tahun ke-10 = 126,690

my dearest blog,

abang telah berjaya menjadi sebahagian dari 126,690 orang yang membanjiri daerah sepang untuk berkongregasi bagi menyaksikan perlumbaan ke-10 formula satu malaysia…pergh, ramai giler manusia!

abang dapat tiket kat garnet (belakang sikit dari garisan permulaan)…kira oklah, tiket hasil ehsan kawan abang di bahagian “mangsa keadaan diperbadankan” kat bangunan panjang depan majestic building ni. tahun depan kalau boleh nak lagi..ehehe.

qualifying day abang layan dengan encik pirates. perjalanan sangat lancar, letak kereta mudah sekali dengan adanya stiker oren ittew….masuk gate 1, jalan terus tak nampak-nampak pintu masuk seat garnet ni….umang ai jauh betul! seat banyak kosong, merata-rata kami berdua duduk chill sambil menembak…

race day abang pergi dengan kakak…ya tuhan sesak betul…dari simpang banting nak sampai simpang sepang/enstek tu ada laa dekat sejam setengah, semalam 10 minit jer…takpe, F1 punya pasal layankan ajer…sempat sampai sebelum race mula. hari ni seat penuh, kena duduk seat sendiri dan takleh jalan-jalan merata.

owh yer, jangan lupa pakai earplug (beli singgit je kat kedai ace hardware). kereta F1 dengan kenderaan-kenderaan lain tak sama tahap bunyinya. jangan jadi cam kawan abang encik karimpeng, nasib baik tak pecah gegendang telinga dan jangan lupa untuk makan kenyang-kenyang kecuali mampu membeli 8 cucuk satay dengan harga rm25!

takyah nak buat commentary F1 la yek? keputusan semua korang boleh baca sokkaba.

bila nak balik rumah, kita tawaf KLIA dulu!

ooo….kat sini rupanya maskargo.


ni gadis litar masa hari sabtu nyer GP2 race


track chick

*sila selak utusan malaysia mukasurat sembilan, gambar nombor sembilan…ada payung besar kaler silver…