sembilan hari berpuasa

my dearest blog,

fuhhhhh…..selamat berpuasa y’all (walaupun dah seminggu lebih berpuasa).

rasa cam lama abam tak mengarut dalam blog terchenta ini. lama sangat sampai tak tahu apa nak mengarut tapi tak elok bulan-bulan puasa ni menghaban teben banyak sangat. kurus pahala puasa nanti, sekurus pahala puasa di pagi hari semasa memanaskan enjin wana kerana terpandang gadis-gadis genit yang sedang dalam perjalanan ke stesen lrt…owh, pandangan pertama itu rezeki jadi jangan kelip-kelip mata nanti jadi dua-tiga kali pandang…ahaha!

bulan puasa ni kewl kerana abam ada gadget baru yang sememangnya rawks tapi takde manual. zafeera namanya….(apa kejadah anak dipanggil gadget). jangan salah paham, sesungguh budak comel bernama zafeera ni sangat sukar untuk dibaca tabiatnya (kecuali suka tido – guruh berdentum pun takde efek – macam mama dia…ahah). abam tetiba menjadi obses kepada zafeera, beliau bernasib baik kerana baru berumur 16 hari (pada hari ini) kalau tidak sudah pasti akan diperkotak-katikkan dengan jayanya oleh abam.

kalau nak bercerita pasal zafeera mungkin sampai ramadhan tahun depan takkan habis dan mungkin sesiapa yang tak sempat ganti puasa kena bayar fidyah!

ok, abang tipu je. takdelah sampai ramadhan tahun depan…agak-agak bila dia dah hyper dan lasak sikit kita cerita kisah zafeera diperkotak-katik pulak…heheh, tak sabarnya!

owh, lupa lak nak cakap…zafeera sudah naik kereta buat pertama kalinya pada hari minggu yang lalu untuk ke seri gombak dari sentul. sangat comel apabila dia pegang safety strap car seat dia dengan sepenuh hati sambil membuat muka yang cuak dan confuse…uhuhu. takde gambar sebab abam pandai sangat gi tinggal sani alif kat sentul. takpe, weekend ni zafeera akan ke seri gombak lagi. abam akan snap satu gambar!

kerja macam biasa tak putus-putus. bulan puasa ni ingat nak lepak sikit sebab takde kursus nak diadakan tapi jangkaanku meleset. ada lagi baki makhluk-makhluk yang belum cukup tujuh hari jadi kena laaa arrange sesuatu kursus untuk mereka-mereka ini. kendian, ada pulak keluar carta organisasi yang baru, abam kena tukar cawangan lain dan lead cawangan tersebut…owh my gawdlike duh~

bulan puasa ni abam mungkin tak banyak jalan-jalan cari jeans, t-shirt, kasut, stokin dan sebagainya. ye lah, partner in crime sedang confinement mana mungkin abam dapat berpoya-poya (melainkan berpoya dengan insan lain…ahahahah ~ouch!). nampak gayanya, kasut aldo tu kena tunggu lagi la…uhuhuhu T_T

dah 3 kali raya tak dapat-dapat lagi aldo ni…time sale je la boleh dapek, time full price? huuu….baik gi makan kat pizza uno! hurm, bulan-bulan pose ni memang layan…abam’s recommendations would be: Patatas de tia Karen dengan Gambas Con Ajo sebagai appertizers kendian Aglio Olio with Grilled Prawns yang memang tak memuakkan sebagai main course. walaupun nama ada pizza tapi piza dia tak berapa kewl…tunggu ah zafeera besar sikit.


ini enche patatas….pinjam flickr orang lain punya bandwidth (keji tak?)

nampak gayanya, raya kali ini abam berjimat-cermat…kalau camtu, duit bonus boleh beli lens…yak au au!

toink…kapish~

Advertisements

3 thoughts on “sembilan hari berpuasa

  1. abam….ooo sebab zafeera ke?? hehehe abam abam achum… 😉 ALDO..me likey too! mau teman ke? jom….larikkkkkkkkkkk

    (ampun beth. nak raya kan ;P )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s