antara cakap kosong dan muka tiada sinar

my dearest blog,

sudah setengah bulan berada di tempat baru, abang makin serasi dan diterima di kalangan rakan pejabat dan kakitangan. kursus yang sedang dijalankan semua ok, budak-budak tak bagi masalah sangat. bagus kakitangan kat sini, mungkin sebab dah biasa buat kerja…laju je semua. paling best tak lokek ilmu, kita pun tak segan nak tanya banyak-banyak.

semalam, dapat peluang makan tengahari dengan pakar motivasi terkenal dato’ fadzilah kamsah sebab beliau memberi ceramah di sini anjuran cawangan abang. memang nampak karisma y.bhg dato’ ni. kenyang melihat beliau sampai makan pun sikit (tapi lepas dah abis teman beliau makan, carik yang bungkus pulak…lapar lagi ler!)…ahaha. dapat peluang berborak-borak sebab abang tak dapat hadir secara total ke ceramah beliau sebab pagi-pagi lagi super big-boss melalui pegawai khasnya mintak abang keluarkan surat hadir ke forum yang akan diadakan isnin depan. kena selesaikan sebelum lunch sebab dalam masa yang sama ada audit bintang-bintang di langit oleh em ay em pi yu. tempat ni dah dapat 4 bintang tahun lepas…tahun ni takkan nak turun atau stay…mestilah kena naik 5 bintang…super big-boss sendiri turun padang.

sambil makan lunch dengan dato’ kami berbincang masalah negara. dato’ semacam kecewa bila anasir luar sedang cuba memporak-perandakan negara tercinta ini. beliau turut bercakap mengenai kisah satu lawan satu yang ditayangkan di televisyen malam sebelumnya.

“muka orang itu sudah tiada sinar, saya tak rasa ada aura datang dari beliau macam dulu….dia banyak berubah”

abang ingat-ingat balik, memang abang setuju…muka orang yang dimaksudkan memang nampak seperti tiada sinar walaupun hujah-hujah yang disampaikan masih bernas disulami fakta-fakta. mungkin ada petunjuk di situ. entahlah, malas nak ambil tahu tapi angin jugak badan ini kalau perjalanan ke pejabat menjadi lambat sebab ada sekatan jalanraya sebab nak berjaga-jaga takut ada kekecohan…aduhai!

tambahan koleksi zurina…kat flickr abang..

esok abang akan terbang ke alor setar. dah lama tak pergi sana…abang akan terbang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengerusi temuduga. owh, streetphotog di alor setar dan pekan rabu (kalau ada masa…)