mari berkenalan

my dearest blog,

hari ni abang hilang akal nak berkenalan dengan korang semua. silalah kenal yer? jangan malu-malu.

Click to view my Personality Profile page

mengikut ujian yang disarankan oleh cik pemikir tiub mikroserat yang dipakai di kepala dalam laman jaring beliau, abang hilang akal ni merupakan seorang pemimpin yang sangat intelek dan sungguh mencintai alam sekitar lagi logis. kiranya abang hilang akal ni memang dilahirkan untuk memimpinlah sebab dia bijak dan dan fikir benda-benda yang masuk akal sahaja (walaupun dia kadang-kadang hilang akal).

abang hilang akal ni sungguh extrovert, memang tepat sekali kerana dia tak akan pernah melepaskan peluang untuk lepak-lepak samada di kedai mamak P9 untuk segelas nescafe tarik bersama roti kosong ataupun bersama kelompok operative lembah klang sambil menikmati charkueyteow atau nasi lemak yang dijaja oleh gadis-gadis hangat yang asli (authentic) sekiranya masa dan mama mengizinkan. sifat extrovert beliau juga membuatkan beliau sungguh selesa untuk ber’sosial secara rawak’ di hujung minggu sekiranya diperlukan tanpa sebarang bantahan dari pihak beliau walaupun pihak yang di atas beliau ada sedikit membantah.

abang hilang akal ni lebih menjurus kepada penggunaan intuisi memandangkan beliau gemar membuat analisa pengiraan secara empirikal yang menjurus kepada pengalaman dan pemerhatian dan bukanlah suka main agak-agak sahaja. beliau tidak suka kepada golongan yang sentiasa berkata bahawa mereka betul tapi takde apa yang betul pun, ibarat kata rakan sepejabat ‘self-denial‘ atau penafian terhadap keupayaan sendiri. perkara-perkara yang menghina kebijaksanaan atau ‘insulting intelligence‘ turut tidak digemari oleh abang hilang akal.

abang hilang akal juga lebih suka berfikir dari berasa namun itu tidak bermaksud yang beliau tidak mudah terasa. cubalah guris hatinya, pasti kamu akan terima padah yang amat dahsyat. oleh kerana beliau lebih suka berfikir dari berasa membuatkan abang hilang akal ini tidak gemar kepada mereka-mereka yang selalu berkata “saya rasa”. beliau berpandangan rasa lebih sesuai digunakan bersama lidah tapi sebagai rakyat negara ini yang penuh dengan adab ketimuran, abang hilang akal akur bahawa rakyat negara ini lebih gemar menggunakan perasaaan daripada pemikiran. abang hilang akal hanya membiarkan mereka nak berfikir dengan lidah.

dalam membuat penilaian, abang hilang akal lebih mudah menggunakan akal dari perasaan walaupun dia sudah hilang akal. sesungguhnya abang hilang akal ini tidak mudah untuk terpengaruh kerana beliau yang sepatutnya mempengaruhi pihak lain.

kasihan abang hilang akal, oleh kerana akalnya sudah hilang beliau tidak berapa bijak dalam ujian kebijaksanaan pelbagai laman tersebut dengan hanya memperolehi 70% markah maksima dalam membuktikan kecintaan beliau terhadap alam sekitar. namun yang demikian, abang hilang akal dapat dikira sebagai seorang yang logis dan agak aktif dengan aktiviti-aktiviti kinestetik yang mencabar fizikal. abang hilang akal suka main futsal walaupun sudah lebih kurang 3 bulan tak menendang bola kecil saiz 4 itu. dalam bidang-bidang yang lain, abang hilang akal tidaklah berapa pakar memandangkan suara beliau sememangnya sumbang sekali.

oleh itu,terimalah abang hilang akal seadanya…

Advertisements

4 thoughts on “mari berkenalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s