zoo again

my dearest blog,

hari sabtu yang lepas, abang bersama pak tam bella telah ke zoo negara untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh pembuat kamera dlsr kami. abang memulakan perjalanan dari stesen lrt kelana jaya hinggalah ke terminal putra, gombak. from one end to the other bak kata orang australia…sesungguhnya pengalaman di dalam lrt tersebut memang sukar hendak dilupakan. hampir 3 tahun agaknya abang tak naik lrt putra ataupun kelana jaya line, selalu naik star atau ampang line sahaja.

hampir sejam abang berada di dalam lrt tersebut, pelbagai ragam manusia dapat dilihat namun akibat dari kesendatan yang dialami, sani alif hanya duduk diam di tempatnya. sungguh magis sekali, selesai melepasi stesen klcc, manusia yang memenuhi perut lrt tersebut berkurangan. sungguh kuat daya tarikan klcc ittew sehingga mampu mengosongkan lrt yang penuh.

pak tam bella sudah menunggu sedari awal lagi – 3 batang rokok katanya, entahlah…yang penting abang sudah sampai. jalan ke zoo negara padat, sangat padat. mujur naluri untuk berpatah balik setelah masuk ke simpang menuju ke tempat letak kereta B membuahkan hasil. tatkala pak tam bella membuat pusingan U, seraya kelihatan sebuah kereta keluar dari petak parkirnya. memang bernasib baik!

taknak cerita panjang, nanti korang muak pulak…antara hasil-hasil semasa acara tersebut…

abang submit gambar yang 1st kononnya dengan tujuan nak bermain dengan depth of field dalam imej tersebut tapi kalah pulak…sebab takde human-animal interactions…ces, mana laa tau. lenkali bagitau laa tema camne! selain daripada tu, cabaran yang sukar ditangani pada mulanya adalah bermain dengan aspect ratio 16:9…biasanya abang guna 3:2 aje. 16:9 agak sukar kerana sesudah jenuh membuat komposisi pada subjek, imej yang terhasil ada kalanya memotong anggota subjek bukan pada sendinya lantas mencacatkan komposisi yang dirangka pada awalnya. justeru itu, komposisi pada viewfinder perlu mengambilkira hasil yang diingini…pergh! memang cacat awal-awal tuh.

pada hari ahad….

heheh…kali ni, abang bersama pak tam bella tak hijack majlis orang. terima kasih kepada enche ayemo kerana menjemput kami memeriahkan majlis tersebut!

tambahan: gambar ehsan enche perampok (guru kami pada hari itu)

pak tam bella dan abang sedang beraksi…kehkehkeh

Advertisements

7 thoughts on “zoo again

  1. anda semakin hebat!

    saya semakin rindu pada fotografi!!!!
    ergh..kalau la kereta ku tak rosak, mungkinkah saya dapat sani alif jua?????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s