wordpress hilang akal?

my dearest blog,

wordpress dah hilang akal?

terkejut abang bila login ke dalam wordpress pagi ni. semua tab-tab dah berbahasa melayu. ewah, sungguh ceria dan mesra sekali wordpress ini terhadap rakyat malaysia. tapi kelakar pulak bila tengok istilah-istilah dia…

top post = tulisan terbaik (memang terbaik kau!)
referrer = perujuk (ingat nikah, cerai dan rujuk ke?)
incoming links = pautan-pautan yang masuk (ingatkan paultan tadi)

antara yang terbaik bagi abang:

1. Akismet telah melindungi laman anda dari 7,413 komentar spam.

2. Blog WordPress.com terhebat untuk hari ini!

3. Asingkan pelbagai kategori dengan koma-koma.

4. Di sini anda boleh memuat naik imej pengatas tempahan untuk ditunjukkan di atas blog anda. Dalam paparan berikutnya anda boleh memotong imej tersebut.

5. Anda boleh mengheret dan meletakkan widget-widget ke dalam sidebar anda di bawah.

6. Pembangunan portal yang baik akan menjaminkan keabsahan sesuatu produk.

7. Ini adalah komen terbaru yang dikenali sebagai spam oleh Akismet. Jika anda lihat ada sebarang kesilapan, letakkan sahaja tanda “bukan spam” dan Akismet akan mengenalinya selepas anda tandakannya. Jika anda ingin ambil semula komen yang sudah disenaraikan dalam senarai spam, pilih sahaja komen tersebut dan klik Bukan Spam. Selepas 15 hari, kami akan bersihkan segala spam yang tidak berguna untuk anda. <– rajin betul ko translate!

ahahahaha, abang gelak guling-guling pagi ni!

Advertisements

10 thoughts on “wordpress hilang akal?

  1. seluruh penghuni wordpress telah dilanda fenomena translation buduhhhhh…

    mana2 aku pergi, topik yang sama diperkatakan…

    kita mesti buat petisyen membantah gejala terjemahan hilang akal ini… kerana aku bimbang, generasi akan datang akan rosak bahasa melayunya dek kerana gejala buduhhhh ini…

    Kita mesti protes!!! ayuhhh!!

  2. ahahah kelakar…jap ek…

    tinggalkan balasan…

    kirim komentar

    tapi, bila error dia tak translate plak.

    error : silakan tulis komentar…

    sangat berbudi bahasa encik wordpress. tahniah!

  3. aku ingat tetapan bahasa Melayu ni buleh diejas-ejas oleh pemilik blog.. lantas aku cuba berbuat tidak mempunyai pengetahuan.. namun gagal juga kerana aku telah terburai perut membaca terjemahan terus laksana bibik yang baru mendarat dari Medan.

    seriously aku ingat benda ni blog owner yang set. bukan ye?

  4. blog owner boleh set preferred language kat settings pastu wordpress yang trenslet semua ayat-ayat ni…sebenarnye kalau nak make sense boleh je aku tuko setting preferred language english balik tapi aku suka yang ini!

    ahahahah! (aku tekan kirim komentar)

    ahahahahh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s