hang jebat

dearest blog,

izinkan aku berbicara sebegini…

dalam ketenangan riak wajahku melayan segala lambakan tugas yang tidak nampak kesudahannya, hatiku terdetik lantas terfikir…

“buat kerja superb camni, mesti cerah masa depan…”

aku terima segalanya dengan jujur dan sabar walau jiwaku ada masanya ingin memberontak. aku pendamkan segalanya dalam diam, seperti apa yang pernah diperturunkan kepada ku tidak berapa lama dahulu. namun begitu, lama-kelamaan aku mula menyedari yang tak semuanya indah. kecenderungan dan minat mula merosot walau aku cuba gagahi demi menjaga periuk nasi yang tidak seberapa ini. janji-janji palsu dan harapan kosong yang disogokkan hari demi hari membuatkan aku makin muak dengan keadaan.

“orang yang jujur dalam keadaan macam ni laa yang selalu akan rugi…”

demikian kata-kata keramat seorang sahabat yang dirinya sendiri sudah muak dengan keadaan namun masih gagah melaksanakan tugas demi untuk melonjakkan pihak yang lain. aku setuju dengan ungkapan itu, apa segala yang aku korbankan waktu ku ini langsung tidak diberi perhatian? waktu-waktu yang hilang selepas loceng berbunyi dan waktu-waktu yang terpaksa ku habiskan di sini ketika orang lain masih enak tidur atau bersama keluarga?

aku tak mintak banyak, cuma jangan dinafikan peluang yang aku terima. janganlah jadikan aku ini kurang ajar atau bertukar menjadi ‘hang jebat’, aku hanya mahukan secebis penghargaan dengan memberikan aku peluang untuk aku menghirup udara yang lebih nyaman di luar. perlukah aku menjadi antagonis yang memberontak demi untuk mendapatkan hak? sudahlah, aku muak dengan keadaan ini…namun aku tidak percaya yang aku mampu meloloskan diri kecuali dengan onar…

Advertisements

13 thoughts on “hang jebat

  1. “harapan kosong yang disogokkan…”

    “melonjakkan pihak yang lain…”

    “waktu-waktu yang hilang ….”

    “meloloskan diri kecuali dengan onar…”

    Puitis.. puitis.. I like.. haha Ni mesti time bercinta dengan si isteri, ayat gila punya power… huhu

    ok, just kidding.. I think I did experience what u’ve been thru now back then.. but at this moment, I’m alive and kicking! great superiors, great collegues, great org definitely give me a great working experience..

    anyway, Allah bersama-sama dengan orang yang benar dan jujur.. All the best to u!

    p/s: berdua sudah, bila mau bertiga?? 🙂

  2. peh.. rasa macam baca blog novelis siot.

    anyway, aku pun tak tau kenapa ramai antara kita yg berfikiran sealiran dgn ko. aku pun dah rasa nak jadi hang jebat ni. kalau minta nak keluar secara elok pun ditolak mentah² tanpa pertimbangan.. maka tak salah rasanya aku membuat onar untuk keluar dari sini.

    buat baik = tak dihargai = kena lenyek = reput la disitu

    buat onar = tak dihargai = kena tiaw skit² = fresher air outside

    does my equations means something to you, my dear Jebat friend?

    “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”

  3. Heheh. Maaf, aku mula dengan berheheh di post yang serius ni. Sebenarnya aku menunggu jugak post ini diletak di sini, memandangkan aku dah memerhati perbincangan bertajuk serupa.
    Ketidakadilan yang kita rasa ni kan, sedikit sebanyak membuatkan kita bercita-cita untuk membalas dendam, mungkin bila kita pulak yang berada di atas, mungkin kita juga akan melakukan hal yang sama…
    mungkin jugak orang yang menindas kita pernah ditindas, yang membuatkan mereka puas dapat menindas.
    mungkinkan?

    rasa nak menjawab saja kan? tapi bak kata TSP, kenalah belajar memendam rasa…
    digelek pun kita yang sakit, meggelek pun kita yang parah…

  4. relex bro…wat pe nak jebat tuah ni??buang masa je…lu layan je la apa yg melintas tu..life is short,enjoy…prepare for zo^k*#ut bro…u will c urself in the land of harmony…yearghhh….

  5. erm.. selagi ada bos mmg mcm ni la kot rasanya. kita keje bersungguh tp tak dihargai bole hilang motivasi nak keje. tp at least kita dah setelkan bab kita kan? dh tak yah risau apa nak jwb kalo org tanya. 🙂

  6. Pingback: bulan mana muat nak jatuh ke riba? « ramblings of a lost mind

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s