hujan

my dearest blog,

lebat giler hujan semalam. seram-sejuk je abang jalan-jalan dengan wana awek 1st abang sebelum kahwin  petang semalam lepas balik dari mesyuarat. lama sungguh kitorang tak dating dalam hujan lebat macam ni. sejuk-sejuk ni sedap kalau dapat jalan dengan wana. dia pandai nak panaskan abang time sejuk dalam hujan.

abang pun tak bajet nak dating dengan wana waktu hujan. abang gi mesyuarat tu pun dah nak saat-saat akhir dah sebab orang atas abang tak habis lagi mesyuarat dia. abang pun apa lagi, suka sangatlah sebab dapat pergi mesyuarat pastu dapat balik rumah terus tapi yang gagalnya adalah, abang tak pakai suit penuh. ye la mana bajet nak ada mesyuarat hari ni. lantas abang telefon akak peminat quinny supaya dia uruskan suit abang yang tersidai kat kedai dobi tu lepas dah dicuci kering. dah dapat suit tu, abang lunch la kejap dengan kakak supaya tak kantoi dating dengan wana petang nanti.

pung pang pung pang dalam mesyuarat, hati abang macam tak sedap bila tengok luar tingkap langit dah gelap. rosak program nak dating dengan wana kalau macam ni. takpe, bak kata team hoki masa abang sekolah menengah kat jalan stesen dulu, “rain or shine, the spirit will never die, the show must go on!” abang kuatkan semangat.

dah abis mesyuarat, makin lebat lak hujan ni. belasah je la, hujan-hujan camni la sedap dating, betul tak? abang pun gi la jalan-jalan dengan  wana. sejuk boleh tahan gak ni tapi wana pandai panaskan abang. tu yang buat abang suka kat wana ni. abang pun dah layan baik punya, tangan abang merata-rata berjalan seluruh pelusuk tubuh wana. abang usap sana, abang usap sini tapi wana ok je, sekali sekala merengek bila abang gesel kaki abang lebih sikit dari biasa. tengah sedap abang gesel kaki abang kat wana, ada satu mangkuk ni buat aksi terkelendat dengan abang. ada ke patut dia potong sayur depan abang pastu tak pasal-pasal tunjuk bontot merah menyala-nyala dia kat abang. nasib baik kaki abang yang tengah menggesel tu sempat tahan wana dari tergelincir. abang tarik nafas dalam-dalam…lagu romantik kat radio pun dah tak romantik dah.

kesimpulan dia, bila hujan je semua orang jadi bodoh atas jalan. sebbaik wana tak apa-apa.

Advertisements

14 thoughts on “hujan

  1. zuriaf: memang best ooo manja-manji dengan wana ni…utk makluman, wana lahir kat korea tapi membesar kat pekan pahang!

    4g1rlt3lls4ll: bijak bijak! tak sesia dapat rm5000 lebih…kehkehkeh

    medcham: wanda eh? joned buat pembedahan tukar jantina? kehkehkeh

  2. oloh…wana dulu ni u panggil wan nor azlin tu kan? LOL.

    panas la wana hang ni. 😛

    bukan gua ke yg panggil wana ni dulu? buat2 lupe laks. ampes.

  3. yang penting bukan wana yang ni la yer…

    The West Asia and North Africa (WANA) Division is responsible in promoting and strengthening the bilateral relations and cooperation between Malaysia and 15 West Asian (except Israel) as well as 10 North African countries. The Division formulates Malaysia’s policy vis-à-vis its diplomatic relations with these countries. The countries are Algeria, Bahrain, Djibouti, Egypt, Eritrea, Iran, Iraq, Israel (Consular matters only), Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Mauritania, Morocco, Oman, Palestine, Qatar, Saudi Arabia, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Turkey, United Arab Emirates and Yemen. Bilateral relations between Malaysia and these countries, except Israel, formed an integral part of Malaysia’s foreign policy, as they are a source of new market for trade and investment and other potential areas of cooperation.

    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s