mana nak letak muka ini…

my dearest blog,

dalam sangap-sangap melayan pekerjaan seharian hari ni, che din ter’buat’ satu lawak paling tak cool dalam sejarah sejagat. pergh, sebbaik percakapan melalui telefon, kalau face to face, mau face off terus che din lepas tu.

sedang dalam kenikmatan melayan powerpoint sambil membuat aksi sangap, che din meluncur dengan megah di alam siber. macam biasa, hobi che din adalah menggoogle segala benda yang terlintas dalam kepala otak che din dan juga meng’wiki‘ wiki wau wau! che din teringat sorang kawan ni yang baru lepas kawen. google nama sekali dapat…memang ada skill jadi stalker che din ni. siap dengan no telefon opis sekali…ini peluang baik, boleh buat panggilan hangit!

panggilan hangit itu berjaya mencuakkan manusia yang dihangiti itu. hangin je member kena panggilan hangit dan untuk mengambil hati, che din bertanya khabar. lama gak tak jumpa minah manusia ni, dulu geng-geng sekepala otak berjambul zaman kat uni. che din  ber’kawan‘ dengan kawan dia dan dia ber’kawan‘ dengan kawan che din. kira macam when two worlds collide punya kisah la ni…sekali che din tanya satu soklan.

“so sekarang *tut* kerja katner?”

“sapa?” manusia tu tanya balik

“*tut* laaa,” che din giler konfiden!

diam kejap…che din blank!

“eh, aku pun tak sure apa yang aku tanya ni,” che din kaver line…

“aku pun rasa macam dengar tak dengar apa ko tanya tadi…..” jawap manusia tu sambil cuba nak menahan gelak terkekek-kekek.

deng! che din rasa macam nak menyorok balik batu je…tu la, lain kali kalau tak pergi kenduri orang at least baca kad jemputan tu betul-betul. tak pun, reply sms mintak alamat tu walaupun tak tau boleh pegi ke tak. nanti jadi macam che din…dia yang terkena panggilan hangit! mati-mati dia ingat kawen dengan kawan dia, rupanya kawan yang satu lagi. tapi che din dah berjaya membuktikan skandal yang satu ketika dulu hebat dinafikan. zaman sekarang ni memang musim skandal-skandal ya?

abang gelak guling-guling lepas che din citer lawak ni kat abang…kalau abang laa jadi che din, mau abang nyorok macam ikan china sucker kat celah batu atau driftwood.

medcham, ni ikan china sucker yang kewl itu. pleco a.k.a. ikan dbkl pun tak sehensem ikan ni!


china sucker atau nama saintifiknya beaufortia-kweichowensis yang sangat peaceful di dalam akuarium abang.


ikan gapi paling hangat dalam akuarium..bukan senang nak snap gambar. time tengah tido camni laa baru dapat.


waktu tak tido camni laa rupanyer..susah nak snap…tunggu dapat dSLR dulu kut?


kecil dan comel tapi kewl! hahaha!

serabut ribut

my dearest blog, 

camne new year tuan/puan sekalian? abang tak buat mende pun, layan bunga api pun dari tingkap rumah jer. owh yer, rumah takde balkoni jadi kena intai celah-celah tingkap jer. dari rumah abang, abang dapat tengok 4 kawasan bunga api – the curve, one utama, hartamas dengan uptown…uptown pun ada bunga api jugak tapi tak lama, dalam 5 minit gitu kut. sambil layan bunga api luar tingkap dengan dalam tv, kawan-kawan sibuk sms tanya pasal kenaikan harga minyak. macam-macam intel dapat malam tu, siap ada recce team usha line kat stesen minyak….owh, spekulasi semata!

malam new year tahun ni takde rave…abang dah pencen! (walaupun ada gak gian nak pergi…ahahah!)

siang hari tahun baru dipenuhi dengan acara tidur walaupun banyak perancangan yang dibuat malam sebelumnya, sebagai contoh:

  1. gi breakfast kat kopitiam
  2. gi giant
  3. tukar air akuarium
  4. gosok baju stok sebulan

akan tetapi, impian menjadi sekadar impian walaupun cita-cita tinggi nak buat semua tu. apsal boleh jadi macam tu? tanyalah kepada 50 keping dvd tersebut satu-persatu…abang tak tengok ‘dvd yang sedang hangat diperkatakan di pasaran‘ itu ya! takde keja abang nak tengok, kena tangkap menyusahkan keluarga jer nak melawat seminggu sekali. lagipun, genre macam tu tak jive dengan jiwa operatif seperti ini…hehe.

nafsu serakah hilang akal datang menyerang pagi tadi. tatkala sedang bertungkus-lumus menyiapkan agenda, datang buah fikiran yang bernas tapi memang sahih nak kena titik dengan kakak. ada bisikan-bisikan menyuruh abang angkut dSLR dengan kadar segera. nafsu hilang akal abang nak d80 tapi abang sudi downgrade kepada d40x ataupun eos400d. ni kira bebetul kategori entry-level dah ni – demi kesejahteraan sejagat. tapi pikir-pikir balik statement ni boleh membuat akal berhenti seketika.

…lack of lens motor means no autofocus for older Nikon lenses.

macamlaa abang ada lens lama pun…adeh serabut!