dinding kembali panas

my dearest blog,

letih betul 2-3 hari ni. kerja-kerja yang lagging banyak kena selesaikan dengan segera. nak kena kejar pilihanraya (tapi bilanye pilihanraya ni?) supaya cepat dapat keputusan orang-orang tertinggi. fuh fuh fuh….amik napas, hepp~

dapat bos kecik baru, dapat tawaran kursus ‘jalan peta’ kat port dickson hujung bulan ni tapi tak bagi lagi bos kecik tengok. tatau nak bajet bos kecik ni style dia camne. dengar kata anak-anak buah lama beliau, amat sukar untuk bercuti apabila bersamanya. taktik kerja tatau lagi. kalau mencucuk, alamat abis ler…

kisah kulapuk kecoh sana-sini. abang kat sini masih belum berkupaluk lagi, walaupun dah semakin lemau melayan ‘lambakan’. ‘the job‘ masih belum ada jawapan lagi, bila laa agaknya? tolong selamatkan saya, tolong tolong! kalau tak dapat the job, cadang nak balik wilayah dengan cobaan mencucuk orang atas punya orang atas. dinding ni dah semakin sukar nak dirempuh, capaian pun dah tersekat-sekat kembali…abis abang nampak ‘user posted image‘ belaka…deng~

encik sani alif ajak bercuti kat langkawi sempena cuti panjang ni. lepas balik dari PD tempoh hari, seronok betul encik sani alif ni jalan-jalan. encik sani alif memang suka skodeng dan jalan-jalan bersama encik sani alif adalah suatu hobi baru yang kewl~ silalah layari laman ‘alamat sama cuma tukar perkataan tekan jadi mukasurat-mukasurat foto‘ untuk berkongsi pandangan bersama encik sani alif ini.

bilalah abang nak tumbuh kulapuk ni?

Advertisements