kisah ramadhan 1431H – siri 5

yo~

sahur antara benda paling best dan kadang-kadang boleh jadi tak best sebab kena bangun awal pagi, lagi-lagi kalau tengah tido sedap giler…dah tua-tua ni, sahur sempoy je asalkan perut beralas untuk hari mendatang…kurma 7 bijik dengan air suam pun ok~ Continue reading

tahun baru

yo yo~

dah seminggu kita masuk tahun baru, apa cerita beb?

tahun ni, abam memulakan kisah kehidupan baru di bilik baru yang ada karpet. bilik sebelum ni tak layak karpet, tah pesal tah…bagi je la karpet kan? takde masalah pun. bilik baru kira ok la, permandangan masih lagi ala-ala CEO drama melayu. kaki persegi besar sikit, sesuai dengan timbunan kerja yang datang sekali. memang pakej la…siapa cakap kerja senang? meh sini abam seligi. tau la abam takde embiyeay, mana nak layak keje camni…tahpaper.

ibarat sirih pulang ke gagang (jangan salah paham, abam tak kembali ke majestic building), abam kembali ke pangkuan tempat pertama abam duduk masa lapor diri dulu tapi bukanlah post yang dulu tu. akan tetapi, ada jugak tabesh bila meningkat setempat cam jogging setempat ni sebab, yang dikendong belum dapat dilepaskan, yang dijunjung makin banyak bertambah. apa leh buat, redah takpun layankan aje.

sekarang ni, terasa masa makin suntuk nak bersosial secara dalam talian.

bingkai penuh

yo~

ada masanya rasa nak berpandangan lebih luas la pulak tapi rasanya tak berapa nak lepas. sasaran tahunan untuk 2010 mungkin tidak, 2011 atau 2012? tapi kalau filem cakap 2012 sudah tiada gunanya lagi…har har har.

sungguh luas permandangan bingkai penuh…uhuhu (pics credit to paktam)

sekor dekat seploh ribu (gulp~) pastu kalau dah pakai menatang ni, lensa-lensa sumer kena tukar sebab abam punya lensa stok aps-c punya…selai lensa pulak lima nam ribu (gulp gulp~). kalau rega jalanan pun dalam tujuh lapan ribu…ces~

sedar diri, abam hadkan permandangan abam…tak perlu luas-luas, cukup sekadar ada…eheheh