dari ketsetneg ke ketsetkem

my dearest blog,

hai, apa khabar. jumpa lagi kita hari ni yer?

mestilah kita jumpa, kalau tak jumpa nanti orang kata hilang akal sebab awak kan dalam akal saya.

ehehehe, bukan ke memang dah hilang akal kat pejabat ni? semua benda yang kena buat kadang-kadang tak masuk akal. dengar-dengar tadi awak ada buat benda hilang akal dalam mesyuarat.

uhuhuh, ada laa sikit tak masuk akalnyer, tu pun sebab awak hilang kejap tadi. tu yang saya hilang akal dalam mesyuarat tapi saya rasa apa yang saya cakap tadi ada betulnyer. semua macam taknak terima hakikat yang ada sikit cacat dalam sistem pengumpulan maklumat kita ni tapi siapalaa kita kan? layankan ajer…

hmm, berat gak tu. ni apa cerita mesyuarat dengan ketsetneg pagi tadi?

biasa-biasa aje, cakap pasal pembangunan cakap pasal naik gaji pastu kena bentang kat mesyuarat ketsetkem isnin depan.

jadi, balik lambat lagi la hari ni?

isy, hilang akal apa balik lambat. ni pun sebenarnya saya nak balik dah. tengah layan awak je ni.

macam tu pulak, orang datang nak tanya khabar dimarah pulak kita.

maaflah, saya ada sedikit terasa cacat petang ni. janganlah kecik hati yer? nanti hilang akal pulak saya kalau awak kecik hati dengan saya.

oklah, saya bagi can kat awak!

euww, macam pujuk awek laa nak pujuk awak ni…geli saya!

duh~