racun-racun kotaraya

my dearest blog, 

petang hening lepak kat opis lagi,
cuba beraksi rajin selepas selepas meshuarat sampai terlentang,
cuba kao bayangkan ini,
jadi urusetia dan pada masa yang sama sediakan kertas untuk dibentang,

hilang akal apa?

hari minggu bercuta-cuti,
berjumpa uncle muka berseri,
bersama wisey mencari kaki,
teracun aku…pergh tukar besi.

racun kuat sangat ni!

jalan-jalan di lembah tengah,
dari sayap sampai gelanggang tengah,
jumpa sani alif dirantai di tengah,
kesudahannya? kena tunggu sebulan bahagi ditengah.

tunggu…..

hidup penuh racun,
racun berbisa racun manis,
dipadan bersama kalimah manis di bibir pandai bermain lidah,
oppsss…itu bukanlah lucah tapi sekadar metafora…

apa kejadah aku merapu ini?