peluru puitis

my dearest blog,

hari ni abang tak keluar lunch…ada lunch percuma kat pejabat sebab tadi ada peperiksaan pemahaman bidang tugas sektor. ada periksa tu, kalau fail boleh keluar dari majestic building tak?

 jangan kau harap!

semalam abang sakses! sakses apa janganlah ditanya tapi cukuplah untuk repatch segala perkara yang agak lama tertinggal di alam siber ni. rasanye medcham jer yang tau sakses mende…heheh. dalam kesaksesan itu, abang menggodam menggodek lebih jauh lagi lantas terjumpa kenangan lama blog lama abang. lama ditinggalkan, rasanye lebih 2 tahun. sila salahkan kepada sikap malas serta ‘dinding api’ majestic building ini!

dulu-dulu tulis blog sungguh puitis sekali walapun merapu. kewl giler wa cakap lu dulu!

memang kenangan la entry-entry ini…

Monday, November 14, 2005

“1st 100 to flash their RECHARGE card gets 2 free invites”

kenapa nak kena tunjuk kad recharge pulak sekarang ni?
mana perginya sms yang tertera “1st 100 will get 2 free invites” yang selalu diperolehi?

memang sangat potong!
john digweed punya pasal, masuk bayar pun bayar aje la…
tapi, bila banyak sangat aksi potong a.k.a. spoil mood terjadi,
memang terasa nak menyumpah seranah…

halloween dancer?
apa kejadah korang buat time-time camni?
abis semua kat podium kena turun,
pack la crowd weh!

mat saleh badan besar-besar?
korang ni dah la besar,
jalan…masuk…mencelah macam korang ni pijat.

pastu berhenti betul-betul kat depan aku then tak bergerak-gerak…

wow, ramai betul manusia!
baru john digweed ni,
belum van buuren ataupun ferry corsten lagi ni…
tersepit aku kat bucu-bucu sempit…

potong la wei!

lagi…

Thursday, November 10, 2005

ok, cukup-cukuplah cuti raya,

tiba masa untuk bekerja pulak!
aik, takde la ramai pun yang dah start keje…
jemput makan biskut tat nenas,
lawa packing dia ni…
alaa, bekas plastik ada hias bunga-bunga 3 biji rm15 tu…

dapat kad jemputan kenduri?
wah, tiap-tiap malam jumaat rumah uncle zoul ada majlis hebat!
camne nak pergi rumah hajah rokiah ni?
aiseh, time kenduri amin buren kat umah uncle zoul aku kena kerja pulak…
busut betul sidang kemuncak ni!
takpelah, kenduri khairil kox, nik waran, faris kosten masih ada lagi!
esok, johan punya kenduri..
yeah!

apa-apa pun,
hari ni sangap ya amat!
poket dah nak kering,
nasib baik ada tat nenas dalam balang cantik ni…

seterusnya…ini terbaik punya!

Friday, October 28, 2005

wah, hari jumaat sudah…

buat kerja asyik berlengah…
baru telefon dua kontraktor dah rasa mengah…

malas betul, lepas raya baru start..lepak dululah!

ok, tukarlah style, malas nak rhyme dah…
letih dah makan kat hotel, muak telan tiram…
tapi dah benda sedap, nak buat camne tul tak?
serius tak pernah rasa puas camni makan tiram…
lama-lama aku rasa muka pun ada iras tiram sikit…
tapikan, kena coklat kek di penghujung hidangan paling bliss sekali!
nyaman!!!

ada orang plagiat blog aku dengan ayie?
laa, apsal aku lampi sangat tak tau ni?
abis dah didelete blog plagiater itu (wujud ke istilah plagiater?)
tak sempat aku nak tengok!

bangga pulak rasanya ada orang plagiat kerja kita…
takde masa aku nak saman kat mahkamah…
tapi kalau nak belanja makan apa salahnye…
ahahaha!
gelak gelak gelak…

semua orang dah siap-siap berkemas nak cuti beraya…
tahun ni raya disambut bersama pesta cahaya…
selang sehari tapi aku tetap kerja…
yezza, aku rasa kalau nak baring atas jalan bangsar tu pun takde halnye hari rabu nanti…

semalam gi jalan TAR…
macam biasa ramainya umat jalan rapat-rapat…
nasib baik dah berbuka…
pahala selamat la sikit, ceh…
nak carik baju melayu la kononnyer…
try punya try, badan dah cantik tangan pulak singkat!
hish, sapa laa mamat yang menjadi size standard baju melayu kat situ?
sungguh tak standard piawai struktur tubuh kau!
kecewa betul aku, dah laa aku suka warna purple tu!

dapat kek buah, tat nenas 2 bekas…
beg mengkuang cantik giler…
rm20 harga dia kat jalan TAR…
tapi, aku dapat free!
ahahah, nyaman nyaman…

wah, dah kul 5…
sumer dah siap-siap nak balik…
kemas meja macam nak pindah pejabat…
tapi aku cool je…
isnin ni aku kerja lagi so apa nak gawat?

cukuplah…nanti che din cakap abang saiko pulak.

Advertisements

3 thoughts on “peluru puitis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s