kisah ramadhan 1431H – siri 16

yo~

TV memang satu alat propaganda yang terbaek pernah dicipta oleh manusia. abam boleh bet hampir semua rumah kat mesia ada TV dan pasti bertemankan sebuah putu piring berbaloi-baloi bernama astro. kena pulak dengan sekarang ni zaman TV paparan hablur cecair (LCD) dan yang paling musim sekali TV diod pancaran cahaya (LED), astro dah makin mantap dengan b.yond depa…memang serakah sungguh. racun paling dahsyat sebab kalau ada TV skrin leper ni kalau tak pair dengan b.yond macam tak ngam pulak…

memang lagha la layan menatang ni, kena lak musim akademi dengan raja tu…melekat je semua depan TV…kan? baik ngaku la…ahaha. tapi, bulan puasa ni…kurangkan yang lagha. abam bukan apa laa…sambil nak tunggu buka layan oasis…ada bunyi beduk tu bila masuk waktu tapi that’s not the point kat sini…

yang paling layan lepas dah masuk waktu tu sambil-sambil kunyah nasi adalah citer geng surau…sumpah out of this world nye drama melays~ kisah paling hilang akal yang berunsurkan ilmiah dalam genre komedi ni! kisah budak paling nakal nak mampus kat kampung yang penah letupkan kambing (macam pengganas pulak) dan suka buat kerja-kerja tak masuk akal (curi spender pompuan). punya lahanat sampai masuk rehab tiga tahun, dibenci oleh seluruh pelosok kampung tapi lepas dia balik, dia betul-betul berubah sampai jadi idola dan orang harapan pak imam yang jugak takleh blah hilang akal dia. pak imam romantik yang angau kat cikgu bahasa inggeris kat sekolah kampung tu…

the main point is, tuhan tu maha kaya, maha kuasa, maha mengetahui dan maha segala-galanya. kalau dapat hidayah darinya, selahanat mana pun manusia tu, dia boleh berubah kalau dia bersungguh berusaha untuk berubah. hidayah memerlukan perjuangan untuk mendapatkannya. semakin besar perjuangan dan kesungguhan kita, maka insyaAllah kita akan semakin mudah mendapatkannya, sebab semuanya tergantung kepada usaha kita.

hidayah ni ibarat sinar matahari yang menyinari seluruh alam dan kita semua penerima sinar tu. kalau kita ikhlas dengan hati yang bersih memang mudah untuk mendapatkan sinar hidayah ni tapi kalau hati tu degil maka akan sulitlah untuk mendapatkan sinar hidayah-Nya. bayangkanlah si mayat (nickname watak utama ok – so boleh bayang la betapa lahanatnya budak mayat ni, hahah) yang camtu pun boleh berubah, apatah lagi kita yang tak penah letupkan kambing (abam tak penah letup, golekkan atas panggang penah la).

citer ni lain sebab awal-awal hero dah berubah jadi baik dan cuba bawak perubahan dan dengan genre komedi tak masuk akal yang tak bosan. tak macam tipikal citer melays yang watak utama lagha, sesat, lahanat dan segalanya dari awal sampai dekat 9/10 jalan citer. pastu ada satu life turning event yang buatkan dia terus berubah cam contohnya anak derhaka yang last-last malam raya baru nak insaf pastu balik kampung awal pagi raya. kalau nak happy ending dia sempat sampai sebelum semayang raya mintak maaf kalau nak ending tak best sangat dia tengah emo-emo drive balik kampung eksiden pulak…jenazah je yang balik kampung. macam takde motif lain nak buat citer.

so, cuba-cubalah layan citer ni…bukan cam geng bas sekolah walaupun tajuk lebih kurang je.

renung-renungkan dan selamat beramal~

Advertisements

3 thoughts on “kisah ramadhan 1431H – siri 16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s