shorty terbakar atas lantai dansa

yooo…(nada perlahan keletihan ramadhan)

bagaimana puasa tuan-tuan dan puan-puan setakat ini? sedar tak sedar dah 13 ramadhan. minggu depan nak masuk gaji (bukan baru je gaji ke?)..peringatan pasal gaji, bulan september masuk awal…bulan oktober pun masuk awal. so, berhati-hatilah ketika berbelanja. jangan terlalu sukaria membeli-belah semasa cuti hari merdeka seolah-olah baru memenangi pertandingan teka kacang dalam balang. nanti kita reviu aksi-aksi membeli-belah hari merdeka..terbaek~

pasar ramadhan dah nak halfway towards its closing for the season. bagaimana pengalaman anda? berapa banyak karipap dan samosa basi dan air tebu masam yang anda perolehi? adakah kegagalan telah melanda atau ada bibit-bibit kejayaan? abam rasa bertuah kali ini diketemukan dengan seketul kuih yang hebat! bukannya abam tak penah makan sebelum ini tapi kali ini, memang hebatlah kuih ini. disulami pula dengan kehadiran awek-awek kari yang hadir untuk menipiskan pahala puasa di bulan ramadhan. ya, awek-awek kari di kawasan ini tidak bertopeng apatah lagi bertudung. ada segelintir ibarat tidak berbaju pun ada…adoyai~

“wahai awek-awek kari, tahukah anda semua sekarang ni bulan ramadhan, takleh kari sangat…”

“owh, saya tak puasa maa…”

sungguh 1malay*sia pasar ramadhan ini. rupanya abam tersilap, ini bukan awek-awek kari tetapi mereka adalah terdiri dari golongan karimoi. tak kisahlah, yang penting berbaloi-baloi (makanan dia laa, bukan karimoi tu yang berbaloi-baloi..ahaha~). mujur mereka masih menghormati kemuliaan bulan ramadhan dengan tidak memakan terus kuih-muih yang dibeli. sememangnya rasa macam tengah terbakar di lantai dansa bila ada shorty-shorty sebegini berkeliaran di pasar ramadhan.

ppbbttdi (putu piring berbaloi-baloi taman tun dr. ismail) memang terbaek! inilah nama gelaran yang abam berikan kepada kuih ajaib ini. hari pertama beli satu pek 4 keping, lepas makan rasa cam tak cukup. hari kedua dan seterusnya beli 2 pek 8 keping…tiba-tiba semalam rasa 8 keping macam tak cukup jugak…adakah perlu beli 3 pek hari ini? pastikan anda beli yang original. sepanjang pemerhatian, ada 2 gerai yang menjual putu piring ini. make sure anda di gerai yang betul..kalau kena beratur tu memang di tempat yang betul la. sebelah dia ada gerai jual mee/bihun/kuetiau goreng yang makciknya sentiasa berbulu kalau orang buat queue sampai tutup kedai dia. pastikan ada bunting tertulis nama cik zakiah.

ini memang terbaek lah sepanjang ramadhan kali ini. (kecuali semalam, nasi kerabu adalah gagal..liat sungguh daging bakar makcik wei~)

Advertisements

4 thoughts on “shorty terbakar atas lantai dansa

  1. uish.. aku pun sama kecur. siut tu lah zaha.
    aku pun suku putu piring. tapi kat somban ni takdo lak yang tarap turun dari langit ke 7 macam kau ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s