patutnya 2003 bukan 2001

my dearest blog,

konon abang taknak menulis lagi sampai tiba tahun baru tapi nafsu yang hilang akal ni tak dapat nak ditahan-tahan lagi dah…ho ho ho!

lama giler abang cuti macam cuti 6 enam hari tanpa rekod kerana isteri bersalin pulak rasanya sampaikan nak masuk opis hari rabu lepas rasa lemau ala-ala ‘wednesday blues’ gituh.

raya korban tahun ni kewl kerana balik ke kampung mama di jelebu yang hujan hampir setiap hari tapi takkan banjir bak kata cik cacah. kitorang lepak dari rabu sampai sabtu. pada hari rabu yang nyaman itu, abang dapat berita yang mengejutkan dan tak disangka-sangka (serius ni!). tapi apapun, abang syukur sangat dengan berita tu tapi tak puas hati sebab tak dapat tengok sendiri lantas abang paksa henset abang yang lipat-lipat tu untuk menumpukan sepenuh tenaganya menyedut elemen 3G yang berada di kampung agar abang dapat surf website yang abang nak tengok tu. ok, dah tengok dengan mata kepala sendiri…puas hati den! orang cakap, rezeki anak…ye ke? ye kut? entah…biarlah rahsia…eheheh.

eh, pakcik-pakcik nak bakar lemang. hajat di hati nak turut serta dalam sesi membakar lemang tapi oleh kerana nak menjemput adik ipar yang stadi kat pilah, abang jadi penonton jer bila tiba dari pilah. lemang pun tinggal berapa batang je yang belum siap.

alkisah kat gombak, cik yun kena rampok dengan mat indon masa dia tengah lepak-lepak dengan boipren dia kat kedai mamak. tak semena-mena purse yang bangah baru belikan kat cik yun dirampok mamat indon tu, habis dengan mykad, lesen bagai. kata cik yun, dia kena pukau sampaikan nak jerit mintak tolong pun tak keluar suara. hish, tahyul sungguh sampai nak gi repot polis pun digelakkan sebab dipukau tapi yang patut kena gelak ialah abang polis tu. korang semua yang pernah buat repot polis mesti kelakar kan bila tengok gaya bahasa repot tu? gelak guling-guling sampai tak cukup tanah…agaknye semua penulis repot ni nak kena hantar kursus bahasa 3 bulan dulu kut…kahkahkahkah!

dalam kena rampok tu, semangat lagi nak bercuti-cuta ke pulau mutiara. abang tak semena-mena menjadi mangsa keadaan dan abang sulung yang baik. abang reimburse balik purse yang kena rampok tu dengan purse baru…dah dapat purse, dapat selipar roxy sekali lak tu…in the end, abang yang kena pukau dengan cik yun…deng! abang pulak terpukau dengan tokei kedai dvd kat batu feringghi tu, sampai 50 keping abang sebat kat kedai tu! takpelah, bagi can…

cik yun dah buat mykad baru tapi tak selama si koya takuya buat mykad, abang kena tolong amikkan kat ibupejabat sebab nak siapkan cepat. kena pulak hantarkan (macam R41 lak rasa jadi despatch ni) ke rumah sebab cik yun nak balik kampus dah tapi ini bukan cerita jadi despatch. semua dah tahu kan lebuhraya kl-putrajaya (klpe) dah siap? abang pun nak try la tengok best sangat ke highway tu. siap recce kat wiki lagi hapal exit mana nak keluar. korang jangan tak caya lak wiki ada maklumat tu. segala maklumat lebuhraya di malaysia pun ada tau!

klpe memang layan…jalan baru, tar hitam lagi pastu jalan lurus saujana mata memandang. memang best layan drag kat situ. bak kata encik 77, sedar-sedar dah 150-160km/j…wana pun macam tu jugak, kami bersama-sama hilang akal di atas klpe.

sekali terlepas simpang yang diingini! deng…

nak taknak layan sampai hujung, keluar jalan tun razak…argh, hilang akal sungguh layan jem! sampai depan tabung haji, abang dalam persimpangan dilema…nak terus ikut jalan tun razak pastu masuk jalan pahang atau nak masuk jalan ampang pastu jelatek…dua-dua sama je jem…dah tu, abang sampai gombak jam 7.15 malam padahal keluar opis sharp 5.30. dapat laa tengok Spa-Q dan tengok dafi buat gaya gangster kat helmi…

patutnye, abang keluar klpe tu kat exit 2003 (kuchai lama) pastu masuk mahameru then lalu sentul. semua silap klpe laa, apsal jalan best sangat sampai hilang akal menekan pedal minyak?

Advertisements

9 thoughts on “patutnya 2003 bukan 2001

  1. owh ho..cik yun dirampok? uhu takdo rezeki…

    abang pon dipukau? takpe…rezeki adik2…

    abang dapat rezat PTK yang best…itu maksudnya kerja abang ada k.e.b.e.r.k.a.t.a.n….amiiin…abang memang cemerlang…

    cacah pon dah try klpe tu…dari jalan tun razak ke putrajaya…
    takdo orang pon…best..tapi kelakar, ada rnr seri kembangan…besar pulak tu…

    spa Q pon abang layan jugak ek?

  2. ko patut contohi aku.. asal meter dah tunjuk 120km/j, slow2 turunkan balik… takut terlanggar hanjeng atau pun kucheng kat lebuhraya tu… (kisah kereta terlanggar 4 ekor lembu dalam berita baru2 ni cukup memberikan aku pengajaran..)

  3. aishah: abang memang baik hati..ada rezeki lebih kongsi dengan adik2 dan tokei dvd…ye, RnR seri kembangan sangat besar macam RnR tapah padahal klpe brp km jer…ho ho ho

    4g1rlt3lls4ll: bukan taknak turunkan, tak sedar naik camtu sekali..takde anjing nye kat klpe tu.

    medcham: RV tonight…feel me bro?

    shahsulong: 50 keping..yer! las vegas (uncut & uncensored) season 1 to 4…mi:5 season 1&2 bersama 15 dvd movie…huahuahua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s