kisah ramadhan 1431H – siri 20

yo~

abam ucapkan selamat hari merdeka kepada malaysia. dah 53 tahun, kalau dalam servis tinggal lagi 5 tahun je nak bersara, lepas tu takyah penat pikirkan masalah negara dah. apa negara ni dah dapat lepas 53 tahun? cukup hebatkah pencapaian rakyat dan negara ini?

setelah 53 tahun, banyak benda kita dapat lihat dan rasa walaupun abam takdela bersama mesia sejak dari day one. abam lahir pun mesia dah berusia 24 tahun. kiranya time tu belia baru abis study, nak memulakan kehidupan sebenar….tahun 1984, umur dah 27 tahun…dah mampu ada kereta sendiri walaupun amik platform model kereta dari luar tapi baguslah, ada tapak nak bermula. bagus mamat nama mesia ni…tahun 1994, sepuluh tahun lepas tu, dah mampu pakai dua keter…wow~

dalam mamat mesia ni meniti usia kematangan, biasalah masa adolescence ni baru nak kenal dunia, banyak berlaku perubahan fizikal dan sikap, yang kadangkala boleh timbulkan konflik yang sebenarnya leh jadi perkembangan positif jika kita amik iktibar. biasalaa budak baru nak naik, asas laa rebel-rebel ni. terkehel, terseliuh, terguris, terluka tu biasalah adat manusia…mana ada yang sempurna dalam dunia ni tapi sekarang ni janganlah ada yang amik kesempatan melebih-lebih pulak nak menabur garam ke luka tu. sama-sama kita tolak-ansur tapi kalau tolak lebih-lebih memang nak kena tolak balik la kan?

abam takde hal nak liberal-liberal ni tapi kena pandai la tahu mana patut mana tak patut. kalau tak liberal agak sukar nak maju tapi kalau liberal sangat amik laa jadi ke laut pulak kang. bagus bila ada jaminan untuk dapat keselesaan dalam apa jua bidang tapi kalau terlalu selesa, naik lemak pulak sampai tak pandai bersyukur dan survive. tapi kalau nak liberal, biar semua liberal. jangan ada yang lain-lain hanya tau menangguk di air keruh. wow~

Advertisements

One thought on “kisah ramadhan 1431H – siri 20

  1. liberal. kelakar pulak.

    nak liberal liberal, tapi pada masa yang sama nak subsidi lebih2. seriously. and I’m not talking about people here.

    anyway, happy merdeka day!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s