percambahan

my dearest blog,

hari ni kena tulis blog, bukan selalu dapat tulis blog pada 29 haribulan februari ni. jadi, abang mesti tulis!

hari ni abang nak cerita pasal che din yang ada orang ajak bertemu dan nak menduga untuk sesi membaja secara bersilang. banyak betul benda nak bertemu lepas tu menduga ni, bagi je terus tak boleh ke? kesian che din.

che din datang awal pagi tadi, dia parking kat luar elitist circle (kalau masuk takut takde parking). che din nampak ada ramai orang (ada can ke tak ni?). che din tengok senarai nama….

demit!

dalam banyak-banyak orang kat situ, che din satu kumpulan dengan sahabat-sahabat. payah camni, kalau dengan orang yang tak kenal takpe la, ni dengan member baik lak tu…double dem! che din risau takut menjawab soalan dengan begitu bodoh ketoknyer sekali.

memang pun, soalan akhir tu sungguhlah ketok jawapan che din…

soalan hubungan bilateral yang sungguh spesifik sekali, mana laa che din pernah experience benda tu…

lain la kalau polisi tiada pintu yang salah ataupun penurunan kuasa….deng!