persoalan

my dearest blog,

semalam, puas abang bertelagah dengan che din. bertelagah pasal isu semasa yang meruncing sekarang ni. kisah kenaikan harga minyak yang bakal membuatkan harga benda-benda asas seperti makanan, minuman, pengangkutan, lens dan peralatan dslr naik.

che din sangat emosi, beliau mengambil perkara ini dengan begitu serius sekali. mengalahkan emosi orang gila yang kehilangan loceng. kenapa loceng? sebab loceng ada sikit-sikit rhyme dengan loco yang bermaksud gila dalam bahasa sepanyol. habis segala jentera perancangan dan pelaksanaan dasar negara ini dipersalahkan. he takes this matter so personally. mungkin ini terjadi akibat dari penderaan emosi yang dialami oleh che din pada malam selepas harga minyak yang baru ittew diumumkan. bayangkan che din yang hanya berbekalkan rm40 sahaja dalam dompetnya pada waktu itu (semuanya hasil dari nafsu nak melantak johnny’s dan a&w bersama tazzy dan uncle matusin) terpaksa meredah lautan kenderaan semata-mata nak mengisi minyak. dijadikan cerita, boleh pulak tokei stesen minyak tu offline credit card . sungguh durjana! tau la ramai orang nak isi minyak, ambil kesempatan pulak…macam perogol!

abang, sebagai seorang professional photographer melihat isu ini dari beberapa sudut. abang memakai topi agensi persekutuan yang mengetahui perkara-perkara termaktub di bawah akta tak boleh bagitau orang nanti masuk jel, melihat benda ini perlu tapi agak terkejut ianya berlaku begitu pantas namun selepas mendengar pernyataan bos besar abang, abang dapat menjangkakan bahawa ianya akan berlaku sangat tidak berapa lama selepas dikias-kias oleh beliau. langkah ini memang perlu, ada kalanya kita perlu membuat keputusan yang tidak popular demi untuk menjamin kesejahteraan. mungkin tidak sejahtera hari ini tapi sejahtera untuk anak cucu kita nanti – sila lihat jalan kuching, dulu ada tol…sekarang sudah tiada tol bukan? begitu juga yang akan berlaku kepada LDP, CKE, KESAS dan sebagainya.

jadi, kalau abang tak dapat surat keramat beberapa hari lagi. abang berinisiatif untuk naik bas ke majestic building!

owh, tiba-tiba entry ini terasa sungguh GSPS sekali!

Advertisements

5 thoughts on “persoalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s