serabut ribut

my dearest blog, 

camne new year tuan/puan sekalian? abang tak buat mende pun, layan bunga api pun dari tingkap rumah jer. owh yer, rumah takde balkoni jadi kena intai celah-celah tingkap jer. dari rumah abang, abang dapat tengok 4 kawasan bunga api – the curve, one utama, hartamas dengan uptown…uptown pun ada bunga api jugak tapi tak lama, dalam 5 minit gitu kut. sambil layan bunga api luar tingkap dengan dalam tv, kawan-kawan sibuk sms tanya pasal kenaikan harga minyak. macam-macam intel dapat malam tu, siap ada recce team usha line kat stesen minyak….owh, spekulasi semata!

malam new year tahun ni takde rave…abang dah pencen! (walaupun ada gak gian nak pergi…ahahah!)

siang hari tahun baru dipenuhi dengan acara tidur walaupun banyak perancangan yang dibuat malam sebelumnya, sebagai contoh:

  1. gi breakfast kat kopitiam
  2. gi giant
  3. tukar air akuarium
  4. gosok baju stok sebulan

akan tetapi, impian menjadi sekadar impian walaupun cita-cita tinggi nak buat semua tu. apsal boleh jadi macam tu? tanyalah kepada 50 keping dvd tersebut satu-persatu…abang tak tengok ‘dvd yang sedang hangat diperkatakan di pasaran‘ itu ya! takde keja abang nak tengok, kena tangkap menyusahkan keluarga jer nak melawat seminggu sekali. lagipun, genre macam tu tak jive dengan jiwa operatif seperti ini…hehe.

nafsu serakah hilang akal datang menyerang pagi tadi. tatkala sedang bertungkus-lumus menyiapkan agenda, datang buah fikiran yang bernas tapi memang sahih nak kena titik dengan kakak. ada bisikan-bisikan menyuruh abang angkut dSLR dengan kadar segera. nafsu hilang akal abang nak d80 tapi abang sudi downgrade kepada d40x ataupun eos400d. ni kira bebetul kategori entry-level dah ni – demi kesejahteraan sejagat. tapi pikir-pikir balik statement ni boleh membuat akal berhenti seketika.

…lack of lens motor means no autofocus for older Nikon lenses.

macamlaa abang ada lens lama pun…adeh serabut!

Advertisements

One thought on “serabut ribut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s