kisah ramadhan 1431H – siri 18

yo~

pada hari ini lima tahun dahulu…beberapa ratus budak (hehe, abam tak ingat satu batch abam berapa orang) telah datang berkumpul di sebuah kampus di selatan tanahair untuk mula memperhambakan diri mereka untuk bangsa, agama dan negara. muka-muka kudus yang penuh semangat dan iltizam yang tinggi datang dari seluruh pelusuk tanahair setelah mengharungi satu proses yang amat sukar dan boleh tahan lama demi untuk mencari sesuap nasi.

kini, lima tahun sudah berlalu…yang kurus dan mula nak ada perut, yang dulu seorang kini dan berdua malah ada sampai berlima takpun berenam. yang dulu naik motosikal kini sudah berkereta. yang dulu pejabat hanya cubicle, kini ada yang berbilik besar malah ada segelintir mempunyai pembantu khas sendiri. ini yang dinamakan kemajuan, berubah ke suatu peringkat yang lebih baik.

hari ni, mereka berkumpul lagi di bangi untuk makan-makan. memang bebudak batch ni suka makan. cakap la apa majlis, kalau bab makan pasti ok punya~ tahun ni ramai yang turun sesi iftar tahunan di umah ayan cikedis yang dah jadi sesi tahunan sebab sejak empat tahun lepas, mesti wajib berbuka kat bangi…tahun ni tuan rumah pasang khemah siap scallop skirting pink purple lagi!

kawan-kawan OZF, you guys rawks!

(abam takde gambar sebab sibuk ke dapur…spaghetti aglio olio abam abis~ tahun depan abam buat lebih sikit dengan letak binatang sikit!)

Advertisements

3 thoughts on “kisah ramadhan 1431H – siri 18

  1. spag abam buat memang terbaik. walau ada kurang rasa sikit tapi masih boleh dimaafkan sebab puasa. 😀 tapi memang sedap la, ringkas je pulak tu. 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s