seharian di pusat bandar

my dearest blog,

hari sabtu lepas, abang bersama pak tam bella menghabiskan masa di klcc (owh, banyak sungguh masa yang abang habiskan bersama pak tam bella yer? jangan salah paham, kami bukan pasangan gay occay!). tujuan kami ke klcc adalah untuk menimba ilmu dengan syarikat pembuat kamera dslr kami, baguskan? ada kelas tambahan lagi, tak sia-sia kami habiskan wang rengget kami membeli dslr keluaran mereka.

apa yang dipelajari? macam biasa, perkara-perkara asas mengambil gambar sambil membuat sedikit pemasaran – biasalah tu…bukan negara ini sahaja ada GSPS, syarikat pembuat barangan elektronik pun ada teknik GSPS juga…

“anda boleh gunakan settings sebegini untuk menghasilkan gambar begini..tapi mungkin anda akan dapati gambarnya kurang umpphh…di sinilah anda memerlukan lens ini….”

baik punya racun! uhuhuhu….

macam biasa, lepas cakap-cakap mesti ada tembak-tembak…hasilnya seperti di bawah.


#1 – pakcik penat nak, tumpang tido kejap yer…


#2 – alpha chicks


#3 – abang cuci kolam


#4 – di tepi kolam


#5 – bakal pengantin?


#6 – rockstar main gelungsur


#7 – gambar dalam gambar


#8 – khusyuk~

ok…begitulah serba-sedikit gambar yang diambil…ada pertandingan macam biasa. abang pertaruhkan gambar #7 dan gagal lagi…pak tam bella pertaruhkan gambar yang hampir sama macam #1 abang tapi dari perspektif yang berbeza dan beliau menang! tahniah! dapatlah mengubat hati yang luka takmenang cakera keras mudah alih minggu lepas, dapatlah sebuah pembesar suara mudah alih yang comel serta selai t-shirt yang dikeringkan sebegitu rupa sehingga muat ke dalam tin minuman 325ml..wah, hebat teknologi mereka.

“macam mana nak pakai t-shirt ni? padat semacam je…”

“ko kena rendam dulu pastu basuh, lepas tu lah baru pakai!”

try nak main silhouette tapi tak tahulah jadi ke tidak…apa korang rasa?

yang mana satu pilihan kalbu?

owh ya, abang akan berpindah tidak lama lagi.

Advertisements

2 thoughts on “seharian di pusat bandar

  1. cacah suka gmbr #8. kalau yang silhoutte itu cacah suka yang first.
    owh,sudah mahu pindah? marilah bergelak ketawa di mamak pcint 9 secara besar2an sebelum perpindahan…nak?
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s