kisah ramadhan 1431H – siri 13

yo~

tetiba hari ni ada satu persoalan pasal mykad. kenapa takde melayu kat mykad? kenapa ada warganegara, jantina dengan agama je? apa salah ke abam nak bangga abam orang melayu dan declare sebangga-bangganya dalam mykad abam?

apa tu melayu sebenarnye? kalau ikut national constitution, melayu punya maksud cam kewl gak la…

perlembagaan malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna orang melayu. perkara 160 (2) perlembagaan persekutuan telah menakrifkan orang melayu sebagai;

  1. seorang yang beragama islam
  2. bertutur bahasa melayu
  3. mengamalkan adat istiadat melayu
  4. lahir sebelum hari merdeka sama ada di persekutuan atau di singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di persekutuan atau di singapura.

abam dah tau sebab apa dalam mykad takde melayu, sebab kalau tetiba bangsa melayu agama kristian camne? kan dah salah dari perlembagaan tu…boleh dimantikkan, semua islam melayu tapi tak semua melayu islam, boleh camtu? ke terbalik?

bertutur bahasa melayu? kulit sawo matang bapak keturunan jawa tapi siang malam anak beranak cakap mat saleh macam duk kat london pastu antar anak gi international school, konon SK tak kewl. melayu ke tak melayu tu? camne pulak kalau kulit tak sawo matang sangat tapi cakap melayu lagi melayu dari melayu. boleh jadi melayu?

tang mengamalkan adat istiadat orang melayu…kalau bongkak, hasad dengki, busuk hati, mudah lupa asal usul, cepat melatah, tikam belakang, penting diri sendiri. nak senang tapi taknak usaha tu semua adat istiadat melayu la kan? betul tak? so, kalau ada semua tu…kira melayu lah kan?

yang last tah, tak paham….uhuhuhu

Advertisements

2 thoughts on “kisah ramadhan 1431H – siri 13

  1. yang number 4 tu paling senang, tak de prejudis. jelas dan terang, dan tak buleh diputar2 macam 3 point terdahulu. abam ni berfikiran sampai nak **lang akal, sampai tak nampak fakta yang terang2.

    anyway, 3 first points yang abam huraikan tu memang kena…

  2. dia sebenarnya kena dibaca bersekali…pertama sekali dia kena islam,lepas dah islam kalau dia bercakap, dia berbahasa melayu dan seterusnya mengamalkan adat resam melayu dan duduk di bumi tanah melayu….kalau 3 yang atas cukup syarat tapi sebelum merdeka lahir kat rwanda dan sekarang bermastautin di kepulauan carribean so tak jadi melayu lah dia…ahahah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s