optimus di mana-mana

sehening petang ramadhan,

kebanyakkan umat di pejabat semakin monyok mengadap kerja masing-masing dalam separa sedar. ada yang konon macam pegang tetikus tapi sebenarnya tido. ada beberapa yang tengah pandang powerpoint tapi dalam benak tengah pikir apa nak masak untuk buka karang. tak kurang ada yang tengah sibuk berkira-kira nak beli berapa pasang baju raya tahun ni. jualan murah di jakel memang murah dan berbaloi-baloi…warna-warni pelangi lagi. ada pula yang masih kepenatan berjalan kaki ke kompleks sogo melihat sale bonia di ruang ground floornya itu. yang paling parah, puasa belum genap seminggu dah berkumandang lagu raya di komputer…bawak-bawak laa insap wey!

sekonyong-konyong kelihatan 2 anak muda sedang mundar-mandir di dalam pejabat. buntu agaknya kepala hotak diorang tak dapat rokok. lantas mereka mengambil keputusan untuk chill di ruang hadapan pejabat sambil baca paper. kita namakan mereka jack dan john. sambil membaca paper, mereka berborak bercerita pengalaman beberapa hari berpuasa untuk tahun ini.

jack: amcam puasa tahun ni?

john: ok jer, macam laa aku tak penah puasa sebelum-sebelum ni…apsal ko tanya?

jack: ahaha, aku tanya amcam tu bukan laa tanya ko pose ke idak…apa ko buat wiken lepas?

john: oooo…ahahaha. tahun ni pengalaman ke param sungguh tak best!

jack: apsal pulak? bukan ke param kat kawasan umah ko tu param yang terbaek berbaloi-baloinye kat mesia ni?

john: memang la dol…murtabak dengan kuih tepung pelita toksah cakap laa..aku rasa mau ada 50 gerai jual tepung pelita..apa masa tak puasa takleh jual ke? ahaha…aku cakap pasal benda lain ni dol…aku bosan gi param tahun ni sebab takde awek-awek kari dah..susah aku nak determine kari ke tidak awek tu…sumer cam autobots!

jack: apsal pulak macam autobots? haaa, aku tau ni mesti kes sumer pakai topeng sebab h1n1 tu kan? ahaha, nasib-nasib…selamat aa pahala puasa ko john! aku pun kadang jadi autobots gak john…aku ni dah la gi keje naik public transport…bermacam ragam manusia dalam tu..kalau dikelilingi awek-awek kari takpe laa..sekarang, aku pun cam ko gak…takleh nak determine mana awek kari sebab dalam tu pun banyak autobots…ahahahah!

john: tu ah jack, bahyer betul virus ni…apa kejadahnya laa…sukar kehidupan aku. baideway, ko tak jadi autobots gak ke dalam tu?

jack: ahahaha, aku laa optimus prime! tapi aku menyampah gak kadang-kadang yang pakai topeng tapi serupa cam tak pakai…apa diorang pikir cool sangat pakai topeng ni? pakai topeng pastu sikit-sikit bukak pastu keluarkan hidung, mulut apa sumer sebbaik yang lelain tak keluar. lu nak pakai,pakai bebetul…jangan sebab trendy la konon. tunggu aa japgi ada jual topeng khas untuk raya warna-warni pelangi keluaran jakel..ahahah. baideway, petang ni nak buka katner john? gaji dah masuk ni…mesti nak makan yang berbaloi-baloi!

john: mak ai, banyak tul ko bebel pasal topeng…ahaha, ko jangan risau…aku dah book tempat spesel nye untuk buka hari ni…memang berbaloi-baloi ahh…jane dengan jill pun join sekali karang!

jack: cayalah…katner tu?

john: kgpa aa….azampandan nye buffet, berbaloi-baloi aaa 42 hingget! nak gi le meridien kejadah nak ajak ko…ahahahah!

jack: siyut!

