kisah ramadhan 1431H – siri 17

yo~

hujung minggu yang panjang telah datang…sesapa yang dapat bos yang kewl mesti ada yang belasah cuti hari isnin ni & dapat 4 hari nak chill~ abam harus bertungkus-lumus pulak hari isnin ni…alahai!

confirm ramai buat plan nak abiskan duit untuk raya. semua shopping complex pasti penuh dengan manusia nak berbelanja…jualan murah sana-sini, promosi sana-sini, semua kompleks ada decor raya…abam tahun ni biasa-biasa je, takde bersungguh sangat cam tahun lepas sebab kalau setakat nak beli baju, bulan-bulan biasa pun boleh beli, bukan kanak-kanak takpun remaja lagi semua nak baru.

area masjid india memang tak bleh blah laa penuh orang. satu mesia nak gi situ, abam tak sure apa yang best sangat kat situ,  mungkin nak carik tudung untuk kaum wanita. demi nak amik baju melayu kat mar*z, abam terpaksa redah kesesakan manusia yang super dahsyat tu. seb bek ada lrt, mudah sikit walaupun cam sardin gak, at least tak pening kepala nak carik parking. mesia dah tak macam dulu, semua orang dah ada keter, semua nak gi jalan naik keter.

tengok remaja masakini, teringat zaman remaja skolah jalan stesen dulu…abam takde la macam remaja sekarang leh lepak-lepak chill kat kompleks tiap-tiap hari minggu, bergesel-gesel dengan awek sejak umur masuk sekolah menengah. seb bek gak kut masuk asrama, peer pressure group dia stail lain.

sepanjang 6 jam kat kompleks bekas tapak sekolah gadis-gadis genit segitiga emas bukit bintang, macam-macam stail remaja abam tengok. rasanya kalau duk satu hari leh siap satu tesis kajian sosio-impak remaja masakini. dari bab perangai, pemakaian, gaya hidup dan kumpulan-kumpulan remaja yang macam-macam pe’el.

memang jadi remaja ni macam serigala sikit, hunt with the pack. lagi ramai geng, lagi confident. boleh jalan amik space yang luas, semua orang kena elak pastu leh cakap, ketawa, bersiul kuat-kuat…pedulikan orang ramai, kalau ada yang tak puas hati, berani la tegur kalau nak kena baham. kalau yang pompuan, jalan ramai-ramai control cun macam sorority girls. bawak beg imitasi jenama-jenama haute-couture, kenapa abam cakap imitasi? sebab abam yakin kalau parents dia super kaya pun takkan belikan untuk anak beg camtu. yang well-off pun takkan pakai stail camtu, ni yang nak jadi poser dan trendy je kut. ni sekadar pemerhatian je la sebab kalau anak-anak yang well-off, memang ada jenama yang range mereka.

super skinny jeans dengan kasut hi top...musim rock kapak tahun 80-an dulu sangat glemer. sekarang menjadi balik…sapa yang susah? abam gak yang susah sebab jeans yang jual kebanyakkan trend camni. sian abam yang peha besar ni…ahahah~

kedai topsh*p dengan zar* jangan cakap la memang penuh bebudak ni especially topsh*p…zar* mungkin kurang sikit remaja sub 25 ni. abiskan duit ptptipu beli baju yang harga dia kadang-kadang abam sendiri rasa tak berapa masuk akal walaupun abam lepas graduate dulu suka gak pakai…ahahah!

sebenarnya tersepit ni…nak masuk kedai-kedai remaja rasa baju cam dah tak berapa kena dengan usia ni, setakat t-shirt corak-corak grafik banyak dah ada. nak masuk ralph laure* ke yang lelain ke macam lum cukup kuasa membeli pulak dengan rasa macam belum nak masuk fasa fesyen semacam itu. yang tinggal tak berapa sangat pastu ada je yang tak kena.

rasanya kena kecikkan peha sikit, baru boleh masuk skinny jeans tu!

Advertisements

3 thoughts on “kisah ramadhan 1431H – siri 17

  1. Pingback: kisah ramadhan 1431H – siri 24 sampai 26 | ramblings and photos of a lost mind

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s