggu ni santai di perak, dalam kawasan pembangunan tanah persekutuan. minggu depan gi terengganu pulak. bagus betul asyik takde je kat opis…

lama betul tak update yer bam? mana pegi? apa bikin?

satu….


(pangpang papa)

owh, budak ini sudah makin besar dan tembam…telinga masih capang lagi…adeh. sudah pandai berdiri dan berlagak macam reti berjalan. pantang ditinggalkan, mesti melalak macam kena dera…owh, dia baru nak masuk 8 bulan. cepat betul masa berlalu…nak kena tambah koleksi kut? (adeh!)

dua…


(nah, amik kau bunga-bunga cintaku ini!)

abang pit (terbaek!!! – mesti ada 3 tanda seru) baru selesai kawin dengan ayumi….owh, abangpit tak kawin dengan orang jepun. jangan salah paham…

ok, tunggu pulak lagi 2-3 bulan untuk entry seterusnya!