maka rancaklah 2 anak teruna sunti ini berborak di atas sofa…sekonyong-konyong kelihatan bos mereka baru balik dari meshuarat. berkekeh-kekeh jalan macam kartun budak 2 ekor ni masuk bilik…

jam dah kul 5.30 petang….kelihatan ruang pejabat sudah lama kosong. kebanyakkan telah pulang awal bersedia untuk berbuka puasa. kedua-dua ekor teruna ni masih di pejabat main mousehunt. setiap 15 minit adalah sangat berharga…mereka perlu menangkap acolyte mouse itu. namun mereka memerlukan loot items dari tikus-tikus ganas di jungle of dread. john sedang kecewa kerana keju spicy harvati nya masih belum berjaya menangkap magma carrier mouse walaupun dah lebih 15 bijik keju tu dimakan…trap tak cukup hebat agaknya.

john: jack, jom….jane dengan jill dah tunggu kat bawah.

jack: baiklah abam!

john: ni apa pulak ko nak buat ni? dengan aku pun nak bertopeng-topeng ke?

jack: kehkehkeh, untuk mempertahankan diri (gaya aziz satar – ali baba bujang lapok). cikokokekot…bunyik transform!

john: ahaha, cam lahanat!

sampai di kereta, jane dan jill telah menunggu agak lama namun kerana kedua-duanya tidak berpuasa maka tidaklah mereka kelihatan letih. namun, john dan jack tidak mengetahui akan perkara ini. yang penting pada mereka, makan free itu berbaloi-baloi! dengan suka hati mereka masuk ke dalam kenderaan, meredah hujan lebat yang sudah berjaya membanjirkan kawasan bawah flyover jalan mahameru nak masuk jalan duta. yang pasti, trafik pasti perlahan sekali petang ini. mereka berjaya tiba tepat jam 6.30 petang…masih ada masa. selesai membayar dan duduk di meja…mereka mulakan acara food hunting. ada kambing golek!

john: alamak, kambing macam dah nak abis je…kena kiasu ni..pantas dan tuntas ayuh mara!

jack: leks john…biar aku amikkan..banyak asap ni..lagipun aku kan optimus prime! (ya, jack masih belum menanggalkan topengnya)

john: ok…aku gi amik air dgn kurma sikit…bebudak pompuan tu nak ringan-ringan dulu. eh, diorang nak makan yang ringan-ringan dulu…ahahah!

jack tenang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kambing. memang hot stuff, segar dari panggang kambing ini. selesai mendapat kambing, dicapai beberapa ketul ayam panggang dan ketulan daging bakar. makanan laut seperti ketam dan udang yang dipanggang itu turut menarik perhatian jack. jack tewas dengan nafsu makannya…semua diangkut balik ke meja.

jane: banyaknye u amik food ni jack…tak habis nanti.

john: entahnyer..ada bela hantu agaknya budak sekor ni…ahahah!

jack: i amik ni untuk makan ramai-ramai laa jane…u ni. sumer puasa kan, mesti boleh abis punya..ke u tak puasa, pasal tu risau terlebih tu? eheheh

jane: ihihihi…(muka merah)

john: dah-dah..duduk…5 minit lagi nak buka dah..haa, ko taknak bukak topeng tu ke? dah ler jadi autobots!

jack: nanti laa..nak makan kang aku bukak…

azan telah mula berkumandang, jack dengan pantas dan tuntas memimpin bacaan doa. selesai membaca doa…dicapainya air sirap bandung selasih dengan pantas. john, jane dan jill sudah mula terkekeh-kekeh melihat gelagat jack itu…

jack: adoyai…abis baju dengan topeng aku!

john: ahahahahahahahahahahhaha, aku dah suruh ko bukak dulu topeng tu..degil..padan muka amik kau…ahahahahahahahh!

maka, ternodalah topeng itu dek penangan air sirap bandung selasih…

* amcam, boleh imagine drama ni?

Advertisements

6 thoughts on “optimus di mana-mana

  1. haha.. ko memang pakar mengarang cerita.. ujung² nak cerita pasal ada samdol makan tak bukak mask upenyer.. ahahahahaaa i like 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s