puh…puh…puh….
hembusan asap rokok keluar dari mulut dan hidung abam…tengah hisap rokok dalam toilet, malas nak busukkan bilik hotel ni. abam santai-santai sambil bercadang nak menjahanamkan perkhidmatan beberapa orang….kasi diorang repeat balik! takde mende pun, 14 hari je kursus ni…apa salah mengulang, betul idak?
takdelah, melawak ajer…mana mungkin nak gagalkan gadis-gadis genit seperti mereka ini kan?
minggu ni santai di perak, dalam kawasan pembangunan tanah persekutuan. minggu depan gi terengganu pulak. bagus betul asyik takde je kat opis…
lama betul tak update yer bam? mana pegi? apa bikin?
satu….
(pangpang papa)
owh, budak ini sudah makin besar dan tembam…telinga masih capang lagi…adeh. sudah pandai berdiri dan berlagak macam reti berjalan. pantang ditinggalkan, mesti melalak macam kena dera…owh, dia baru nak masuk 8 bulan. cepat betul masa berlalu…nak kena tambah koleksi kut? (adeh!)
dua…
(nah, amik kau bunga-bunga cintaku ini!)
abang pit (terbaek!!! – mesti ada 3 tanda seru) baru selesai kawin dengan ayumi….owh, abangpit tak kawin dengan orang jepun. jangan salah paham…
ok, tunggu pulak lagi 2-3 bulan untuk entry seterusnya!
klakar mulut dia gitu, cam katun kucing yg org slalu lukis. tapi anak ko mmg comel dgn telinga capang dia š
lagi 2-3 bulan eh? kira tak perlu slalu difolo up la.. wokeh.
“mana mungkin nak gagalkan gadis-gadis genit seperti mereka ini kan?” —-> letak la gambar gadis genit.. baru betul.. haha..
hehe. dah 8 bulan zafeera tapi belum sekali jumpe ngn auntie echah ni. š