kisah ramadhan 1431H – siri 23

yo~

sambil memandu di waktu pagi, mendengar radio memang aktiviti utama. nak korek hidung bulan puasa kang batal lak, nak buat mende lain memang sah takleh, apatah lagi tido. lainlah kalau bukan driver, boleh aaa tido sepanjang masa ke opis tu. seronok jadi penumpang, tak sakit jiwa melayan kerenah manusia yang sentiasa nak cepat.

pagi ni, stesen feveret abam, ‘terbang fm’ citer pasal batu api. macam-macam jenis batu api ada dalam dunia ni. batu api yang abam kenal ada satu je, batu api dalam lighter, kalau takde batu api ni, alamat tak menyala laa api, maka tak dapat laa nak mencucuh maka sangap la kehidupan. tapi pagi ni bukan kisah batu api tu, ni pasal batu api yang menyusahkan hidup orang. keje nak mengadu-domba kat orang lain sambil burukkan orang.

dari cerita-cerita pendengar, tak susah nak jadi batu api. yang penting pandai buat cerita pastu pandai yakinkan orang untuk percaya kisah buruk yang kita jaja. kalaupun ada keburukan yang terbukti, kita bakar lagi sampai buruk gila. biar bergaduh semua orang baru puas hati. itulah KPI seorang batu api. tak boleh nak tengok orang lain aman-damai, mesti ada je benda dia plan nak jahanamkan ketenteraman.

sekarang ni, banyak sangat orang nak jadi batu api, baik di dalam mahupun di luar. seronok agaknya menyemarakkan bara sampai jadi inferno. tolonglah, hidup bermasyarakat biasalah sekali-sekala ada silap faham, sedangkan suami-isteri pun kadang-kadang leh gaduh. bak kata tan sri p.ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit…

dah lama hidup bersama, bukan baru semalam kita jadi geng. put our differences aside, stop all this madness. orang yang jadi batu api ni ada agenda dia sendiri, jangan terjebak…kita tak untung satu sen pun!

Advertisements

2 thoughts on “kisah ramadhan 1431H – siri 23

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s