dari tingkat empat belas

my dearest blog,

lama sungguh abang tak berbicara di laman ini sejak sesudah mengalami wind of change seminggu yang lalu. hati ini sangat seronok jika berbicara tentang kerja. kalau dulu sibuk dengan pembangunan infrastruktur, kini abang bertanggungjawab melaksanakan program-program pembangunan juga tapi untuk memaju dan memantapkan modal-modal insan yang terdapat di tempat ini. sungguh banyak human-relation berlaku di sini. baru sekejap tadi abang dikunjungi oleh dua orang perunding latihan yang sedang dalam usaha mempromosikan produk latihan mereka. owh ya, abang melaksanakan tugas dari dalam bilik – macam jakun kejap sebab tempat lama abang ada sebuah kubikel sahaja.

tugas di sini menarik walaupun pekeliling baru-baru ini sedikit menyukarkan pelaksanaan program-program memaju dan memantapkan modal insan di sini. kursus-kursus di hotel terpaksa dibatalkan dan diganti di pusat-pusat latihan milik the machine. bahkan, satu kursus wajib yang sangat diperlukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan terpaksa dilaksanakan di dewan milik pejabat. kesian jugak bebudak ni tapi apa nak buat, terpaksalah demi nak confirm…uhuh

pejabat baru view sangat menarik. abang pusing belakang terus nampak menara berkembar, menara kuala lumpur, bangunan sogo dan seco’et di sana eye of malaysia. nantilah, bila sani alif datang melawat abang bagi satu gambar! memang kewl tak hingat punyalah! syukur Alhamdulillah….

ok, back to work…memang komited sekarang ni…tak sedar masa berlalu…wow!

dua minggu sudah…abang tag along bersama enche avicenna….