kereta besar dan lorong tunai

tenenet tenenet…tenenet tenenet….cikokokekot (eh, bunyik transformers pulak!)

“alamak, jam dah kul 7.30…mampus aku camni!” jerit pak tam di dalam hatinya tatkala melihat jam loceng merah jambu kesayangannya.

pak tam bingkas bangun, dicapai tuala bermotifkan spongebob squarepants yang disangkut di balik pintu. kakinya pantas menuju ke bilik air. singgah sebentar di meja komputer, dicapai sebatang rokok danhill

“lambat camne pun, kena gi jamban dulu ni…”

pak tam selesaikan urusan dengan pantas dan tuntas, namun masih rasional untuk tidak mandi ala filem seniman bujang lapok. mujur pakaian pejabatnya telah siap tersedia. ni belum kahwin pandai laa siapkan sendiri keperluan pejabat. dah kahwin nanti mesti malas sebab dah ada bini…ahah~

“eh tam, ko taknak minum dulu ke?” sapa bonda pak tam tatkala melihat pak tam kelam-kabut umpama jurugambar perkahwinan yang sibuk mengejar pengantin untuk diambil gambar mereka.

“takpe ah mak, lewat dah ni…satgi kul 10 tam leh turun minum kat kafe opis tu”, pak tam menjawab dengan yakin dan bangga kerana ada kafe di tingkat bawah pejabatnya.

enjin kereta dihidupkan, diberi waktu seminit untuk memanaskan apa yang perlu, jam dah pukul 7.55. nasib baik ada DUKE, jadi tak lah pak tam berduka untuk ke pejabat kalau ikut jalan sentul…

dalam perjalanan, sambil menghembus asap rokok keluar tingkap, pak tam membebel tanda protes seraya melihat seorang ‘makcik memakai spek oldschool dengan rambut mengerbang dek tak mandi pagi bersama muka kalau boleh nak lekat terus ke windshield memandu kereta besar tak padan gaya pemanduan’ memandu keretanya. adoyai, terhegeh-terhegeh.

“dah tau bawak keter cam ayam, beli viva laa!”

sampai di plaza tol, makcik dari yang road-hogging di lorong kanan, terus masuk ke lorong paling kiri tanpa memberikan signal ibarat ‘orang kudung bawak kereta tangan tak sampai nak bagi signal nak tukar lorong’…aduss~

“kereta je besar kalau bayar cash kat tol serupa takyah~”

pak tam dengan selesa meneruskan perjalanan ke pejabat menggunakan lorong smartag. jam sudah menunjukkan pukul 8.15, ada lagi 15 minit…bangunan pejabat kesayangan sudah boleh dilihat dari dalam keretanya namun lampu-lampu merah yang kejap menyala kejap tidak itu membuatkan perjalanannya tidak lagi pantas dan tuntas. pak tam masih positif kerana berdasarkan pengalaman selama hampir 4 tahun yang tak pernah tukar-tukar di tempat yang sama itu, pak tam yakin akan sampai tepat pada waktunya. ditambah lagi dengan pemilikan kotak khas letak kereta yang tertera nombor plet kereta kesayangannya, pak tam tidak perlu berpusing-pusing mencari parking tidak seperti che din yang harus sampai awal ke pejabat demi untuk mendapatkan kotak letak kereta, kalau lambat…kereta terpaksa diletakkan bersepah-sepah. macam kat flet murah pulak, takyah tarik hand-brake.

jam menunjukkan pukul 8.21 pagi, ada lagi 9 minit sebelum dakwat mesin perakam waktu bertukar merah. memang ajaib mesin tersebut. dalam sekelip mata, dakwat hitam mampu bertukar merah. pak tam sudah memasuki perkarangan pejabatnya…terus menuju ke kotak letak keretanya..

“haram betolll, sapa la pulak parking kat tempat aku ni!!?” jerit paktam.

pak tam mengambil tindakan drastik, terus diletakkan kereta di belakang kereta yang merampok kotak letak keretanya, hand-brake ditarik kemas dan diambil sticker amaran yang dipow dari pak guard. ditampalnya sticker ‘Anda tidak meletakkan kenderaan anda di tempat yang sepatutnya’ dengan kemas ke windshield kereta tersebut. segala aksi tersebut memakan masa 2 minit sahaja.

pak tam terus ke pejabat, berjaya tiba tepat jam 8.29…sebaik sahaja hendak membuka pintu biliknya, pak tam ditegur oleh ketua kerani.

“eh, enche tam bukan ke cuti hari ni?”

“haaa, saya cuti ekk hari ni?” pak tam terkejut…

dem~

Advertisements

5 thoughts on “kereta besar dan lorong tunai

  1. cerita ni memang best.. berdekah aku gelak kat kedai aksesori danau kota aritu.. dan tetiba aku terkonfius jap ni blog sape sebenarnya.. ahahahahahaaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s